BAB 6 : 90'AN

1.2K 117 3
                                    

  Burung berterbangan di langit biru dengan megah. Kadang-kala ia berpaut pula di atas bangunan-bangunan kolej untuk seketika. Di bawah bangunan, terlihat juga kesibukkan yang sedang berlaku dengan begitu rancak.

  Itulah suasana yang sering berlaku di kolej ini. Ia sentiasa dipenuhi dengan kesibukkan manusia tanpa henti. Walaupun begitu, terdapat juga bangunan-bangunan sunyi sepi yang boleh membenarkan minda ini berehat seketika dari kesibukkan yang melanda.

Aku lebih gemar duduk di bangunan yang sunyi itu daripada mengharungi tempat yang boleh memeningkan kepala.

Mataku melirik ke syiling sambil berbaring di atas katil yang telah diberikan khas untuk aku berehat. Perbuatan sebegitu membuatkan aku termenung jauh daripada keadaan sibuk sekeliling dan aku menggemarkannya.

“Haih, ada enam hari je lagi kita kat sini kan Wani.” Aku bertanya spontan kepada Wani yang berada di katil bersebelahan dengan katilku.

  Aku dan roomate aku merupakan pelajar sem akhir di kolej ini. Terasa sekejap je masa berlalu. Pejam celik - pejam celik sudah berbaki lagi seminggu kami kat sini.

Di bilik ini hanya dihuni oleh kami berempat sahaja. Aku, Wani, Ika dan juga Farah. Wani dan aku memang sudah lama berkenalan sejak dari semesta satu lagi. Itu pun disebabkan kami mengambil kos yang sama.

Si Ika dengan Farah pulak, dikenali sejak dari semesta 4. Cuma pada semesta kali ini sahaja kami berkesempatan duduk di bilik yang sama, mungkin kebetulan.

Pin! Pin! Bunyian hon itu membuatkan aku sukar untuk meneruskan berimaginasi. Aku mengeluh dan terus bangun menghadap tingkap.

“Kenapa ramai sangat orang hari ni Wani? Bukan hari ni hari ahad ke?” Aku menatap di luar tingkap. Kelihatan kenderaan berpusu-pusu mencari ruang untuk meletakkan kenderaan mereka. Ramai betul yang datang. Ada kenduri majlis ke?

“Eh kau ni. Lupa eh… hari ni kan ada intake baru.” Wani menjawab tanpa memandangku. Matanya hanya melirik di buku novel.

  Aku pula hanya membuatnya dengan reaksi muka pelik.

  “Hari ni ada intake baru?” Ulangku ayat Wani tadi. Sebentar kemudian barulah otak aku dapat menghadam mesej yang diberikan. Macam mana la aku boleh lupa.

  “Eh, kalau ada intake baru, kau tak ikut join diorang buat orentasi ke?” Aku memandangnya ke arah Wani semula dan terus duduk di katilku. Suasana di luar aku biarkan seketika.

  “Tak pun. Malas la. Nak suruh diorang buat apa je. Takkan nak ajar main tepuk-tepuk kot. Macam budak-budak.”

  “Haah kan. Setiap kali orentasi mesti kene main tepuk-tepuk. Bukan nak ajar macam mana nak gi kelas ke, gi surau ke, mana tempat shopping best ke, walaupun kita hujung sikit dari pekan.” Aku menyokong kata Wani.

  “Haa… tau pun. Hahaha…” Balas Wani pula dan kami gelak bersama. Yelah - mana tidaknya, apa faedah yang kami dapat untuk main tepuk-tepuk?

  Ingat lagi waktu aku dengan Wani berorentasi. Senior kami tak habis-habis ajarkan tepuk-tepuk sampaikan ke esokkan harinya kami tersesat untuk ke kelas. Habis kami terlewat gara-gara tidak mengetahui jalan yang sepatutnya tapi kami telah pun dimaafkan oleh pensyarah disebabkan kami pelajar baru.

  “Ish bengang betul aku!” Terlihat kelibat Ika yang begis dengan diekori Farah di muka pintu. Ika marah-marah tentang apa pun tak tahu.

  Bagi aku ini adalah normal kerana dia memang seorang yang baran.

  Kadang-kadang dia memang suka mencari masalah dengan orang lain. Tetapi - walaupun perangainya gila, dia dengan aku tetap baik. Paling menarik yang aku boleh katakan mengenai Ika ialah dia selalu menolong apabila ada pelajar lain cuba mencari pasal dengan aku. Dengan pertolongan itu juga, aku terasa sedikit aman untuk membuat urusan harian tanpa ada gangguan buli.

Farah pula selalu saja mengikut si Ika. Apa yang Ika buat akan disokongnya bulat-bulat. Kalau kena denda pun akan bersama-sama jugak. Cuma yang bagus pasal Farah ialah apabila Ika terlebih beremosi, barulah Farah akan cuba mengawalkan keadaan. Bagus betul mereka berdua dalam semangat setia kawan.

  “Dah la Ika. Dia bukan sengaja. Lagipun budak barukan.” Farah memujuk.

“Aah… peduli apa aku. Budak baru ke, lama ke. Masalahnya dia kurang ajar!”

“Laa… kan dia langgar sikit je bahu kau.”

  “Sikit kau cakap! Ais-krim aku jatuh kau tau tak! Itu takpe lagi tau. Ni… kena kasut kesayangan aku tau! Kau ingat senang ke nak dapat kasut limited ni!”

  “Ye… aku tau. Tapikan… boleh dibasuh. Takpe… nanti aku belanja kau makan siap dengan ais-krim lagi. Dahlah… jangan marah-marah lagi. Kita ada sini pun beberapa hari je tau.” Farah cuba memujuk.

“Haah Ika. Dah la, kurangkan baran tu. Lagipun last day nanti kita dah berjanji nak ke tempat shopping baru sama-samakan. Kat situ nanti kita usha kasut baru okey.” Aku turut membantu memujuk Ika.

  Marah betul dia kali ni. Mana tidaknya, kasut yang dia pakai itu hasil dari titik peluh bekerja sepanjang semesta lepas. Ingat lagi waktu tu, dia kerap hilang bila tiba hujung minggu. Ika cuba merahsiakan daripada kami tetapi terkantoi juga apabila aku, Wani dan Farah bercadang untuk keluar di hujung minggu bagi melepaskan bosan di KFC berdekatan.

Aku terkejut apabila tiba giliran kami untuk memesan makanan, kami ternampak Ika yang begis berada di kaunter sedang memberi senyuman dan bersedia untuk mengambil pesanan. Itu sememangnya janggal.

Ketika itu juga kami tidak dapat menahan untuk gelak sehinggakan hampir semua pelanggan di situ melihat gelagat kami. Saat itu sungguh memberikan kami kenangan yang manis dan melucukan. Ika yang baran menyambut pelanggan dengan senyuman? Hahaha, kelakar sungguh!

“Ermm… yelah. Aku cuba bertenang.” Suara Ika memecahkan lamunan aku seketika. Ika nampaknya sudah lebih tenang dari sebelumnya. Baguslah, dia tidak marah-marah lagi. Kalau tidak, satu hari kami terpaksa mendengar leteran dia.

  “Tapi… kalau aku nampak budak tu, siaplah!” Ika menyambung dan terus melabuhkan punggungnya di katil berhadapan dengan katil aku. Haih, ingatkan dah boleh bertenang.

  “Yelah-yelah, simpan jelah dendam kau tu dulu Ika. Sekarang ni kita fokus buat laporan akhir kita. Kau dah siap ke belom?” Wani menyampuk selepas menutup buku novelnya. Mungkin buku itu akan disambung bacanya nanti.

  “Aduh! Aku pun boleh lupa benda penting ni!” Aku terjerit kecil sambil menghentak dahiku dengan tangan. Minum semut ke aku ni?

  Tadi lupa pasal intake - sekarang laporan pula. Aku mulai risau antara sempat atau tidak membuat laporan itu di minggu akhir semesta ni.

  “Hahaha… mesti semua lupakan? Aku dah agak dah. Takpe, aku dah dapat contoh laporan dari Miss Nurul. Nanti kita buat sama-sama okey.” Wani memberi jawapan apabila melihat aku sudah kelam-kabut.

  Ika dan Farah pula masih terpinga-pinga. Syukur juga Wani seorang yang gigih dalam membuat tugasan. Dia memang cepat buat benda-benda laporan ni. Disebabkan itu juga aku selalu saja terselamat dari tidak siapkan tugasan-tugasan yang pensyarah berikan.

“Eh? Tapi kami kos lain, boleh pakai ke contoh laporan tu?” Ika bertanya dengan berintonasikan nada pelik.

  “Boleh je. Miss Nurul cakap laporan ni sesuai untuk semua kos. Cumanya ia perlu diubah beberapa tajuk saja. So… tak jadi masalah.” Balas Wani dengan mengukir senyuman yang manis di bibir merah jambunya. Dia sememangnya seorang yang lembut dan sopan.

  Tidak lupa juga dengan mukanya yang sentiasa nampak tenang dan kaya dengan senyuman. Comel!

  Tuk! Tuk! Tuk!

  “Boleh saya masuk?” Kedengaran satu suara lembut di muka pintu bilik kami.

Bersambung...

Sneakpeak:
Haaa... Kenapa ramai sangat masuk tiba tiba dalam bilik ni... Hahaha, takdelah. Jom kita baca di bab sebelah. Sapa pulak yang datang tu.

Jangan lupa untuk share, vote, dan like ye... Semoga cerite ini dapat masuk wattys2018 amin!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now