BAB 49 : Berbelah Bagi?

440 42 1
                                    

 Aku termenung jauh dengan wajah yang ditiupi angin yang deras taktala berada diawangan. Pemikiranku kusut dek kerana memikirkan cara untuk melepasi halangan daripada lembaga-lembaga durjana itu.

 Jika terpaksa, mungkin aku perlu berlawan juga dengan makhluk-makhluk durjana itu. Nasib saja aku pernah mempelajari seni bela diri. Itu lebih memadai daripada kosong tidak tahu apa-apa.

Haiwan mitos mula terbang tinggi dari kebiasaannya. Mungkin mengelakkan daripada dikesan musuh di bawah. "Sana..." aku menunjukkan arah dan haiwan itu menuruti.

Aku ternampak dua susuk tubuh sedang terbaring di atas batu. Hatiku mula memberi respon yang negatif mengatakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Tolonglah - jangan kawan aku...

"Ika... Farah..." Aku memanggil mereka tetapi tiada respon. Susuk tubuh itu sepertinya telah dibiarkan begitu saja tanpa ada yang menjaganya. Ini memang sesuatu yang agak mencurigakan.

Tanpa membuang masa, aku terus mengarahkan haiwan mitos itu untuk mendarat supaya aku boleh memeriksa susuk tubuh itu sendiri. Risiko ini bagaimanapun perlu diambil demi menyelamatkan mereka berdua.

Hampir saja di tanah, aku terus berlari ke arahnya  dan menyuruh haiwan mitos terbang kembali. Ia lebih selamat di udara berbanding bersama denganku, fikirku.

"Ika! Farah!" Lututku lemah melihat keadaan mereka berdua yang sudah tidak bernyawa dengan berlumuran darah pekat. Aku menangis dengan penuh rasa bersalah. Mungkin kerana kelewatan aku mereka sudah dijemput ajal.

Aku membuka ikatan pada kedua-dua susuk tubuh itu agar jasad itu tidak lagi terus terseksa. Mataku melirik tepat pada mereka berdua dengan tangisan yang tak pernah aku alami sebelum ini. Sedih itu ibarat kehilangan keluarga seperti ayah untuk kedua kalinya.

"Maafkan aku... aku terlambat... maafkan aku Ika... Farah...?" Kekecewaan dan kehilangan yang dirasai sangat mendalam seperti mana aku kehilangan ayah dahulu. Aku tidak berhenti meminta maaaf kepada mereka berdua sehinggalah satu suara mula menegur dari arah belakangku.

 "Kau menangis? Adakah kau menyesal?" Suara itu seperti aku kenal tapi bukanlah daripada dimensi ini.

"Siapa kau? Apa lagi yang kau nak?" Aku mengherdik lantang.

"Hahaha... siapa aku? tidakkah kau mengenali aku?"Aku memandang belakang tetapi tiada kelibat yang kelihatan.

 Suara itu mula bergema lagi, "Kalau kau mahu tahu, pemilik suara inilah yang menjadi punca kepada semua pengalaman ngeri yang kau alami."

"Kau jangan berbohong! Aku tahu itu kau Al-Aruwah! Mana kau!"

"Ye benar aku Al-Aruwah. Tapi, aku bukan lagi seperti kau kenal. Aku sudah pun mempunyai tubuh yang baru dan semestinya sangat berterima kasih dengan rakan kau yang lemah itu.

"Tak guna! Munculkan diri kau! Jangan menjadi pengecut!" Tangisan aku mula berhenti dan digantikan dengan sifat benci yang teramat dalam.

"Pengecut? Owh tidak... tidak sama sekali. Kau belum bersedia untuk berlawan dengan aku. Tapi tak mengapa... aku tetap akan berlawan dengan kau jika mahu dengan satu syarat."

"Apa syaratnya lagi... kau penipu!"

"Syaratnya ialah... lawan dengan rakanmu dahulu!" 

Leherku dicekik dengan tiba-tiba. Susuk tubuh yang tidak bernyawa itu kembali hidup. aku terkejut dengan tindakkan yang tidak disangkakan itu. Kini, Ika dan Farah seperti zombie yang menurut perintah untuk berlawan dengan aku.

Aku memegang tangan Ika yang mencekik leherku dan cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal. Cengkamannya pada leher semakin lama; semakin kuat. Aku mula mengalami sesak nafas.
Nampak gayanya, aku perlu juga berlawan dengan mereka atau aku akan menerima nasib yang sama. Tanpa membuang masa, aku membuat lompatan lalu melibas dada Ika kebelakang dan cengkaman di leher turut dilepaskan olehnya.

Aku mengundur beberapa langkah dan membetulkan pernafasan. Ika dan Farah mula memandang aku dengan tajam. Aku pula membuat langkah bersedia menerima pelbagai kemungkinan.

Ika meluru ke arah aku laju lalu memberi tumbukan ke arah mukaku. Aku mengelak pantas dan membalas dengan tumbukkan pada perutnya. Tidak cukup dengan itu, aku menjatuhkan Ika dengan menendang kedua kakinya dan memberi satu tumbukan kuat ke arah mukanya.

Aku mengawal kembali pernafasan. Berlawan dengan Ika bukanlah sesuatu yang luar biasa. Di kelab seni bela diri juga aku selalu berlatih dengannya. Jadi tidak hairanlah kenapa aku dan Ika boleh menjaga diri sepanjang di sini.

"Ouh... bagus pertunjukkan ini. Aku terhibur." Suara itu bergema lagi. Kemarahan aku sudah berada di kemuncak. Tidak sangka Aruwah masih mempergunakan rakannya walaupun mereka sudah mati! Ini tidak boleh dimaafkan!

"Keluar kau sialan! Berani kau mempergunakan kawan-kawan aku!" Aku berteriak dangan lantang.

"Hahaha... mereka kan sudah mati... apa salahnya... lagipun kau telah pun kalah dengan permainan pertama kita."

"Ahh... itu tidak ada kena mengena dengan hal ini. Lepaskan mereka!" Sahut aku.

"Owh tidak... aku tidak boleh mematikan mereka jika tidak dibunuh. Jadi untuk lepaskan mereka kau harus membunuh mereka atau kau akan dibunuh. Pilihlah."

Aku mengetap bibir. Aku tidak sangka akan menjadi seteruk ini. Bagaimana mungkin aku hendak membunuh kawan aku walaupun mereka pada hakikatnya telah mati. Aku mulai buntu.
Ika mula berdiri kembali. Farah pula masih berdiri memaku seperti sedang menunggu arahan. Aku hanya boleh bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Ika sekali lagi menyerangku. Kali ini dia menendang dari arah kanan. Aku menunduk dan membalas sepakkan tepat ke mukanya. Buk! Ika jatuh sekali lagi.

"Bodoh! Ambil senjata dan bunuh dia!" Suara misteri itu melaung lantang. Kini Farah pula berlari ke arahku dengan dua bilah parang di tangannya. Entah dari mana datang parang itu aku pun kurang pasti. Mungkin juga telah diberikan oleh Aruwah semasa aku sedang bertarung dengan Ika.

Farah menikam ke arahku bertubi-tubi. Aku hanya dapat mengelak daripada mendekatinya. Jika tersalah langkah, boleh saja kepala ini terputus dari badan.

Farah masih pantas menyerang. Sesekali hayunan parang itu hampir saja terkena pada tubuhku tapi dapat dielak. Dalam masa yang sama juga, hayunan itu dapat ditangkas dan aku membalas dengan tumbukan pada perutnya. Urk! Farah mengundur menahan kesakitan, barangkali.

Sedang keadaannya sebegitu, aku mengambil peluang baik untuk membalas serangan tetapi sekelip mata sahaja pergerakkan aku telah disekat oleh Ika dari belakang.
Aku tidak mampu untuk membuat apa-apa selain bergelut dengan penguncian yang telah dilakukan oleh Ika. Debaran jantung semakin laju. Ini tanda yang tidak baik.
Farah menghampiri aku yang terkunci. Kedua belah parang itu digenggamnya erat seperti tidak sabar untuk memenggal kepala aku.

 "Farah! Bangun! Itu bukan kau!" Aku memberi kesedaran tetapi tidak diendahkan.

Bersambung...

SNEAK PEAK;

Owh tidak! Habislah Ira kali ni. Mungkin juga ditetak tanpa balas kasihan oleh rakannya sendiri.

Jom kita ke bab seterusnya...

Jangan lupa Readers untuk Vote, Share dan komen untuk kita berinteraksi didalam maya ini. Terbaik!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now