BAB 26 : Misi Penyelamat Bermula!

621 79 13
                                    

  1.45 pagi. Aku, Farah, dan Ika duduk di ruang tengah bilik sambil memerhatikan loker Siti dengan penuh debaran. Hati aku masih tidak senang. Jantung yang berdegup laju membuatkan aku tidak boleh duduk dengan diam. Posisiku seringkali berubah arah.
  
  “Wey, rilek aa… dari tadi tak reti duduk diam ke? Rimas pulak aku,” Ika menegur aku lalu mencebik muka dan berpeluk tubuh.
  
  “Nak rilex macam mana? Entah apa bala yang datang nanti pun aku tak tahu. Lagipun - aku risaukan Wani.”
 
  “Ye aku tahu kau risau. Rilex la… semua orang pun sama. Kalau terlebih emosi pun tak guna jugak – lebih baik kita fokus nak buat apa waktu kita kat sana nanti, lagi berbaloi. ”

Betul jugak dengan apa dikatakan Ika. Emosi kerisauan aku keterlaluan sampaikan perkara yang lebih penting boleh dilupakan.
  
“Wey Ika. Kita punya papan Ouija tu mana eh?” Farah menukar topik.
  
“Entah… sejak last kita main tu, aku tak nampak dah papan tu. Aku ingat kau buang - kau buang ke?”
  
“Eh, mana ada. Aku yang ingat kau buang Ika oi…” Mereka memandang sesama sendiri. Pelik jugak, tiada sesiapa pun yang perasan ketiadaan papan tu. Ada orang lain ambil ke? Sapa ambil?

   “Lantaklah, sekarang ni – bila nak buka pintu loker ni? Aku dah hangin tunggu lama-lama tau tak. Dah pukul 2.10 pagi dah. Jadi jin pun lambat ke? Ish!” Ika mencebik lagi. Baran dia dah mula memanas. Kami cuma memerhatikan pintu loker dengan penuh kesabaran.

   Beg packing semua telah pun siap kami sediakan. Aku juga terpaksa membawa beberapa peralatan seperti peti kecemasan, air, lilin, pisau lipat dan pemetik api. Ada juga beberapa snek kecil untuk dijamah nanti. Siapa tahu, nanti tiba-tiba lapar, boleh makan.

   Buk!!!

   Pintu loker terbuka luas dengan sendirinya. Kami terperanjat, tapi masih dalam keadaan yang bersedia. Dasar jin betul! Tak reti bukak pintu elok-elok ke? Mesti nak kena hempas ke, dah kenapa?

  Kami berpandangan; melihat ke dalam loker itu membuat kami mahu menarik diri dari misi menyelamatkan Wani.
  
  Keadaan di dalam loker sungguh gelap-gelita; gelap yang tidak tahu penghujungnya. Kami mula merapati ke arah loker itu dengan perlahan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Ika memandang aku dan Farah - sambil tangannya memegang beg.

   “Korang dah bersedia?”

   “Dah!” jawab aku dan Farah serentak sambil mengangguk.

   Perjalanan kami itu di mulai dengan Ika di hadapan, Farah, dan aku berada di belakang. Slurp – aku mula merasakan badan ini disedut kuat seperti penyedut hampa gas terus masuk ke dalam loker puaka itu. Dikelilingi pula menjadi semakin hitam pekat.

  Tiada sedikit cahaya pun memberi ruang untuk mataku menangkap apa yang sedang terjadi di sekeliling ku.
  
  Akibat daripada graviti yang tidak menentu, kepalaku mulai datang pening yang melampau. Perasaan itu seperti aku membuat pusingan setempat dengan menunduk kepala sambil mata terpejam. Ya, seperti denda daripada kakak senior dahulu, pusing bumi namanya.

   Zush!!!

   Badan aku tercampak tinggi ke uadara seperti pancutan air di taman tasik lalu punggungku mendarat kasar di atas tanah kusam kemerahan.

"Adoi~"
 
  Aku memerhati sekeliling. Suasana tidak lebih; tidak kurang seperti dimensi kami juga. Cuma nya, keadaan disini lebih nampak kusam dan agak kekelabuan.

   Farah dan Ika juga sedang perlahan untuk bangun akibat dari impak tadi. Aku percaya mereka pun pening lalat macam aku.
  
  “Kita dah sampai ke Ira?” Farah menyoal untuk kepastian.
  
  “Rasanya dah…” Aku jawab ringkas sambil mata memerhati lagi keadaan sekeliling.
  
  “Kita keluar dari perigi ni ke?” Farah menyambung lagi. Kali ni dia melihat ke dalam perigi buta itu.
  
  “Ye… kita keluar dari sana. Sebab tu kita tercampak macam kena buang tadi.” Ika menepuk badannya dari debu yang hinggap.
  
  “Cool…”
  
  “Takde coolnya – dah kau jangan nak batak sangat. Sekarang ni mana arah tuju yang patut kita lalu? Ira, tahu?” Aku hanya menggeleng ke arah Ika. Baru sekarang aku sedar, jembalang legam itu takde bagitahu pun lokasi dia kat sini, dasar tak guna!
  
  “Habis tu macam mana?” Ika menyambung.
 
  “Kita lalu saja arah sana. Mana tahu ada petunjuk nanti.” Aku menunjukkan jari ke arah hutan.

   “Oi… giler ke nak ke hutan? Lalu jalan biasa kan boleh.”

   “Ye… memang boleh, tapi kau tengok la keliling. Perigi ni betul-betul tengah dalam kawasan ni. Tempat ini pun macam dah takde penghuni, dengan rumah lama kat tepi kita ni lagi... sah-sah perigi ni jadi bekalan utama kat sini dulu.”
  
  “Jadi? Motif?”
  
  “Haih… tu kau nampak tu? Tu kan sungai kat dalam hutan tu. Aku syak perigi ni dah kehilangan air dan penghuni tempat ni berpindah ke kawasan yang lebih baik. Jadi misi kita untuk petunjuk pertama; kita cari mana-mana makhluk dunia ni yang boleh bagi kita info.”
  
  “Tapi… tak bahaya ke?” Farah mencelah.
  
  “Tak… sebab kita ada buku ni. Lagipun, sebelum kita tanya, kita perhatikanlah dulu makhluk tu macam mana perangainya.” Aku menunjuk buku mistik yang dipegang. Buku ni memang banyak membantu untuk mengenal pasti keadaan dimensi ini – sepertinya penulis buku ini macam dah pernah datang ke sini, aneh.

Bersambung...

Snekpeak;
Fuyoo...  Diorang dah sampai ke dimensi lain la pulak. Berjaya ke diorang ni cari petunjuk yang pertama? Yelah macm manalah nak cari Wani kan. Bukan senang. Selamat lagi ke Wani?

Jom kita baca bab seterusnya!

Terima kasih Wattpaders! Author terharu dengan readers yang tak putus putus menyokong cerita ini. Jangan lupa VOTE, Like, Share dan komen untuk kita berinteraksi. Terbaik!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now