BAB 18 : Ika Si Nakal

746 79 3
                                    

  Di ruang kaki lima bangunan blok A sangatlah legang ketika ini. Tidak kenampakan satu pun susuk tubuh manusia yang legar-legar. Mungkin sekali mereka semua masih lagi di kelas ataupun - mungkin juga tengah tidur.

  Aku berjalan melintasi tempat mandi kami. Jarak kolah dan bangunan blok A hanya beberapa langkah sahaja - tak jauh pun.

  Bukkk!

  Aku terperanjat dengan bunyian misteri itu. Kedengarannya seperti ada sesuatu terjatuh di atap kolah. Hampir gugur jantung aku dibuatnya. Yelah, tiba-tiba bunyi kuat menghentam atap tambahan lagi otak aku asyik memikirkan makhluk bernama Azman.

  Bukkk!

  Bunyian pelik itu datang lagi. Aku sudah mula mengelabah. Siapa punya keje yang baling-baling benda atas atap ni?! Hatiku marah. Sedang aku melihat sekeliling kawasan itu, aku terdengar suara gelakkan di bahagian atas Blok A. Tingkat 3.

  Itukan Ika dengan Farah. Apa yang diorang buat tu? Tergelak-gelak sesama mereka. Aku meneliti dengan mata yang sepet sedikit. Kali ini mataku tertumpu penuh di tangan Ika yang seakan sedang memegang sesuatu. Ini mesti buat benda nakal lagi ni.  Fikirku dan tanpa membuang masa terus bergegas ke tempat mereka. Sah sangkaan aku!

  “Hahaha… Padan muka! Tu lah, kurang ajar lagi dengan aku! Kan dah kene campak!” Aku mendengar suara Ika yang sedang bergembira puas. Sambil tangannya memegang erat sebuah kasut.

  “Haah, tak reti hormat tempat orang. Padan muka.” Farah seperti biasa menyokong tindakkan yang tidak bermoral itu.

  “Weh! Korang buat apa tu?!” Aku berpura bertanya sebaik tiba. Nada ku sedikit keras.

  “Aku tengah baling kasut la. Tak nampak ke?” Ika menjawab selamba. Tidak sedikit pun rasa bersalah.

  “Ye aku tau kau baling kasut. Nampak dari bawah lagi sampai aku terkejut. Yang aku tak tahu, kenapa kau baling kasut ni semua?”

  “Saja.”

  “Saja kau kata? Entah siapa punya kasut aku pun tak tahu. Main baling je.”

  “Kalau kau nak tahu sangat, ni kasut budak yang kurang ajar dengan aku hari tu! Aku nak ajar dia jangan dok kurang ajar dengan orang lebih tua. Dah la kurang ajar, tak minta maaf pulak tu. Dia ingat dia anak raja ke?” Ika berdengus kemarahan.

  “Takkan macam tu sekali kau nak ajar dia. Habis dia nak ke kolej macam mana? Kau ada pikir?”

  “Lantak la! Bukan masalah aku dia nak ke kolej macam mana. Dah dia kurang ajar, terima jelah balasan aku.” Aku mengetap bibir menahan marah.

  Melampau betul. Makin menjadi-jadi perangainya. Memang dia suka orang nampak dia berperangai buruk ke?

  “Habis yang tu kasut sapa pulak?” aku terlihat dua pasang kasut di tangan Farah.

  “Owh yang satu ni dia kurang ajar sidai kat depan bilik kita. Apa dia ingat ni tempat sidai ke? Bilik sendiri kan ada.”

  “Satu lagi tu?!”

  “Satu lagi tu… Hehe…” Belum sempat Ika menghabiskan kata, aku terus merampas sepasang kasut di tangan Farah. Aku kenal kasut ni!

  “Ni kasut Siti kan?!” Tahap kesabaran aku mula bergoyang. Ini sudah berlebihan. Ika hanya ketawa dan meneruskan balingan baki kasut yang tinggal. Zalim!

  Aku terus bergerak ke dalam bilik dan menyimpan kasut Siti di dalam loker ku. Nasib baik aku cepat bertindak. Kalau tak, naya kasut Siti menjadi mangsa balingan Ika.

  Keadaan luar kembali diam. Tidak pula kedengaran suara Ika dan Farah. Sudah berambus agaknya. Haih! Apa nak jadi dengan si Ika pun aku tak tahu. Semakin nak habis semesta, semakin menjadi-jadi perangainya. Si Farah pun satu, tak boleh ke nasihatnya jadi lebih baik. Bukan ke mereka berdua sudah lama berkenalan.

  Aku terus membebel seorang diri di dalam bilik. Geram dengan tindakkan Ika membuat aku lupa pada topik bersama Miss Nurul tadi. Sambil berbaring di katil, aku merenung ke loker Siti yang terletak di tengah hujung sebelah kanan bilik.

  Fikiranku mula berbicara soal benda ghaib lantas teringat akan jawapan makhluk yang bernama Azman kepada Siti. Apa jawapan iblis itu?

  Hati kuat menyuruh aku membuka loker si Siti. Mungkin ada jawapan di dalam loker budak baru itu. Aku mula bergerak ke lokernya dengan debaran. Jatung yang berdetak seperti jam jelas kedengaran. Aku bermandi peluh akibat panas bilik dan perasaan ragu-ragu.

  Babak seram mula memukau diri aku. Tiba-tiba saja teringat semua kisah-kisah hantu yang pernah menjadi bualan budak asrama. Tanganku pula perlahan-lahan mencapai tombol pintu loker Siti dengan degupan jantung yang bertambah laju.

  “Haa!!! Buat apa tu!”

  “Aaaa!” Aku terjerit kuat dengan sedikit melompat. Tak guna. Kenapa terkejutkan aku macam tu. Kalau tak kacau aku tak sah si Wani ni!

  “Hahahaha… Ini paling lawak pernah aku tengok. Kalau kau nampak muka kau, mesti kau pun akan gelak.”

  “Hish kau ni! Nak tercabut jantung aku tau tak. Dah la aku sorang je kat sini tadi. Boleh pulak kau sergah aku.”

  “Tu lah… khusyuk sangat tengok loker Siti sampai tak perasan aku kat belakang.” Wani masih gelakkan aku. Momen tadi memang paling mendebarkan bagi aku. Hampir saja pengsan dibuatnya.

  “Jap… Kenapa kau nak bukak loker Siti? Nak curi barang ehh…”

  “Mana ada! Aku nak letak kasut dia balik ke tempat asal lah. Itu yang aku cek loker berkunci atau tak.” Aku memberi alasan spontan. Jantung masih seakan berlari.

  “Kasut? Kasut apa?”

  “Kasut ni. Tadi hampir-hampir Ika nak campak kat atas bumbung sebelah.” Aku menunjukkan kasut putih Siti yang berada di dalam lokerku. Perasan aku mulai lega sedikit.

  Bagi aku, merahsiakan agenda asal daripada Wani adalah langkah yang baik. Nasib baik masih boleh cover dengan kasut Siti.

  “Yeke, gamaknya Ika nak buat macam tu. Nasib baik kau cepat kan Ira. Kalau tak kesian Siti. Padanlah banyak kasut atas atap kolah aku tengok. Rupanya kerja si Ika. Takde sivik langsung.”

  “Ye nasib baik aku cepat. Kalau terlewat sikit, menangis tak berlagulah Siti nanti. Lagipun aku kene jalankan tanggungjawab aku. Tegang urat jugaklah bertekak dengan Ika.”

  “Untung Siti ada akak baik macam Ira ni. Hahaha…” Wani masih lagi menyakat aku. Aku biarkan saja. Niat pada awal ingin membuka loker Siti dibatalkan. Patut ke aku cerita pasal topik dengan Miss Nurul tadi dekat Wani? Ermm… otak aku buntu kembali.

Bersambung...

Snekpeak:
Kesian Siti kena buli lagi walaupun tak ada depan mata. Apalah Ika ni, suka sangat cari pasal pun tak tahu kenapa.Nasib baik ada IRA kan.

Jom kita ke bab seterusnya! Adakah IRA akan memberitahu Wani hal yang sebenarnya?

Jangan lupa readers semua. Tolong author klik Vote, dan share serta jangan lupa komen untuk kita berinteraksi Ye. Terbaik!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now