82

5.5K 477 55
                                    

(Aurora p.o.v)

Aku terburu-buru bersiap nak gerak ke hospital. Rambut aku ikat gaya pony tail, solekan muka aku buat ala kadar juga. Jimin call tadi kata jungkook dah sedar.

"Nak aku hantar tak ?" Yein yang sedang membuat air untuk aku bertanya.

"Hm boleh juga. Kereta aku pun tak tahu bila nak okay. Orang tu tak call lagi." Aku capai air yang dia hulur. Aku sisip sedikit.

"So nak gerak la ni ?" Aku angguk sebagai jawapan.

Kami berdua bergerak ke hospital.

Aku suruh yein balik sebab aku mungkin akan lama di sini. Dia pun aku tahu mesti ada kerja nak buat.

"Kalau tak ada transport call aku." Pesannya sebelum pergi.

Aku berlari anak masuk ke dalam hospital,

Puk!

Aku terlanggar badan seseorang. Cepat aku tunduk beberapa kali, kelam kabut punya pasal.

"Tak sabar betul nak jumpa husband ya ?" Bunyi orang itu. Lah jimin rupanya. Aku sengih, bukan apanya kan jungkook masuk sebab aku juga so apa salahnya

"Dia ada dalam bilik dia semalam. Okay dah, mungkin hari ni boleh discharge." Kata jimin kemudian aku balas dengan anggukan.

Bila dah habis basa-basi dengan jimin, aku sambung berjalan laju ke arah bilik dimana jeon jungkook ditempatkan.

Pintu aku tolak. Itu dia sedang makan, aku ketap bibir bila dia dongak pandang aku.

"Hey raa ? Come kenapa berdiri situ ?" Panggilnya. Perlahan sahaja suara dia. Aku teragak-agak untuk mendekati dia tapi aku pergi juga. Tadi bukan main lagi aku tergesa-gesa sampai langgar jimin. Bila dah sampai ? Lembab betul nak bergerak.

"A—awak okay ?" Tanyaku sambil tangan menarik kerusi di sebelah katil. Dia senyum, tunjukkan gigi arnab dia. Comel betul.

"Of course, lagi pula ada sayang saya kat sini. Gila tak okay ?" Dia bergurau. Tengok ? Perkataan 'sayang' memang takkan lepas dari terkeluar. Tak apa, aku suka.

Aku diam sejenak.

Suasana senyap. Hanya terdengar bunyi sudu jungkook yang sedang berlaga dengan mangkuk.

"Awak.." aku putuskan untuk bersuara. Okay aurora park, kau boleh. Kau boleh turunkan ego kau demi dia.

Aku cintakan dia, dia pun cintakan aku jadi kenapa aku perlu berjauh hati ? Matji ? [right ?]

"Hm ?" Gumamnya sambil matanya kini difokuskan kepada aku.

"Sa—saya n..nak.." ayat aku tergantung. Tiba-tina hilang ayat nak bercakap. Ah ottokhae ? [how ?]

"Nak apa ?" Soal dia pula. Aduhai aku nak cakap apa sebenarnya ni ?

Semalam kemain lagi kau aurora minta maaf, janji ini itu waktu dia tak sedarkan diri. Sekarang ? Haprak.

Aku bukan pro bab nak minta maaf ni. Aku bukan pro bab nak memujuk dan aku bukan pro dalam hal nak bermanis mulut.

"Saya nak minta maaf." Akhirnya terkeluar juga. Senafas, sebaris. Laju empat perkataan itu meluncur keluar dari mulut aku. Aku cuba untuk pandang dia, tak ada reaksi. Wajah dia kekal macam tadi,

"Untuk apa ?" Dia suapkan bubur masuk ke dalam mulut. Aku yang dengar soalan hampir mau gila juga. Takkan aku nak jujur macam semalam ? Alahai. Permintaan maaf tu tak cukup ke untuk jadi code yang aku ni nak balik dengan dia ? Ataupun orang puteh cakap, getback.

Aku cuba bertindak agar tidak kekok. Aku capai mangkuk bubur berserta sudu. Dia pula tak membantah sebaliknya masih menunggu jawapan dari aku.

"Sebab saya awak kena langgar semalam." Kata aku perlahan. Sesudu bubur aku ajukan ke mulutnya. Dia makan.

Lepas dah telan bubur tu, dia sambung bercakap. "Mana ada la sayang, apa pula sebab awak ? Awak ke yang bawa kereta tu ? Tak kan ?" Soalnya bertubi-tubi. Hm mamat ni kalau aku kata tak bijak kang ha.

"Kalau bukan sebab saya yang mengada-ngada lari, awak takkan kejar saya. Kereta tu pun takkan langgar awak." Kali ini ayat aku agak panjang. Mangkuk bubur yang habis dimakan aku letakkan ke meja bersebelahan dengan aku. Air putih aku ambil dan bagi dia.

"As i said before, it's not your fault. Saya tak suka bila ada orang simpulkan kemalangan yang jadi sebab manusia. Tahu kan tuhan dah tentukan takdir masing-masing ?" Wajah dia bertukar serius, keras je. Dengan kening dia yang garang tu, takkan marahkan aku pula ?

"Dan takdir saya dah ditentukan dengan awak." Entah macam mana sebaris ayat bangang ni boleh keluar dari mulut aku. Aku rasa macam nak lari keluar dari sini. Tak pun menyorok dalam selimut.

Aku pandang dia sekilas kemudian menunduk. Mana tak nya ? Dia senyum meleret. Ya tuhan! Malunya aku.

"What ? Can i hear it again ?" Usiknya. Aku tahu yang aku tengah membahang sekarang.
Pabo aurora pabo!

"No. Sekali seumur hidup."

"Okay then what do you mean by that ? Saya tak pekak aurora, saya dengar."

Aku tarik nafas, "saya nak balik dengan awak. Nak tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri yang sempurna, saya tak nak awak sakit-sakit lagi."

Nak tak nak aku kena jujur. Aku genggang kedua tangan aku dan cuba untuk pandang dia lagi. Ada senyuman lebar di wajah dia.

"Betul ni ?"

"Awak ada nampak saya main-main ke sekarang ?" Aku dah boleh act like normal. Kenapa aku nak malu kan ? Memang bagus pun kalau aku jujur.

"Ey sayang!" Dia bangun dan peluk aku. Membuntang besar mata aku, dah gila ke apa dia ni ? Lagak macam orang sihat.

"Apa ni ? Ee saya ada cakap awak boleh peluk saya ke ? Tak kan ? Dah, jauh sikit." Aku tolak badan dia lembut. Dia lepaskan pelukan dan senyum manja. Amboi jeon jungkook ? Tak boleh kacak lagi ke awak ?

"Thank you." Ucapnya tiba-tiba. Aku faham kenapa.

Aku angguk dengan senyuman.

Klek

Pintu terbuka, park jimin.

"Kau dah boleh discharge hari ni. Kereta kau pun ada kat luar hospital tadi aku dah suruh orang ambil. Pepandai balik sendiri, aku dah jaga kau semalaman. Penat." Jimin membebel. Nak tergelak juga aku bila tengok muka tak berlesen dia. Dasar mochi.

"Thank you bro." Jungkook ucap perkataan yang sama pula pada jimin dan dibalas dengan kenyitan mata. Berkerut dahi aku. Kunyit ke mereka ? Ah no way, suami aku normal.

"Aurora, awak nak saya hantar balik tak ? Jungkook tu sakit, bawa kereta tak betul. Bahaya je untuk awak nanti." Jimin pandang aku. Tergelak aku kat situ. Ini lagi mamat seorang, tak betul gamaknya.

"Sebab dia tak okay la saya kena dengan dia."

"Peeeeewit." Jimin mengusik lagi. Terhibur betul la aku.

"Okay la. Take care korang. Aku mengantuk, nak balik rumah tidur. Korang jangan terlanjur kat mana-mana pula. Yela dah berapa bulan tak buat kan." Aku cuba fahamkan ayat jimin dan apabila perkataan itu aku hadam, mata aku terbuka luas. Jimin ? Dia dah lari keluar dulu.

Jungkook pula tak lepas dengan muka gatal dia.

"Awak jangan fikir yang bukan-bukan. Saya balik seorang padan muka."

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now