BAB 30 : Mangsa Buruan.

578 62 16
                                    

Di satu kawasan tanah yang lapang, terlihat kelibat seekor serigala yang sedang berjalan dalam keadaan menahan kesakitan.

  Makhluk berbulu lebat itu merangkak perlahan-lahan dengan sedikit tenaga yang berbaki. Cedera parah di kepalanya itu telah  pun menyebabkan pandangan mata menjadi kabur. Begitulah hebatnya penangan yang diberikan oleh Ika daripada pertarungan dengannya yang lepas.

Lidah pemburu ganas itu menjelir, tulang rangka pula hampir saja kelihatan di badan malang itu menandakan ia hampir dengan ketewasan menahan nyawa.

  “Ya Tamrih, Kha da Lid dh ti zan (Tuan Tamrih, ada sesuatu di hadapan sedang menuju ke arah kita)!” Teriak salah seorang kuncu kumpulan pemburu itu.

Waraks? May di Anis Gig hara Tazakh (Mana? Biar aku yang memeriksanya).” Tanpa membuang masa, Zawal terus memintas Tamrih dari belakang.

  Kumpulan tersebut berhenti seketika, hanya Zawal dan seorang kuncu maju ke hadapan untuk memeriksa serigala yang dalam kecelakaan itu. Tamrih dan baki kuncu yang lain menunggu laporan daripada Zawal.

Selang beberapa minit, Zawal dan kuncunya kembali menghadap Tamrih. “Anis dah kiltizaman bil fasa wa bil yang,  Ya Tamrih (Tuan Tamrih, saya mempunyai berita buruk dan berita baik).” Zawal bergegas turun daripada tunganggannya; melutut dan menunduk tanda hormat kepada ketua sanjungan nya itu.

Hmm... Was Talkan (Ehm… apa benda tu)?” Tamrih memandang Zawal dengan serius.

Bil Fasa aunt Bill saabat anka gahra VA Dies la takhkan bakda (Berita buruk yang kita hadapi ialah rakan seperjuangan serigala kita sudah pun mati dipukul dengan kejam).”

HUh! Whous nah kalakgan tan Dies aula aiyum? Dih lakmanat la tah raiz? La takafa kul tafakar aiyum balatara kar) (Huh! Siapa yang berani membunuh angkatan kita? Hebat sangatkah orang itu? Dia tidak tahu ke kita adalah antara tentera yang digeruni?”

Nar bi Dios Ya Tamrih. Aiyum di baratara zamana Riaz - WI ngan Saa Luk ang aini dah Riksatan, khuluk ang Tacka kaumaz aiyam lak Tikda yanas. ManTak ang Tacka hada kaumaz la ni karakh (Itu adalah benar Tuan Tamrih. Kita adalah di antara yang terhebat – tapi dengan kesan luka yang saya sudah memeriksa, makhluk yang menyerang kuncu kita ini tiada belas kasihan. Hentaman pada kepala serigala itu sangat parah).”

Hmm... Baikanakh, Rara kadash kun lakash. Dianz la bautaula na Dios? (Hmm… abaikan, perkara sudah pun berlaku. Jadi apa perkara yang baik?” Tamrih menyoal lagi.

  “Rara  ang Dios na Sya sya bi SYa sya tacka balatara fi aiyum nakh brabarakh (Perkara yang baik ialah makhluk yang menyerang seringala itu adalah manusia yang sedang kita buru).” Zawal mula memandang ke arah Tamrih dengan senyuman yang puas. Di hatinya - dia mengharap perasaan marah Tamrih boleh diredakan dengan berita baik ini.

Yakna Dios Ya Zawal (Apa benar Zawal)?”

Dos Ya Tamrih, nini makhlumatakh bil auni tadakhil bil balatara yakti nakazam fi Dies. wa la, balatara tihzakh dan kanam ara NIan fi Sya sya dahlakh bayam ai pangka Nian (Ya Tuan Tamrih, itulah maklumat yang saya dapat daripada serigala tadi ketika hembusan nafasnya yang terakhir. Dan lagi, serigala itu menemui mereka ketika dia sedang memburu anak bunian. Jadi, seperti yang saya jangkakan – mereka memang sedang menuju ke arah perkampungan bunian tersebut).” jelas Zawal panjang lebar.

Pangka NIan? laupan gakgala saksara nil aiyum saksama wi Nian - Aunak faktakh brabara. DIz,Yah balatara auni. Aunas fi pangka Nian. Aiyum gadankh Sya sya wat waka bil Liourd! Na na DIes balatara bis sia. Aula SYa SYa Jatajak - Diz, aiyum lanakh takzamlor tukh kizam! Jaa!(Perkampungan bunian ye. Walaupun agak sukar kita mahu bekerjasama dengan mereka – kita akan tetap pergi memburu juga. Jadi, ayuh semua anak buahku. Kita berangkat ke sana. Kita tangkap mereka yang bergelar manusia itu dan bawa mereka kepada Tuan Besar. Jangan biarkan kematian saudaramu itu sebagai satu yang sia-sia. Lihatlah begitu kejamnya manusia yang tiada hati budi – jadi kita perlu membalas dendam. Ayuh!)”

  “Jaa!(Ayuh!)” Sahutan itu disambut dengan begitu semangat sekali. Perasaan dendam kian menyala ligat di dalam hati mereka. Mungkin pada ketika ini, jika ada sahaja yang menghalang laluan mereka pasti akan tersungkur mati.

Segerombolan makhluk itu berlalu meninggalkan jasad serigala yang mengeras kaku di atas tanah berdebu merah.

*   *   *


Aku mula berjalan berulang-alik tanda cemas. Farah pula hanya melihat gelagatku yang kurang senang itu. Mana tidaknya, aku cemas kerana Ika sudah menghilang hampir 2 jam! Ini bukanlah sesuatu yang baik. Sudahlah Wani telah di tangkap, sekarang pula – Haih, Ika masih tidak memunculkan dirinya. Macam mana ni!

  “Aduh, mana Ika ni… tadi kata nak cari sumber makananlah, apelahlah - dekat sekitar ni je. Takkan boleh sesat pulak?” aku mengomel.

“Dia buang air kot, tu yang lama tu. Relex la Ira. Nanti datanglah Ika tu.” Farah memberi pendapat 1sen nya.

“Macam mana nak relex, Wani kene tangkap; Ika pula hilang sampai sekarang tak muncul. Kalau jadi pape kat Ika, kan susah kita nanti.”

  “Tapi – kalau Ika hilang, macam mana? Apa kita nak buat nanti Ira.”

  “Itu yang aku tengah fikir ni. Kalau Ika masih tak nampak lagi batang hidung dia dalam masa setengah jam ni, kita terpaksa gerak untuk selamatkan Wani dulu.”

  “Habis tu, Ika macam mana? Kau tinggalkan dia ke?”

  “Kita dah takde pilihan, Farah. Sekarang ni, nyawa Wani dalam bahaya. Kalau kita tak cepat, makhluk legam tak guna tu akan apa-apakan Wani.”

  “Kalau Ika dalam bahaya macam mana pulak? Kau tak kesian dengan dia ke?”

  “Bukan tak kesian, kalau Ika kena tangkap sekalipun – aku pasti, dia juga ada dengan Wani. Jadi kita boleh selamatkan diorang sekaligus. Siapa lagi sasaran makhluk legam tu selain kita, betul tak?”

“Okey...Betul jugak tu, kalau Ika tak kena tangkap pulak, macam mana?”

“Kalau macamtu, kita dalam keadaan yang bernasib baiklah. Ika tu pandai jaga diri. Dia pun tahu jalan pulang macam mana. Aku yakin, kalau dia sesat pun – dia akan buat rancangan macam kita jugak,” jelas aku.

“Kalau macam tu, aku follow je apa plan kau, Ira. Aku pun tak tahu nak pikir macam mana dah. Ni pun nasib baik ada kau dengan Ika. Kalau aku sorang-sorang, ke kuburlah jawabnya.”

“Dah, sekarang tinggal lagi 15 minit. Kalau Ika tak muncul, kita kena gerak tau.”

“Okey Ira,” balas Farah pendek.

Walaupun aku ragu-ragu dengan perancangan aku; ini saja peluang yang aku ada. Aku perlu selamatkan Wani. Kalau aku tidak bertindak sedemikian, boleh jadinya aku akan kehilangan sahabat yang aku sayang ini selamanya.

Nasib aku juga baik kerana Ika seorang yang cerdik dan berani. Kalau semuanya seperti Farah, mampuslah perancangan misi ini.

Bersambung...

Snekpeak:
Alamak! makhluk jahanam tu semua dah dapat petunjuk lah. Ira dengan farah pulak taktahu apa yang dah jadi kat Ika. Kalau makhluk tu jumpa Ika nanti dan bunuh dia macam mana pulak?

jom kita ke bab seterusnya!

jangan lupa untuk Vote,like, share dan komen untuk kita berinteraksi. Terbaik!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now