BAB 9 : Nasib Si Siti

912 98 2
                                    

  Susana kolej masih lagi riuh rendah disebabkan intake baru yang sedang berdaftar. Tidak kurang hebat juga di bilik bilik asrama yang lain. Aku masih lagi berhadapan dengan Miss Nurul di bahagian tangga asrama. Raut wajahku yang sedikit terkejut apabila Siti dikhabarkan senasib sepertiku. Really?

  “Ye, sama macam awak tapi lebih dahsyat lagi. Kalau awak nak tahu, dia sudah menjadi anak yatim piatu tau.”

  “Apa! Serius ke Miss?” aku hampir terjerit kerana terkejut dengan kenyataan Miss Nurul.

  “Ya, saya serius Ira. Dia anak yatim piatu. Malah dia mempunyai seorang adik kecil. Ibubapa dan adiknya ditimpa malang di dalam kemalangan ngeri di lebuh raya dua minggu lepas. Ketika itu Siti berada di rumah neneknya dan bersedia untuk mengisi kemasukan baru di kolej ini. Dia mengalami kemurungan sehingga sekarang dan tidak bercakap pun dengan sesiapa walaupun dengan saya. Semuanya diuruskan oleh neneknya ketika daftar tadi. Jadi, kalau Ira kata kehidupan Ira malang, saya rasa Siti lebih malang daripada Ira. Bahkan Siti tidak sempat berjumpa dengan ibubapa dan adiknya dalam keadaan hidup. Hanya sepasang tubuh kaku yang tidak lagi bernyawa ketika pemeriksaan mengecam mayat.” Aku terdiam mendengar kisah Siti.

  Rupanya ada yang lebih malang dari kehidupan aku. Aku masih mempunyai mak tapi Siti telah pun kehilangan keluarganya sekaligus. Aku mengetap bibir.

  “Sekarang awak bantulah dia supaya dia mempunyai sebab untuk meneruskan hidup. Tunjukkan kepadanya bahawa kita perlu kuat menerima ujian daripada tuhan. Saya yakin awak boleh bersahabat baik dengan Siti.” Miss Nurul merenung aku dengan senyuman semangatnya.

  “Baik Miss. Saya cuba untuk rapat denganya selama saya di sini.” Aku menjawab dengan sedikit ragu-ragu.

  “Ye baiklah, saya yakin kamu boleh. Sekarang kalau tidak ada apa-apa lagi saya perlu beredar segera. Masih ada lagi urusan yang saya perlu buat termasuklah katil dan loker Siti.”

  “Baik Miss. Saya minta maaf mengambil masa Miss.”

  “Tidak mengapa, nanti ada apa-apa berita daripada mak kamu akan saya hubungi terus kepada kamu. Saya minta diri dulu. Ingat, tabahkan diri kamu.” Miss Nurul bergerak menuruni tangga. Ayu sekali pergerakkannya. Aku melihat kelibat Miss Nurul sehingga hilang dari pandangan.

  Miss Nurul benar. Aku perlu kuat! Kalau aku lemah dan terus lemah, aku telah pun melanggar pesanan arwah ayah. Aku tidak akan membiarkan hal itu terjadi. Semangat aku mula kembali bangkit dan terus berkobar.

  Aku mula bergerak kembali ke bilik A-3-5. Bilik ini terletak di hujung sebelah kanan jika aku menghadap ke arah dinding. Tangga pulak terletak di bahagian tengah-tengah koridor berhadapan dengan bilik A-3-3.

  Seperti yang tertera, nombor di setiap atas pintu bilik, A bermaksud blok. 3 di tengah bermaksud tingkat tiga dan nombor akhir ialah nombor bilik.

  “Wei! Sapa suruh kau letak barang kau dekat depan loker aku! Kau angkat sekarang!” aku terdengar suara keras itu dari arah bilik aku.

  Sah!

  Mesti si Ika ni tengah mengamuk pasal tadi. Aduh, aku kene segera hentikan Ika - tak pasal-pasal Siti kene hentak nanti.

Bersambung...

Snekpeak:
Sedihnya kisah si Siti :(
Kepada yang masih ada mak ayah itu janganlah kita mengsia-siakan mereka selagi hayat masih ada. Betul sedih jika kita mengenang kisah si Siti dengan teliti. Jom ke bab seterusnya.. Hhuhuhu.

*nak menarik baca bersama dengan lagu arjuna beta yang author sediakan kat atas tu.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Kde žijí příběhy. Začni objevovat