BAB 14 : Pencatat

768 75 5
                                    

  Kotak Saidina itu di letakkan disebelah. Lilin pula terbaring di tengah kami berempat.

  “Api dan bende bulat je takda lagi. Kau ada tak Ika?” Farah memandang Ika. Tangannya masih memegang papan itu.

  “Ada-ada, jap aku ambik.” Mood Ika terus bertukar. Teruja agaknya. Ika bangun dari tempat duduknya dan melangkah terus ke loker.

  Aku dan Wani hanya memerhati. Aku tak tahu apa yang perlu disediakan. Lagi-lagi Wani yang takut dengan benda alah ni. Mestilah lagi tak tahu.

Ika berlari kecil kembali ketempat kami. Tangannya memegang kanta bulat dan mancis. Aku tergelak tidak sengaja.

  “Ni bukan spek kau ke Ika?” Soalan aku di sambutnya baik.

  “Haah, dah tak guna dah. Kan aku dah beli baru.”

  “Baguslah. Akhirnya ada kegunaan yang tepat selain letak kat muka kau. Hahaha…” Aku tergelak selepas memberi kata sindir. Wani turut gelak kecil.

  “Kalau tak tukar memang sampai kita habis sem pun muka kau macam alien mata besar. Hahaha…” semakin rancak aku gelak. Wani pun sudah gelak besar di ikuti Farah.

  “Ish kau ni. Yang dah lepas tu lepas lah. Nah! Suka kau gelakkan aku ye Farah. Ape lagi syarat bende alah ni.” Ika menghulurkan kanta bulat dan mancis kepada Farah.

  Kami bertiga masih ketawa. Hahaha, ika ni lawak sebenarnya. Lawak dengan gaya spontan walaupun orang selain kami melihatnya seperti singa.

“Okey sekarang kita serius.” Farah mula menukar posisi sambil menahan ketawa. Ika mencebik lagi. Aku dan Wani menerus kan baki ketawa yang ada. Sekurang-kurangnya Wani tidak risau lagi.

  “Okey dengarnya aku baca syarat kat belakang papan ni. Yang pertama, penyeru hendaklah menyediakan barang-barang yang dikehendaki.Kedua, lilin perlu diletakkan di empat penjuru papan ini. ketiga, penyeru perlu meletakkan tangan di atas benda bulat yang tersedia. Keempat, sediakan seorang rakan untuk mencatat bagi memudahkan berbicara dengan roh. Pencatat tidak menyertai penyeruan lebih di utamakan. Kelima, perlu menyebut nama panjang masing-masing untuk memberitahu kepada roh yang dipanggil bahawa kepada siapa dia harus mendengar kata dan mengikut cakap. Walaupun begitu, roh boleh sahaja menjawab sebarang persoalan walaupun bukan dari penyeru. Langkah ini diadakan demi keselamatan supaya penyeru boleh mengawal roh dari berlaku kekacauan.” Aku mula meremang mendengar syarat yang dibacakan Farah. Ika kelihatan tenang dan teruja.

  Wani sudah memegang tanganku untuk kekuatan rohani. Walaupun takut, dia tetap memberanikan dirinya. Kami meneruskan pendengaran kami seperti menerima titah diraja yang dibacakan oleh bendahari.

“Keenam, mestilah bermula di perkataan Mula dan di akhir dengan Pulang. Perkara ini sangat diutamakan atau bakal menerima gangguan daripada roh yang diseru. Ketujuh, sentiasa tenang dan jangan panik. Dan pesanan terakhir, penyeru dinasihatkan jangan sesekali mengangkat tangan dari benda bulat yang menjadi tanda perhubungan mereka dengan penyeru. Tamat.” Farah memandang kami semua dengan mengeluh panjang.

  Banyak juga pantang larangnya. Aku mula seram sejuk. Wani jangan cakaplah, muka cuak giler walaupun baru baca syarat.

  “Okey, macam mana semua? dah sedia?” Ika menggosok tangannya tanda tidak sabar. Mukanya teruja sekali. Aku memandang Wani. Dia ketakutan. Terasa gigilan walaupun perlahan dari genggaman tangannya di tanganku.

  “Aku n… nak ta… tarik diri boleh?” Wani bersuara getar. Jelas sekali takutnya.

  “Alaa… Jangan macam ni. Tadi dah okey dah. Ni takut balik. Jom la, bila lagi nak buat benda macam ni.” Ika memujuk.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now