06

3.7K 176 38
                                    

'R-Rudy baru cium aku ke tadi?' Desis hati Ali seorang diri. Mukanya memerah sekejap apabila teringatkan perkara itu.

"Hoi! Kau termenung apa tu?" Soal Rudy sambil menjerit. Ali tersedar dari lamunannya dan terus menatap ke anak mata Rudy.

"Kau baru cium aku ke tadi?" Soal Ali dengan muka naifnya. Rudy terkedu seketika melihat kecomelan Ali.

"Kalau aku kata 'Ya' kau nak cakap apa?" Soal Rudy sambil tersenyum sinis. Muka Ali memerah tetapi tidak lama kemudian dia mula tersenyum sinis.

"Kalau boleh buat ah lebih lagi HAHAHA!" Tawa Ali meletus selepas mengukapkan kata-kata itu.

"Wow! wow! wow! Dah nakal sayang aku ni, eh?" Soal Rudy sambil mencubit pipi tembam Ali. Ali mendengus sakit sebelum mula terkejut beruk.

"SAYANG?!"

"Ah? T-tak tak! Aku cuma berlatih sebut sayang je Hahahah jangan ambil serius sangat lah!" Kata Rudy dengan gugupnya.

"Oh? Kena berlatih jugak eh? Tak tahulah pulak?" Ali meletakkan jarinya didagu seperti seorang bijak sedang berfikir.

"Oh, erm..dah malam ni..jom lah balik." Ajak Rudy cuba untuk menukar topik. Ali mengangguk.

Sesampainya dibilik, Ali terus menanggalkan bajunya tepat-tepat dihadapan Rudy. Rudy meneguk air ludahnya kesat.

"Wei! Kau kenapa wei?!" Soal Rudy dengan cuaknya. Ali menoleh ke arah Rudy dengan muka innocentnya.

"Kenapa? Kenapa apanya? Aku nak mandilah kenapa? Kau tak pernah mandi ke?" Soal Ali pelik.

Tanpa membalas soalan Ali, Rudy terus bertanyakan soalan."Kau tak malu ke?" Soal Rudy. Ali menggeleng dengan muka tiada perasaan. Rudy ternganga melihat bertapa innocentnya muka Ali sekarang.

"Ish, kau ni! Aku makan kau kejap lagi  baru tahu!" Ancam Rudy sambil menghampiri katilnya. Ali tersenyum nakal.

"Makanlah!"

"Jangan cabar aku, sayang"

Rudy mendekati Ali secara perlahan-lahan. Mata Ali terbeliak dan terus berlari masuk ke dalam bilik air. Rudy tersenyum puas.

Selepas Ali mandi, dia terus berjalan ke arah katilnya. Disebabkan cuaca pada hari ini agak panas, Ali memutuskan untuk tidak memakai baju pada malam ini.

Rudy memandang ke arah Ali dan matanya sedikit terbeliak melihat kehadiran Ali dengan tidak memakai baju.

"Yang kau bogel ni dah kenapa? Tak malu ke?" Soal Rudy sambil matanya fokus melihat ke arah telefonnya. Ali mengipas-ngipas mukanya sambil membuat muka panas

"By the way, Rudy. Permainan seronok yang kau kata tu. Kau tak ajarkan lagi erm.." kata Ali sambil mencebik manja.

"Nak aku ajar?" Soal Rudy sambil tersenyum nakal. Ali mengangguk dengan laju membuatkan Rudy menukarkan senyuman nakalnya kepada senyuman sinis.

"I'm gonna make you mine, tonight"

Who's should I Choose?[Ali x Rudy]Where stories live. Discover now