BAB 39 : Mitos?

473 53 5
                                    


Angin mulai meniup dengan tenang. Walaupun begitu, ia bukanlah sesuatu tanda yang baik ketika berada di hutan yang sebegini rupa.

Aku mula bergerak perlahan-lahan dari tempat terdampar tadi dan kini betul-betul berada di dalam hutan yang tebal tanpa tahu arah tuju yang sepatutnya untukku melangkah.

Dengan Hati yang kurang pasti ini hanya cuma mampu berdoa agar sepohon pokok yang dilimpahi dengan buah muncul di hadapanku seperti sebelumnya.

Tenaga mulai lemah - nafas pula tercungap-cungap serta bahu yang luka yang parah telah pun memperlahankan lagi langkahku.

Haih! Apa harus aku buat sekarang?

Krik!

Telingaku menangkap bunyian yang aneh sekelip mata. Aku tersentak dalam keadaan yang ragu ragu. Mungkin sekali penjahanam itu masih memburu aku?

Tanpa membuang masa aku menyorok di timbunan semak yang berhampiran. Dengan jantung yang berdebar.

Krik! Krik!

Peluh membasahi dahiku dengan ligat. Takkanlah makhluk pemburu itu sudah dapat menjejaki aku? Kalaulah betul, alamatnya nyawa ini pasti akan terputus dari badan.

Aku cuba memerhati lagi. Kali ini langkah menghampiri dengan bunyian aneh itu. Walaupun di dalam ketakutan, aku tetap memberanikan diri gara-gara sifat ingin tahu yang sangat kuat berbanding daripada mengundur.

Langkah demi langkah aku atur dengan sempurna agar tidak menimbulkan risiko dikesan. Aku tidak sanggup lagi berhadapan dengan kekecohan ketika ini tatkala badan yang semakin lemah.

Huuaark!

Mataku terbeliak dan hampir terjerit akibat terkejut, nasib baiklah tangan kiriku menutup mulutku dengan pantas secara automatik. Reaksi mukaku jelas terpinga-pinga dengan apa yang telah dilihat. Bagiku ini adalah mitos yang sukar untuk dipercayai sepanjang kehidupan aku di dunia.

Apa yang mengejutkan lagi, makhluk ini adalah antara yang sering didebatkan oleh para saintis terhadap kehidupan mitos zaman pubrakala dan sekarang ia telah pun muncul di hadapanku.

Aku kagum melihat haiwan mitos itu seketika. Ciptaan yang unik ini sangat membuatkan aku terfikir bagaimana ia boleh diwujudkan sebegitu rupa. Bahagian badannya yang menyerupai singa serta kepala seperti helang, tambahan lagi - ia juga mempunyai sayap yang sangt lebar. Aku terpesona.

Tanganku secara automatik meraba-raba di bahagian belakang badan. Haih, mengeluh panjang. Aku terlupa akan kehilangan beg packing aku. Di dalamnya telah pun menyimpan buku mistik yang selalu memberi informasi yang diperlukan. Apalah nasib. Aku mengeluh lagi.

Huaarrk! Huaarrk!

Bunyi itu memecahkan fokusku terhadap lamunan beg tadi dan mula meneliti kembali kepada haiwan mitos itu.

"Kenapa bunyi haiwan mitos itu seperti kesakitan? Ahh, biarkan saja. Lagipun aku di dalam situasi yang tidak sihat. Kalau tersalah langkah, mungkin haiwan itu bolehh mendatangkan bahaya kepada aku juga." kataku sendirian dengan nada berbisik.

Hmm, aku mula memikir. Adakah patut atau tidak aku pergi memeriksanya. "Argh... serabut pulak kepala aku!" aku mengomel seorang diri lagi.

"Okey." Sambungku pendek dengan membuat keputusan untuk memerhati haiwan mitos itu dengan lebih dekat lagi. Jika keadaan tidak mengizinkan, aku harus pergi sebelum sesuatu terjadi. Baik!

Aku melangkah dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan haiwan mitos itu dan mendapati haiwan itu telah pun ditimpa malang dengan himpitan sebatang pokok yang runtuh.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now