BAB 11 : Baran

857 93 0
                                    

  Matahari mula mendaki langit hingga ke puncak. Cahaya yang terik datang menerobos ke bumi tanpa perlu meminta keizinan. Tenaga aku semakin berkurangan dek kepanasan yang membara.

  Isnin. Masih berbaki empat hari saja lagi. Fuh! Panas betul hari ni.

  “Arghh… Bila nak balik ni.” Aku menguap dan merengangkan badan. Air mata aku mengalir sedikit.

  Adoi, mengantuk betul bila ke kelas. Dah nak habis pun ada kelas ke? Reaksi aku mulai masam. Tanda protes yang aku sendiri saja tahu. Haih bosan!

  “Lagi setengah jam je lagi, bersabar la Ira.” Wani berikan aku ketenangan.

  “Ye, aku tau lagi setengah jam, saja je nak memberontak.”

  “Hahaha… Lawak la kau ni Ira.”

  “Lawak-lawak jugak. Tapi aku pelik, kenapa kita masih perlu ada kelas. Bukan kita nak habis dah ke?”

  “Alaa… Cuba fikir positif sikit. Pihak kolej bagi kita kelas supaya boleh siap laporan cepat. Lagipun kita kelas pagi je, sampai pukul 1 kan.”

  “Itu yang malas tu. Kene buat laporan. Aarrgghh… Wani tolong aku buatkan. Serabut la nak siapkan.”

  “Haa… Sebab ni lah kau serabut. Sebab malas. Benda ni dari awal bulan dah bagitahu kot.”

  “Eleh cakap orang, dia pun tak siap lagi.”

  “Aku tak siap tiga benda je. Kau tu… hampir semua tak siap. Hahaha…”

  “Yelah-yelah, aku malas.” Aku terpaksa mengalah dengan Wani. Memang tugasan buat laporan ni aku paling malas nak buat. Haih, takde pen ajaib ke yang boleh tolong buatkan. Malasnya!

  “Ira!”

  “Apa dia Wani?”

  “Jom makan, dah balik dah ni,” kata Wani sopan.

  “Akhirnya, kenapa lama sangat!” Aku bersorak kecil.

  “Kau nak makan apa nanti Ira?”

  “Makan… entahlah, mungkin ayam goreng kot.” Aku menjawab selamba dan kami terus menuju ke food court kolej.

*   *   *

  Sementara itu di bangunan yang lain, Ika dan Farah baru sahaja habis daripada kelas mereka.

  Di satu sudut, Ika seperti tidak berpuas hati akan sesuatu. Seperti biasa, barannya mula membara.

  “Aduh!” Ika mengeluh. Di tangannya masih lagi memegang kaca mata yang patah itu. Farah menghampirinya selepas melihat keadaan yang kurang senang.

  “Kenapa ni?” Soal Farah melihat rakan baiknya itu di dalam kekusutan.

  “Ni haa… Tak nampak ke!” Ika menjawab kasar lalu meletakkan kaca mata di atas mejanya. Farah hanya melihat bingkai kaca yang patah itu.

  “Macam mana boleh patah tu? Soal Farah ingin tahu.

  “Manalah aku tahu… aku ambil bawak keluar dari poket terus jadi macam ni.”

  “Erm… kau terduduk la tu.”

  “Yelah kot… tapi geramlah… aku dah la rabun dekat. Nanti nak buat laporan susah aku nak membaca.” Bebel Ika. Kali ini barannya tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya kerana itu adalah kesalahan diri sendiri. Farah sedikit lega.

  “Dah takpelah… nanti balik kita keluar kejap pergi beli spek baru. Sambil tu boleh shopping.” Farah cuba memujuk dengan cadangannya.

  “Nak beli baru macam mana… duit mana cukup. Shopping? Lagilah takde duit.”

  “Takpe… nanti aku tambah berapa yang perlu. Untuk shopping pulak, kau serah je kat aku.”

  “Betul ni?” Ika bertanya untuk kepastian.

  “Ye… betul. Dah jom, aku lapar ni. kita pergi makan dekat food court dulu.” Cadang Farah lagi.

  “Okey jom. Macamnilah baru kawan.” Hati Ika mulai tenang daripada kekusutan. Kaca mata yang patah tadi dimasukkan ke dalam begnya dan terus bergerak ke food court bersama dengan Farah.

  Ika beruntung berkawan dengan Farah kerana dia memang banyak membantu dari segi kewangan. Itulah yang membuatkan Ika hanya mendengar kata-kata Farah berbanding orang lain.

Bersambung...

SnekPeak:
Okey readers, kali ni author sengaja sekejap kan bahan bacaan anda semua sebab Next bab nanti akan menjadi sedikit panjang. Saat genting hampir tiba! Hehehe.

Tapi jangan ingat bab ini tak penting. Ada sebahagian daripada bab ini berkait dengan bab lain. So,  barang siapa yang skip nanti jalan citer dia sedikit kucar kacir.

Selamat membaca tau!love u All!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now