BAB 5 : Kisah Sebenar

1.1K 120 4
                                    

Cengkerik yang tadinya diam kini mula aktif kembali. Muzik semula jadi itu memecahkan kembali rasa sunyi di bilik Suraya, Ain, Syikin dan Lin.

Kini di bilik itu, mereka ditemani oleh seorang budak junior yang tertarik dengan cerita urban mereka.

Tanpa membuang masa, Maria dengan senang hatinya menyambung cerita urban itu dengan lebih terperinci daripada versi biasa yang diceritakan oleh Suraya tadi. Mereka berdebar.

"Akak semua sudah bersedia mendengar?" Maria memberi senyuman yang manis. Mereka berempat pula hanya menganguk serentak.

"Saya akan mulakan cerita ini pada awal sebelum Blok A-3-5 itu dihantui dan bagaimana ia boleh terjadi," jelas Maria. Keadaan di bilik itu mulai nampak seram akibat muzik semula jadi dimainkan oleh cengkerik. Kadang-kala hanya kedengaran bunyi kipas yang reput itu.

"Kisahnya bermula dengan empat orang pelajar perempuan seperti akak semua... tapi mereka mempunyai teman bilik tambahan daripada semesta satu. Itu disebabkan bilik untuk kemasukkan baru tidak mencukupi bagi pelajar-pelajar baru." Maria bercerita dengan penuh daramatik. Gayanya sebijik seperti Suraya sedang beraksi tadi.

"Waktu zaman lewat 90'an, di sekeliling kolej ni hanyalah hutan yang tebal sebelum ia menjadi moden seperti sekarang. Jalan tar pun masih belum dibuatkan lagi. Bangunan pula hanya ada beberapa biji sahaja. Disebabkan itu jugalah, sesetengah junior terpaksa berkongsi asrama dengan pelajar-pelajar senior yang bakal menyambung pelajaran mereka ke tempat lain," Jelas Maria lagi.

Suraya, Lin, Ain dan Syikin pula hanya dapat mematungkan diri. Mungkin sekali mereka khusyuk mendengar cerita itu.

Wajah masing-masing menunjukkan perasaan ingin tahu. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang mengalihkan pandangan daripada wajah Maria yang comel itu.

"Untuk bercerita dengan lebih menarik, saya akan ceritakan dari sudut pandangan Ira, salah seorang penghuni di bilik Blok A-3-5 waktu itu." Jelas Maria lagi.

Mereka berempat menganguk serentak sekali lagi. Maria pula hanya tersenyum melihat reaksi mereka yang spontan itu.

Bersambung...

Sneakpeak:
Hahaha... Kali ni author saja pendekkan sikit bacaan pada bab 5 ni untuk mencukupkan syarat masuk #wattys2018. Apa pun jangan risau... Admin dah siap siapkan bab seterusnya. Jom baca lagi.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now