10

3K 149 31
                                    

Ali berjalan-jalan disekitar akademi sambil tertunduk-tunduk mencari comot. Tidak lama selepas pencariannya dia terserempak dengan Iman yang kebetulan lalu disitu.

Iman tersenyum manis lalu berjalan perlahan ke arah Ali."Hai Ali." Sapa Iman dengan lembutnya. Ali yang tadinya tertonggeng segera berdiri semula.

"Oh? Hai Iman!" Ali tersengih.

"Awak cari apa tu? Macam serius sangat je saya tengok." Soal Iman dengan perlahan. Ali tersenyum.

"Cari comot. Ada nampak tak?"

Iman menggeleng sambil memaparkan muka simpati."Sejak seminggu awak tinggal sini. Saya dah tak nampak comot kat mana-mana." Ujar Iman dengan nada bersalah.

"Oh? Tak apalah. Nak pergi cari kat sana pulak. Bye." Ali tersenyum pendek ke arah Iman lalu berjalan perlahan ke arah Taman Akademi.

"Bye."

"Ali tengah cari comot? Wow, inilah masa yang sesuai nak ambil hati dia hak hak hak." Gelak tak cukup nafas.

"Hai, Ali. Cari apa tu? Cinta hati saya ke?" Soal Jet dengan sengihan minta kakinya. Ali yang sedang kuhsyuk mencari Comot hanya membalas.

"Tak. Tengah cari comot."

"Nak aku tolong?" Soal Jet sambil menghulurkan sebelah tangannya. Ali hanya mengangguk dan terus mengabaikan Jet yang sedang tersengih.

Rudy yang kebetulan lalu disitu cepat-cepat berlari ke arah Ali dan Jet yang sedang berdua-duaan diTaman Akademi.

"Hai Baby. Baby cari apa ni? Nak abang tolong tak?" soal Rudy sambil memaparkan senyuman miangnya.

Ali yang sememangnya sedang fokus mencari Ali hanya mengangguk dan tidak mengendahkan mereka berdua yang sedang memuncungkan bibir.

Setelah beberapa minit pencarian. Akhirnya, Rudy dan jet mengalah. Mereka berdua duduk dibangku diTaman itu manakala Ali masih lagi sibuk mencari comot didalam Tong Sampah.

"Entah-entah dah mati." Kata-kata Jet telah membuatkan seorang insan bernama Ali bin Ghazali terdiam. Ali kemudiannya berlalu pergi sambil cuba menahan tangisnya.

"Wei! Kau kenapa doh?!"

"Apa?!"

"Kau tak tahu ke yang Ali tu sayang gila-gila dekat comot?! Kenapa kau tak jaga perasaan dia?!" Marah Rudy dengan geramnya. Dia terus berlari untuk mencari Ali.

*****

Ali masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Rudy dalam keadaan lemah. Dia berbaring diatas katilnya lalu mengeluarkan telefonnya.

Dia membuka gallery lalu menatap satu persatu gambarnya bersama comot. Sesekali dia menangis apabila teringatkan kata-kata Jet.

'Entah-entah dah mati'

Dalam banyak kata-kata pedas didunia ini, kata-kata yang berkaitan ajal maut lah yang paling membuatkan Ali terasa.

Tidak lama selepas itu, Ali akhirnya tertidur sambil memeluk telefonnya. Air matanya pula masih setia dengan dirinya.

Rudy mencari-cari Ali disekitar Akademi tetapi hambar. Tiada tanda-tanda bahawa Ali berada dimana-mana tempat. Apabila sudah penat mencari akhirnya Rudy mengalah dan terus berjalan ke biliknya.

Buka sahaja pintu, dia dapat meoihat satu figura yang amat dikenalinya sedang tertidur diatas katilnya. Rudy menarik nafas penat lalu tersenyum.

Rudy menghampiri katil Ali. Air mata Ali yang sudah kering disapu. Tanpa membuang masa Rudy terus mencium dahi Ali selama beberapa saat sebelum mula berjalan ke katilnya.

"I hope that you'll be fine"

Ali POV

Aku berjalan-jalan disekitar taman diperumahanku. Tidak lama selepas itu aku melihat seekor kucing berwarna putih dan bertompok berlari melepasi aku.

Mata aku yang bulat, aku kecilkan bagi memudahkan urusan aku untuk melihat ke arah kucing itu.

Wait! Itu comot?!

"Comot!!" Aku berlari dengan hati yang gembira ke arahnya. Apa yang aku fikir lain daripada apa yang aku nak. Dia tak menoleh. Langsung tak! Malah dia terus berlari tanpa menghiraukan panggilan daripada aku.

Comot berlari ke arah jalan raya tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna silver menyusur laju membelah jalan dan..

"Comot hati-hati!!!" Aku menjerit.

BUKK!!

MEOW!!

A-aku terdiam, aku terkaku, aku terduduk, badan aku lemah. Aku perlukan seseorang.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah comot. Aku memeluk badannya dengan erat, membiarkan darah segar mengalir dibaju yang aku pakai.

"Coh--mot! Hiks hiks--"

"COMOT!!" Jerit Ali dengan kuat. Dia tersedar dari tidurnya lalu memeluk kedua kakinya. Kepalanya diletakkan ke lututnya sambil menangis dia mneyebut nama 'Comot'

Rudy tersedar dari tidurnya apabila mendengar seseorang bercakap. Rudy memandang ke arah katil Ali yang berada disebelahnya.

"Ali? Kenapa ni? Kenapa menangis ni?" soal Rudy dengan nada risau. Dia menghampiri Ali yang sedang melentokkan kepalanya dilutut.

"C-Comot hiks hiks--" Rudy terpempan. Begitu hebat perasaan sayang Ali kepada binatang peliharaannya itu. Rudy terus memeluk Ali.

Kepala Ali dilentokkan ke bahunya. Rambut Ali diusap penuh kasih. Setelah reda, Ali akhirnya terlelap dengan situasi seperti itu.

"Dah tidur?" Soal Rudy. Dan dengan perlahan dia meletakkan kepala Ali dibantalnya semula. Ali yang terasa dirinya bergoncang segera memandang ke arah figura yang telah mengganggunya.

"Tidur dengan aku?"

Rudy tersenyum pendek lalu mengangguk. Ali berpusing diatas katilnya bagi memberikan ruang kepada Rudy untuk berbaring disebelahnya.

Tanpa Rudy sedar, Ali telah pon tertidur sambil memeluk badannya dan kepalanya diletakkan pada bahu Rudy.

Kebas siak tangan aku! Okey guys vote n comment💝

Who's should I Choose?[Ali x Rudy]Where stories live. Discover now