66

4.2K 444 31
                                    

(Author p.o.v)

Yein, aurora dan jongsuk duduk bertiga di salah satu meja yang terletak di sudut cafe. Buat kerja berkumpulan yang diberikan oleh puan ahn tadi.

Sambil buat, sambil ketawa. Memang itu la kerja mereka bertiga, sekepala betul.

Namun hari itu aurora kelihatan sedikit pucat, rasa tekak pun loya lain macam je.

"Raa kau kenapa ?" Seolah perasan, jongsuk menyoal. Yein turut sama memandang aurora.

"Ah nothing. Tak sihat sikit je." Balas aurora lalu senyum kelat.

"Kalau tak sihat cakap, aku hantar kau pergi klinik." Ujar jongsuk lagi, prihatin.

"Takde pape la, macam budak-budak pula kau buat aku. Aku okay je la." Laju aurora tolak, pen di meja kembali dicapai dan dia sambung menulis, saja cover muka.

Tapi tak lama lepas itu, aurora tekup mulut dan berlari laju ke tandas cafe.

"Dah sudah, aku dah ajak pergi klinik dia tolak. Ni sampai muntah ni apa cerita ? Yein, kau pergi tengok dia kat tandas tu, takut dia pengsan ke apa." Yein mengiyakan kata jongsuk lantas dia berdiri mengikuti aurora.

"Bluerk—" keluar segala isi perut yang dia isi pagi tadi di rumah. Entah kenapa sejak semalam dia rasa loya, pening,

Tapi semalam punya tak ada la teruk macam ni sampai muntah,

"Kau okay tak ni ?" Yein menyapu belakang badan aurora lembut, risau dengan keadaan aurora yang tiba-tiba tak sihat. Jarang betul kena penyakit.

"Hm, pening sikit." Paip dibuka dan mulut dibersihkan.

"Jom la pergi klinik, kalau kau segan dengan jongsuk, aku boleh hantar kau." Kali ini yein yang pelawa namun sama sahaja jawapan yang aurora beri. Tolak, dia menggeleng.

"Aku okay je la, salah makan kut." Sedaya upaya otak cuba untuk berfikiran positif.

"Sebab tu la kita nak check, kalau tak check macam mana nak tahu tu sakit apa ?" Yein masih taknak mengalah.

"No excuse, kau kena ikut aku gi klinik. Jom." Lengan aurora ditarik.

Nak tak nak aurora kena ikut, susah betul la kalau ada kawan over caring macam yein ni.

+++

"Aku dah kata aku okay kan ? Kau tengok sekarang dah jam berapa, class dah start tahu tak ?" Aurora tunjuk skrin telefon kepada yein, tak sangka betul dia klinik kecil macam ni pun boleh ramai orang.

Nasib la dia tinggal tunggu kena panggil je, kalau nak kena ambil nombor lagi memang naya la dia.

"Mana penting sekarang ? Kesihatan kau atau class ?" Yein soal menyampah, dia kemain risau lagi, tuan punya badan pula tak kesah ha memang minta kena tumbuk je.

"Aku dah kata aku okay—"

Belum sempat dia habiskan ayat, giliran dia untuk berjumpa doktor dah tiba. Laju mereka berdua berdiri sebaik sahaja nama disebutkan oleh nurse.

Mereka berdua mengambil tempat di hadapan doktor perempuan yang bernametag areum.

"Aurora park ?" Soal doktor itu, keliru mana satu aurora.

"Ye saya." Sahut aurora dan automatik mata doktor itu melekat pada aurora seorang. Senyuman manis terkuntum di wajah cantik doktor areum.

"Dah berapa tahun kawin ? Saya nampak awak muda lagi ni." Aurora dan yein saling memandang antara satu sama lain,

Mana pula doktor areum tahu status dia ?

"Ah awal tahun lepas." Jujur aurora lalu senyum sekilas, rasa seram sejuk tiba-tiba.

"Tahniah, usia kandungan awak dah cecah seminggu." Terkejut-

Dia tak tahu nak bagi reaction apa. Perkara ni baru lagi di telinga dia. Sementara yein di sebelah sudah senyum lebar, mana tak nya lagi sembilan bulan dia dah jadi aunty.

"Doktor tak main-main kan ?" Aurora soal, masih tak percaya dengan takdir yang dia dengar tadi.

Dia mengandung ? Anak ?

"Apa pula main-main. Usia kandungan awak muda lagi. Awak pun masih dalam tahap mengidam ini itu. Lepas ni ada la tu nak kunyah something pelik-pelik." Doktor areum menyakat.

Aurora gigit bibir, dia- dia gembira.

"Omg raa, tak lama lagi aku jadi aunty! Hey baby, ni aunty yein." Tangan yein hinggap di perut aurora yang masih kempis. Belum tunjuk lagi yang aurora sekarang berbadan dua.

"Heh over la kau." Aurora tergelak. Ada sedikit air di tubir matanya, terharu mungkin.

"Mestilah." Yein membalas dengan senyuman.

Lepas mengambil ubat dari kaunter, mereka bergerak ke kereta. Yein memandu menuju ke penthouse jungkook sebab dah alang-alang kalau nak balik ke universiti. Kelas pun dah nak habis.

Kiranya mereka berdua ponteng kelas la hari ni.

Aurora usap perut sendiri dengan lembut,

"Aku tak sangka aku pregnant." Aurora buka suara setelah lama berdiam diri. Yein pula kusyuk dengan pemanduan dia.

"Aku pun. Kau happy tak ?" Yein pandang aurora sekilas.

"Gila tak happy. Agaknya apa reaction jungkook bila dia tahu dalam ni ada anak dia ?" Aurora dah bayangkan muka gembira jungkook.

"Molla, terjun bangunan kut. Happy sangat kan ?" Ucap yein sarcastic,

"Heh! Kalau dia terjun bangunan, siapa nak jadi papa anak aku nanti ?"

Mereka berdua sama-sama tergelak.

Suasana kembali diam, aurora masih berfikir macam mana dia nak bagitahu jungkook pasal berita ni.

Tup tap tup tap,

"Weh! Aku baru ingat esok birthday jungkook."  Baru dia teringat esok birthday lelaki kacak itu. Tepat betul dengan masa ni.

"Wah jinjja ? Kau hadiahkan dia pregnancy test kau, i mean apa lagi hadiah special selain daripada tu kan ?" Yein mula keluarkan idea bernas. Aurora mengangguk.

Tak sabarnya!

Oh god thank you for this special gift.

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now