BAB 29 : Manusia?

589 61 13
                                    

Hutan yang sepatutnya menghijau tidak pula menyelerakan mata gara-gara suasana yang kusam kekelabuan yang menjadi warna utama di dimensi ini.

  Kadang-kadang terfikir di benak hati Ika – adakah mata aku ni dah rabun warna atau dunia dimensi ni memang hanya begini?

Ika berjalan selangkah demi selangkah ke hadapan untuk mencari sumber makanan tapi masih tidak membuahkan hasil. Di pandangnya ke atas pokok dengan harapan ada buah-buahan yang boleh dipetik untuk dijamah tapi, sia-sia.

“Ermm, kalau macam nilah gayanya aku kena patah balik. Memang susah betul cari makanan kat sini. Macam manalah makhluk kat dunia ni hidup agaknya, tak tahu akulah - haih.” Ika mulai buntu dan melangkah kembali ke tempat Ira dan Farah.

“Eh, kejap... Arah mana aku lalu tadi eh? Alamak! Mampus aku!” Ika gelisah dan panik apabila jalan pulang ke arah Ira dan Farah berteduh tidak dapat dikenal pasti.

Langkah Ika bergerak perlahan-lahan sambil mengingati laluan yang telah diredahnya tadi. Perasaan seram mula menyelubungi diri perempuan itu sungguh pun bersikap seperti jantan.

  Dermmm!

Ika tersentak seketika dengan bunyian yang saling tak tumpah seperti serigala yang dilihatnya tadi. Dengan tidak membuang masa, Ika segera menyembunyikan dirinya di dalam semak belukar yang berhampiran.

  Telinga kecil yang tajam miliknya itu menangkap sekali lagi bunyian pelik daripada arah utara dari tempatnya menghadap. kali ini Ika mendengar suara budak kecil yang sedang di dalam ketakutan.

“Suara sapa pulak tu? Jangan-jangan Ira dengan Farah! Tak boleh jadi ni – aku kena tolong diorang.” Ika merapati perlahan-lahan ke arah bunyi itu dengan debaran. Setiap langkahnya di lakukan dengan penuh teliti agar kehadirannya tidak dapat dikesan.

Ketika hampir sahaja dengan bunyi suara tersebut, Ika mula mengintip di sebalik semak belukar. Ingin saja dia menerjah tetapi oleh kerana risiko yang terlalu tinggi, Ika menahan dahulu niatnya yang gelojoh itu.

Ika terlopong seketika kerana tagisan yang difikirkan itu bukanlah dari temannya tetapi dari seorang budak kecil berupa seperti manusia biasa yang kini di kepung oleh seekor serigala yang sememangnya sedang bersedia untuk membaham santapan kecil itu.

“Aku tak boleh biarkan ni... Walaupun risiko menyelamatkan budak itu tinggi - aku... tetap kena tolong dia.” Katanya di dalam hati.

  Tangan Ika menggenggam rapat tanda geram. Apa yang aku boleh buat dengan tangan yang kosong ini?

Budak itu mulai mengesot kebelakang, matanya jelas meminta belas kasihan yang amat menyedihkan.

Tapi sayangnya, serigala tersebut tidak pula mengendahkan rayuan itu lalu mengeluarkan lidahnya dengan dibasahi air liur yang penuh mengalir keluar hingga jatuh tertitik di tanah.

  Setitik demi setitik air liur yang jatuh mengeluarkan asap apabila capai ke tanah lembut seperti asid.

Jelas sekali, jika digigit boleh menyebabkan luka yang parah, atau lebih hebat - maut.

  Ika masih lagi memerhati. Hatinya resah di antara mahu menolong atau dibiarkan begitu saja.

Sedetik kemudian, serigala itu mula bertindak untuk menerkam si mangsa.

"AAAARRHHH!"

Dan jeritan kuat tiba-tiba datang entah dari mana.

Bukk!

Satu pukulan hebat tepat hinggap di kepala serigala itu membuatkannya rebah ke tanah rata.

  Rupa-rupannya Ika sudah pun lama bersedia dengan sebatang kayu yang agak tebal di tangannya sejak dari tadi lagi.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now