BAB 50 : Penjelasan.

386 42 0
                                    

Keadaan semakin genting taktala nyawaku berada di hujung tanduk. Adakah ini bakal menamatkan riwayatku? Atau - ini juga penghabisan misi yang kami semua rancangankan? Kini Farah berada di hadapanku. Parang  diangkat tinggi dan bersedia untuk membuat libasan maut.

 "Bagus! Bagus! Begitulah anak buahku! Bunuh dia!" Aruwah semakin teruja dengan situasi genting itu. Aku berpeluh dan dilanda cemas.

"Bunuh dia sekarang!" Jeritan Aruwah seiring dengan perbuatan hayunan yang diberikan.

Zush!

 Darah membasahi muka Ika dan terjatuh longlai. Terlihat juga cebisan-cebisan isi otak pada parang yang dilibas oleh Farah. Hampir setengah daripada mukanya telah terbelah dua. Aku mengambil peluang itu dengan membalas serangan diperut Farah untuk kali kedua dan tersungkur.

Mujur saja aku bongkokkan badan ketika hayunan itu dilakukan. Dengan cara begitu, Ika yang berada dibelakang menjadi perisai akibat badannya terjungkit mengikut tubuh yang telah dibengkokkan olehku. Lantas, menerima serangan Farah membuatkan kepala dan badannya ditikam kejam.

Farah masih lagi gagah untuk bertarung. Ika pula sudah mati untuk kali kedua. Jasadnya dipenuhi dengan darah yang mengalir. Aku sebak melihat penyeksaan itu dan menjadi semakin geram dan dendam terhadap Aruwah.

Kali ini, aku terpaksa menggunakan senjata parang di kepala Ika. Mungkin tidak menikam tapi lebih baik daripada Farah yang mengambilnya dahulu, fikir aku.

Farah berlari ke arahku dan bertungkus-lumus menyerang tanpa henti. Setiap pergerakkannya dapat aku tepis tanpa memberi kecederaan yang teruk. Sesekali aku menampar Farah dengan bahagian rata parang itu. Dia terjatuh ke tanah sekali lagi. Pipinya berbekas jelas kemerahan.

"Keluar sekarang Al-Aruwah! Kau dah kalah!" Aku memberanikan diri untuk berlawan dengannya. Melihat pada jasad Ika dan Farah yang telah dirasuk membuatkan aku tidak sanggup untuk meneruskan lagi.

Farah berdiri kembali. Seluruh tubuhnya jelas dengan luka-luka kecil selain daripada kesan berlubang pada bahagian jantungnya.

Dush!

 Tiba-tiba sahaja kepala Farah dicengkam dan pecah akibat tekanan yang kuat. Perbuatan kejam itu dibuat tanpa disangka olehku.

Tubuh yang tanpa berkepala itu jatuh ke tanah bersama sisa-sisa isi yang terkulai dan muncullah satu susuk kecil dengan jubah yang menutupi hampir ke seluruh badan. Jelas sekali, makhluk itulah yang memecahkan kepala si Farah dengan kejam.

Aku terkejut dengan tindakkan yang drastik itu. Parang yang berada di tanganku berkeadaan sedia untuk membuat serangan.

"Tak guna kau!" Aku menyerang makhluk misteri itu tanpa berfikir panjang. Makhluk itu pula masih berlagak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aku melibas ke arah mukanya tapi dapat dielak dengan pantas lalu satu tumbukkan hingap diperutku membuatkan aku senak lalu mengundur sedikit beberapa langkah.

"Hahaha... kau ingat boleh kalahkan aku? Tidak manusia... Tidak akan." Makhluk itu mula bermegah dengan kekuatannya.

Sedang dia leka ketawa, aku membuat balingan parang ke arahnya dan seperti yang disangkakan – dapat dielak. Dengan pantas aku meluru mengambil pedang Farah lalu ke arahnya dan membilas ke bahagian muka, 

Zush! Lapisan kain di kepalanya terkoyak dua.

Terkejut melihat raut wajah yang dikenali itu. Duk! Satu serangan lutut hinggap di perutku. Leherku pula dicekik dan diangkat tinggi ke udara.

"Kau... kenapa kau buat semua ni!" Aku tercungap-cungap mencari udara. Saluran pernafasanku ditutup rapat.

"Siti... kenapa-" Tidak sempat aku menghabiskan kata, tubuhku telah pun dicampak ke tepi.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now