30

1.7K 94 13
                                    

"Ha? Ali? Ali kat eh? Mana Ali?!" Soal Rudy semula. Moon menggeleng sambil mengangkat bahunya.

"Kalau aku tahu aku tak tanyalah, bongok!" Carut Moon. Rudy sedar akan perubahan Moon tetapi dia hanya buat tak endah dan sambung mencari Ali.

"Weh, mana Ali?!" Soal Rudy lalu menggoncang-goncangkan tubuh Moon sehingga menyebabkan Moon kepeningan.

"Ada orang panggil aku ke?" Soal Ali dari belakang. Moon dan Rudy menoleh ke belakang. Kelihatan Ali sedang berdiri dihadapan pintu bilik air sambil badannya basah.

Rudy terus berlari mendapatkan Ali. Dia terus memeluk Ali erat. Ali hanya mengelipkan kedua matanya sambil menggaru kepalanya yang gatal.

"Ali, kau pergi mana?" Soal Rudy.

"Aku pergi mandilah tak nampak ke aku basah ni?" Soal Ali dengan nada lembut. Rudy melepaskan pelukan.

"Jangan buat aku risau."

"Dahlah, Rudy kesian aku tengok Ali." Ujar Moon sambil menggelengkan kepalanya. Ali memandang Moon pelik.

"Moon? Sejak bila kau kat sini? Bukan..pagar tangga belum dibuka lagi ke? Sebab sekarang baru pukul 6:45. Pagar bukak pukul 7:00 tepat." Moon meneguk air ludah.

"A-aku panjat pagar."

Rudy dan Ali melihat pemakaian Moon. Bergaun kelabu, berstokin kelabu dan memakai kasut.

"Kau memanjat guna gaun?"

"Aku--ahh!!" Moon tiba-tiba menjerit dan seekor lembaga hitam keluar dari badan Moon dan berjalan menuju ke arah Rudy dan Ali. Ali tergamam.

Lembaga itu sedikit sebanyak menjadi manusia."Siapa kau?!" Soal Rudy sedikit menengking."Aku nak Ali!!" Arah manusia itu kasar. Ali segera memeluk badan Rudy erat.

"Rudy, aku takut."

"Shh..aku ada." Pujuk Rudy.

Manusia itu segera bertukar menjadi lembaga semula."AKU KATA BAGI ALI DEKAT AKU!!" Marah lembaga itu apabila melihat kemesraan antara Rudy dan Ali.

"Sukati mak nenek kau je kan nak ambil Ali daripada aku?! Lu fikir lu siapa ha?!" Marah Rudy. Lembaga itu dengan pantas berlari ke arah Rudy untuk menyerangnya.

"Hiyargh!!" Rudy cuba untuk menumbuk lembaga itu tetapi lembaga itu sempat mengelak yang menyebabkan Rudy terlanggar dinding.

GEDEBUK!

"Aduh!" Rintih Rudy.

Ali yang  cuba untuk menolong Rudy tersentak apabila lembaga itu tiba-tiba mendekatinya. Dengan langkah yang lemah Ali berjalan kebelakang.

"AHHHH!!" Jerit Ali nyaring.

Dengan sekelip mata lembaga itu hilang dari pandangan. Ali dan Rudy berpandangan sekejap.

Ali terus berlari mendapatkan Rudy."Rudy! Kau okay tak?!" Soal Ali sambil cuba membangunkan Rudy.

"Aku okay, jangan risau. Aku kat kuat!!" Rudy yang menyangka Ali akan membuat muka menyampah terkedu apabila Ali memeluknya.

"Aku bersyukur kau tak apa-apa." Ijar Ali sambil menahan tangisnya. Rudy membalas pelukan Ali sambil menghidu aroma leher Ali.

Di sebalik Dinding.

"Aku lebih rela menahan rasa sakit daripada aku tengok kau menderita, Ali." Ujar Jet sambil melihat kemesraan antara Rudy dan Ali.

Jet segera berlalu pergi.

Jet berjalan menuju ke taman lalu duduk dibangku yang berdekatan. Iman yang terlihat Jet segera menuju ke arahnya."Assalamualaikum. Hai, Jet." Sapa Iman lalu duduk disamping Jet iaitu dihujung bangku.

"Waalaikumsalam." Balas Jet acuh tak acuh. Iman yang memahami perasaan Jet segera mendiamkan diri dan cuba bertanya dengan lembut.

"Jet, awak okay?"

Jet mengangguk.

"Habistu? Kenapa awak diam? Bukan selalunya awak yang paling bising ke dekat dalam akademi ni? Takde awak sunyi akademi ni." Ujar Iman lembut.

Jet tergelak kecil mendengar kata-kata Iman yang sedikit sebanyak telah menceriakan harinya."Awak okay tak ni, Jet?" Soal Iman lagi. Jet tersenyum.

"Ha, macam ni lah Jet yang saya kenal. Senyum selalu." Iman tersenyum ceria melihat Jet tersenyum. Jet tiba-tiba mendapat idea bernas.

"Iman, will you be my girlfriend."

"Jet, saya bukan nak reject awak. Tapi kita semua dekat sini semua kawan kecuali Rudy dan Ali. Jadi..saya lebih suka kalau kita jadi TTM."

"TTM? Apa tuh?" Soal Jet.

"Teman, tapi mesra." Balas Iman lalu bangkit dari kedudukan dan menuju ke arah Moon yang sedang memanggilnya. Jet mula berfikir.

Dengan sepantas kilat, Jet terus terbang menuju ke arah bilik Rudy dan Ali. Dengan tidak tahu malunya Jet menjerit.

"Ali! Jom jadi TTM!!"

Who's should I Choose?[Ali x Rudy]Where stories live. Discover now