BAB 15 : Penyeruan

734 83 5
                                    

  Siti masih terpinga-pinga melihat keadaan kami. Ika pula hanya tersengih gembira. Aku dan Wani hanya terdiam sepi.

  "Bagus! Penyelamat kekusutan telah tiba! Haa Tepuk!” Ika menepuk tangan dengan kehadiran Siti.

  Aku mengeluh. Wani semakin berpeluh sementara Ika nampak bersunguh. Siti nampak kehairanan dengan sambutan mesra Ika. Bukan sepatutnya dia menyampah ke? Mungkin itu yang sedang di fikirkan Siti.

“Kau mari sini! Letak je barang-barang kau tu kat katil Ira.” Ika terus memberi arahan seperti komander berpangkat tinggi.

  Siti terus menurut tanpa bantahan. Aku cuma berdiamkan diri. Wani tidak lagi memegang tangan aku sebaliknya menyambut kehadiran Siti dengan memegang tangan budak itu pula. Siti duduk di antara aku dan Wani. Dia kelihatan bingung.

“Nah pegang buku ni. Nanti kau catat huruf apa yang aku sebut. Paham!” Ika menghulurkan buku kecil dan pen yang sudah tersedia dari tadi. Siti mengambilnya tanpa membantah.

“A… Akak semua tengah bu…at apa?” Siti memberanikan diri untuk bertanya. Walaupun perlahan nadanya tetapi masih boleh ditangkap persoalan itu dengan telinga kami.

  “Kau diam! Tengok je sudah. Buat apa aku suruh. Jangan banyak tanya melainkan aku tanya. Paham!” Siti mengangguk pelahan tanda setuju.

  Persoalannya tidak dijawab malah dimarahnya pula oleh Ika. Apasal baran sangat pun tak tahu. Kesian budak ni.

  “Kami nak menyeru roh orang mati.” Jawab aku ringkas kerana kesian soalannya tidak terjawab tadi.

  “Menyeruh Roh. Boleh ke?” Siti seperti terkejut tapi kelihatan lebih kepada teruja.

  “Boleh, tapi dengan langkah-langkah tertentu.”

  “Dah… Tak payah explain kat budak tu. Bukan tahu apa-apa pun.” Ika menyampuk.

  “Dia kene tahu Ika. Karang jadi pape yang dia langgar pantang, tak ke susah kita karang.” Aku membela Siti.

  Sekurang-kurangnya aku melaksanakan tanggungjawab amanah aku. Ika mengalih pandangan dari Siti tanda menyampah.

  “Dah, jangan bergaduh lagi. Kita nak start dah ni. Aku dah siap sedia semuanya.” Farah meleraikan debat. Tangannya sedang menyalakan api lilin dengan mancis.

  Bunyi goresan kepala mancis kedengaran pekat apabila tersentuhnya permukaan kasar kotak mancis, lalu api menyala ligat.

  Api mancis membakar dengan pantas membuatkan Farah terpaksa menyalakan lagi dengan batang mancis yang lain untuk beberapa kalinya. Selesai saja keempat lilin menyala di setiap penjuru papan, Ika sekali lagi menyuruh Siti dengan kasar untuk menutup ke semua lampu bilik, menambah rasa seram katanya.

  Aku memang tengah seram. Wani terus memegang kembali tangan Siti selepas Siti kembali duduk ke posisi asal.

  Suasana sekarang menjadi gelap gelita. Hanya cahaya empat penjuru menemani dan menyinari. Keadaan menjadi sunyi. Angin meniup perlahan dapat didengari jelas menerobos ruang tingkap yang terbuka sedikit.

  Kipas bilik telah pun diperlahankan oleh Siti tadi kerana kesejukkan. Belom lagi bermula upacara, tetapi terasa seperti sudah ditemani kehadiran makhluk lain. Kami berpandangan sesama sendiri.

  “Okey sekarang semua letak jari telunjuk kat kanta bulat ni.” Farah menunjukkan gayanya.

  Kami meniru. Aku ingin tergelak kerana terlihat kanta milik Ika yang sepatutnya menjadi kaca mata bulat seperti mata alien. Niat untuk ketawaku terbantut kerana semua dalam keadaan serius melakukan spiritual ini. Wani pun serius! Perh!

  Aku meneliti tepat ke arah papan Ouja dengan lebih dekat. Ukirannya yang cantik dan dihiasi pula dengan corak bunga pada bahagian tepi. Tulisan yang cukup halus dengan kepakaran pengukir.

  Huruf A sehingga Z berada ditengah papan sementara bilangan nombor di bahagian bawah tulisan huruf. Di bawah sekali terukir perkataan 'Mula' dan 'Pulang' seperti yang dinyatakan dalam syarat sementara di bahagian atas pula terukir Ya dan Tidak.

  Kanta bulat itu jelas kelihatan huruf dibawahnya kerana telus pandang. Memudahkan kami untuk ketahui huruf yang bakal dinyatakan oleh roh. Sekarang kami di permulaan iaitu perkataan 'Mula'.

  “Sekarang aku nak… Lepas aku sebut nama aku, korang semua sebut nama panjang masing-masing mengikut arah jam. Selebihnya aku yang ungkap mentara. Siti pulak jangan lupa tulis setiap huruf yang kanta ni tunjuk. Paham?” Farah serius dan memberi panduan dengan nada tidak berbisik dan tidak jugak tinggi.

  Kami semua mengangguk. Siti hanya melihat dari tepi dengan tangan yang tersedia untuk menulis. Wani kelihatan resah. Aku berdebar. Ika pula hanya berwajah selamba. Farah menarik nafas dalam-dalam dan menghembus keluar. Sepertinya sudah sedia.

  “Aku! Nur Farah Binti Syahidan…”

  “Amirah Binti Rosli…”

  “Syazwani Binti Azlan…”

  “Atikah Binti Syazlan…”

  “Menyeru semangat roh yang berdekatan untuk bersemuka. Tidak untuk menyakiti, tidak juga untuk disakiti. Makhluk yang dahulunya seperti kami dan sekarang tiada jasad untuk didiami. Tidak terlihat tetapi wujud di sekitar, hanya hijab terhalang untuk melirik liar. Datanglah kepada papan seru seketika, supaya kita boleh berhubung kata. Marilah, kami bersedia!” Api empat penjuru ditiup angin perlahan sebaik sahaja Farah habis mentera.

  Mana dibelajarnya pun tak tahu. Sempurna sekali. Riak wajah Farah sentiasa tenang. Aku menelan air liur. Cemas, cuak, tak keruan semua ada dalam hati aku sekarang. Nak je aku tarik tangan aku dari kanta bulat tapi dibiarkan. Aku cuba bertenang.

  Air peluh Wani jelas kelihatan. Menitik banyak di dahi. Macam manalah perasaan cemas dia? Macam kene kejar anjing pun ada. Ika pula membuat muka teruja. Macam jumpa emas.

  Dia ingat benda ni permainan dam haji ke? Silap-silap ni boleh meragut nyawa. Aku mula berfikir bukan-bukan. Harap semua menjadi baik-baik saja.

  Siti tidak pula menunjukkan tanda takut atau berani. Aku pun keliru tengok dia. Ada perasaan ke tak budak ni? Tapi wajahnya jelas dengan perasaan ingin tahu.

Bersambung...

SnekPeak:
Tu dia, berani betul diorang main spirit-spirit ni. Apa pun author nak pesan. Segala benda didalam tertera ini janganlah diikuti dan juga dicuba. Walaupun mentera hanyalah rekaan oleh otak author - tapi tak comform itu tidak membahayakan.

Lagi satu, hindari benda syirik dan pemujaan tau. Risau pulak Author.  Hahaha...

Jom ke bab seterusnya!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now