BAB 27 : Hilang Arah?

641 69 42
                                    

Air sungai mengalir dengan begitu deras. Matahari pula kelihatan sama kusam kekelabuan. Mungkin itu punca keadaaan sekeliling ini menjadi begini. Siapa tahu?

  Kami masih lagi merentas desa di sekitar sungai. Masih tiada tanda-tanda ada penghuni di dimensi ini yang dapat ditemui. Farah keletihan, aku pula tercungap-cungap. Ika masih 'steady' berdiri teguh. Dia ni laki ke perempuan aku tak tahu lah.

  “Ika… kita rehat la kejap. Aku letih ni…” Farah memberi pendapat. Nampak gayanya yang kepenatan.

  “Ni dah berapa kali dah kita rehat. Macam mana nak setel kalau macam ni.”

“Alah… kau sendiri kata masa kita dengan dimensi ni lain. So - tak salahkan kita rehat berapa kali pun.”

“Yelah-yelah… cepat rehat – nanti boleh cepat gerak.” Ika terpaksa akur. Aku perasan dia jugak kepenatan; cuma dikaburkan dari pandangan kami.

“Ira…” Farah membuat nada menggoda.

“Ye, aku tahu - kejap.” Aku menghulurkan snek pada Farah.

“Terima kasih,” balasnya sambil tersenyum. Suka betul dapat rehat. Sejak dari perjalanan sampailah sekarang; snek itu cuma di makan olehnya.

Aku pula tidak berselera gara-gara memikirkan cara untuk mengenalpasti lokasi sebenar lembaga itu dan Ika - sejak tadi memikirkan keselamatan kami dengan jalan yang bakal kami lalui.

  Itulah perangainya, walaupun dia seorang yang suka mencari masalah di kolej; Ika tetap bersedia untuk membantu saat waktu orang-orang yang dia kenal dan rapat memerlukan bantuan. Dan, mungkin sebab itu jugaklah aku menerima sikapnya yang baran tu. Dah nak buat macam mana kan.

“Wey Ira… lembaga tu tak bagi apa-apa petunjuk lain ke?” Ika mula menyoal soalan yang sama semasa di pintu masuk tadi selepas melihat keadaan sekeliling kami selamat.

Aku hanya menggeleng. Ika memerhati kembali keadaan sekeliling. Risau benar dia. “Tapi kau rasa ada ke penghuni duduk sekitar sungai ni?” Ika menyambung persoalan. Kali ni matanya tidak tertumpu pada aku.

“Aku tak tahulah. Aku cuma menganggak je.”

“What?! Kau menganggak. Kau biar betul Ira… kang tak jumpa petunjuk, naya kita nanti. Yang paling naya si Wani tau.”

“Ye aku tau tu. Kita takde pilihan lain – selain ikut apa buku ni ditulis.”

“Buku tu tulis apa? Entah apalah yang ditipu dalam tu.”

“Buku ni cakap – kehidupan dimensi lain ni sama je dengan dimensi kita. Cara penempatan, penghijrahan, dan kehidupan sekeliling. Kalau tipu pun kita takkan ada kat sini dan benda dimensi kita pijak sekarang ni pun tak wujud!” Aku menahan marah dengan nada yang sedikit keras selepas Ika memberi komen yang berbaur perli itu.

“Okeylah kalau macam tu. Kita terpaksalah ikut panduan buku tu. Huh… keadaan sekeliling kusam buat aku tak tahu sekarang ni siang ke? Malam ke? Betul-betul 'tension'  aku dengan tempat ni?” Ika terus duduk setelah sekian lama berdiri dan mencebik.

  Aku menarik nafas panjang bagi meredakan api di dalam dada sambil membuka semula buku untuk semakkan – mana tahu ada petunjuk kami terlepas pandang. Nak kata tebalnya buku ni, boleh tahan juga.

*   *   *


25 minit selepas berehat, kami meneruskan kembali perjalanan yang tertangguh. Kali ni aku berada di hadapan, Ika di belakang, dan Farah masih lagi di tengah.

Kami berjalan mengikut berlawanan dengan arus air. Menurut buku mistik, kebanyakkan penduduk dimensi ini akan membuat penempatan berhampiran dengan mata air bagi memudahkan mereka mendapat sumber tersebut.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now