09

3.2K 136 21
                                    

Selepas Rudy sudah sihat dari demamnya. "Ali! Bangun! Bangun! Bangun!" Panggil Rudy sambil melompat-lompat.

"Apa kau nak?" Soal Ali dengan mamainya. Rudy memandang Ali dengan mata yang sengaja dibesarkan. Ali mengesat matanya.

"Jom keluar?"

"Keluar? Pergi mana? Tak nak lah mengantuk." Ali menguap dengan besarnya sambil menutup mulut. Rudy memuncungkan bibirnya dan tidak lama selepas itu senyuman nakal mula terukir.

"--ke nak main benda tu?"

"Main apa pulak kau ni?" Soal Ali yang sudah mula stress dengan sikap Rudy yang semakin manja dengan dirinya.

"Alaa..mainan yang baring tu--"

"Jom jongging!!" Ali terus menarik tangan Rudy denagn kuat. Rudy tergelak kecil dihujung ayat Ali.

Takut sangat.

Taman Akademi

"Oit, kata nak jogging? Jomlah!" Ajak Ali sambil menarik-narik tangan Rudy. Rudy menarik tangannya semula yang membuatkan Ali terduduk disebelahnya.

"Alahai kau ni. Aku bukan nak jogging. Tapi aku nak dating." Kata Rudy sambil memaparkan muka innocent.

"What? Kau nak dating dengan siapa?" Soal Ali dan Rudy dapat menghidu dari jauh nada cemburu Ali disitu.

"Dengan kau." Rudy mengenyitkan sebelah matanya sambil menggigit bibir bawahnya. Pipi Ali memerah begitu juga telinganya.

"Hai, Ali" sapa seseorang.

"Em? Oh? Hai Jet!" Ali membalas sapaan itu dengan perasaan teruja manakala Rudy yang berada disitu mula membuat muka menyampah.

"Ali jom jogging. Nanti pamas kang suaah nak jogging." Rudy memegang tangan Ali untuk menolongnya bangun manakala Jet menarik tangan Ali supaya duduk semula.

"Alah kau biarlah dia nak duduk sini." Kata-kata Jet mebuatkan Rudy menggulingkan kedua belah biji matanya.

"No."

"Yes."

"No!"

"Yes!"

"Korang!! Stop bertekak boleh tak? Stress tahu tak? Bukan ke korang kawan?" Soal Ali dengan geramnya. Jet dan Rudy berpandangan sebelum mula menjeling antara satu sama lain.

"Ali! Antara aku dengan Jet siapa yang kau akan pilih?!" Soal Rudy dengan suara kerasnya. Ali mula membuat muka bingung.

"A-apa? Pilih? P-pilih apa ni?" Soal Ali dengan gagapnya. Rudy tahu yang dia terkepas cakap. Dan tidak lama selepas itu mereka berdua hilang dari pandangan Ali.

"Apa yang diorang nak buat?"

"Ali? Kau ke tu?" Soal Khai lalu menghampiri Ali yang sedang termenung memikirkan hal tadi.

"Khai--"

"Kenapa kau monyok je ni? Kau okey tak? Kau ada masalah ke? Kalau ada ceritalah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong?" Soal Khai bertubi-tubi.

Ali menceritkan semua perkara yang terjadi sambil menahan dirinya dari terus menangis. Manakala Khai hanya menggenggam penumbuknya dengan geram.

"Ish, mamat dua ekor ni. Tak apa Ali, jom pergi bilik kau dulu. Biar aku teman." Ali mengangguk sambil tersenyum kecil.

Sejujurnya Ali sudah menganggap Khai seperti abangnya sendiri. Ali selalu menceritakan masalahnya kepada Khai kerana Khai ialah seorang yang memahami.

"Mesra gilerr ah diorang!" Jerit Jet sambil menggigit tangan Rudy. Rudy mengetuk kepala Jet dengan kuat sebelum mula menarik tangannya semula.

"Woi gila ke?! Sakit tau tak?!"

"Kau jangan bising boleh tak? Aku tengah geram ni!" Marah Jet sambil menggigit kuku Rudy.

"Kau fikir aku tak bengang jugak ke? Dah lah bengang, sakit pulak tu kat tangan dan WOI KUKU AKU TU!!" Rudy terus mengetuk kepala Jet dengan kuat.

"Huarghh takit!"

"Dah, jom mulakan perlawanan kita. Siapa yamg dapat cium Ali dulu dia menang." Jet mengangguk mendengar arahan Rudy.

"Okey!"

Mereka berpecah.

(Pick-up line tak jadi-Rudy)

"Ali!" Panggil Rudy dengan suara yang agak kuat seperti mahu memarahi Ali. Ali menoleh ke arah Rudy dengan muka innocent.

"Jom?"

"Pergi mana?"

"Pergi ke hati awak cia! cia! cia!"

"K" balas Ali ringkas. Ali terus berlalu pergi meninggalkan Rudy yang sedang membeku mendengar balasan pendek Ali.

"Sah dia merajuk!"

(Belanja aiskrim-Jet)

Jet membeli aiskrim berperisa vanilla dan coklat lalu menghampiri Ali yang sedang bermain dengan comot.

"Ali!" Panggil Jet lalu berlari anak ke arah Jet. Ali bangun dari kedudukan lalu menatap je anak mata Jet dengan pandangan bersahaja.

"Erm..aku ada beli aiskrim lebih. Nak tak? Kalau tak keberatan jom makan dekat taman tu." Ajak Jet sambil tersengih-sengih. Ali mengangguk dengan laju.

"Nak! nak! nak! jom! jom! jom!" Ali terus menarik tangan Jet ke taman Akademi yang berdekatan. Jet tersenyum melihat gelagat Ali.

Semasa makan aiskrim, Jet tidak habis-habis menatap ke arah bibir Ali. Niatnya untuk memerhati sekiranya terdapat kesan aiskrim dibibir Ali. Tetapi malangnya Ali sudah pandai makan dengan baik.(😂)

"Ali, Bibir kau ada aiskrim lah." Kata Jet sambil menahan tawanya. Ali meraba-raba bibirnya.

"Mana?"

"Sini.." Jet mendekatkan mukanya ke muka Ali. Mata Ali membulat tetapi dia masih mendiamkan diri.

Tiba-tiba

SPLASH!

Rudy menuangkan air jamban ke atas kepala Jet dengan kejamnya. Nasib Rudy baik kerana air jamban itu tidak mengenai Ali walaupon setitik.

"Woi!!"

"HAHAHAH kacau lagi awek aku!"

"Kau main tipu!!"

"Tak, mana ada!"

Jet mula berang. Dia terus naik ke tingkat atas untuk mengejar Rudy. Mata Ali terbeliak apabila melihat ke arah bahagian kirinya.

"T-taik?"

Who's should I Choose?[Ali x Rudy]Where stories live. Discover now