BAB 53 :Nek Wan.

520 55 7
                                    

Kring!Kring!

Penanda loceng pulang sudah berbunyi. Lorong-lorong pejalan kaki yang sunyi kini berbunyi kecoh. Lautan pelajar-pelajar kini mengharungi sehingga ke pagar tanda tamatnya sesi pembelajaran mereka hari ini.

Ada juga diantara mereka kembali ke hostel dan ada juga diantara mereka pulang ke rumah masing-masing.

Di foodcourt. Suraya termenung di meja makan. Fikirannya melayang memikirkan misteri yang di alaminya semalam. Kadang-kala, wajah Maria bermain-main di kepalanya.

"Haih... susah betul Cik Zarah. Kalau taknak bagitau, cakap jelah awal-awal. Ni banyak soal pulak. Buat penat je aku pikir alasan banyak-banyak." Bebelnya perlahan.

Minuman teh suam di hadapannya terbiar sejuk. Dia masih tidak berpuas hati jika kebenaran tentang Maria tidak dapat didedahkan.

"Nek Wan, Syah sukalah duduk sini." Suara budak junior itu jelas kedengaran di tempat duduk belakang Suraya.

"Baguslah macam tu cu. Lega hati Nek Wan." Jawab neneknya kepada cucu kesayangannya itu.

"Tulah Nek Wan, kat sini semua baik-baik. Lepastu, kolej ni banyak aktiviti. Takdelah Syah bosan."

Suraya masih dilautan angan-angannya. Kadangkala dia memasang telinga mendengar perbualan dua beranak dibelakangnya tentang tempat baru. Haih, teringat kejap masa Suraya pertama kali datang ke sini - hampir sama.

"Cucu Nek Wan kena belajar betul-betul tau. Jangan membuang masa dengan benda yang tak berfaedah. Berkawan pun kena hati-hati. Jangan tersalah pilih kawan." Nasihat nenek itu.

"Baik Nek Wan. Syah ingat kata-kata Nek Wan. Kat sini banyak kawan yang baik-baik. Lagipun, Syah dah ade kawan yang selalu teman Syah pergi mana-mana."

"Bagusnya cucu Nek Wan ni. Dah ada kawan baik. Syah ingat pesan Nek Wan. Jaga kawan kamu baik-baik. Jangan selalu bergaduh dan banyakkan berbincang untuk sesuatu."

"Baik Nek Wan. Syah akan jaga kawan-kawan Syah baik-baik."

"Haa... macamtulah cucu Nek Wan." Mereka berdua berpelukkan.

"Nek Wan, dulu Nek Wan pun masuk kolej ni kan." Suraya tersentap dari lamunan apabila topik itu ditanyakan oleh cucunya.

"Ye cu, Nek Wan dulu pernah belajar dekat sini. Kolej ini banyak mengajar Nek Wan tentang kehidupan."

"Kehidupan? Macam mana tu?" Soal Syah lagi. Suraya pula setia mendengar dari belakang mereka.

"Kehidupan cu. Tentang pelajaran. Tentang hubungan. Tak lupa juga tentang persahabatan."

"Owh... dulu Nek Wan pun ada kawan baik macam Syah eh?"

"Ye cu, Nek Wan ada kawan baik. Sangat baik dan sanggup berkorban demi kawannya yang lain. Nek Wan bertuah berjumpa dan mengenali mereka semua."

"Bestnya ada kawan macam tu... mana diorang Nek Wan? Syah tak pernah jumpa pun." Pertanyaan Syah membuatkan hati Nek Wan bersedih seketika.

"Memanglah kamu tak pernah jumpa. Diorang dah lama meninggal dunia." Syah merasa bersalah seketika. Dia tak patut bertanyakan soalan yang sebegitu rupa. Suraya juga seakan terkejut.

"Yeke... Syah minta maaf buat Nek Wan bersedih."

"Tak apa cu... itu semua cerita lama."

"Ermm... kalau tak keberatan. Boleh tak Syah tahu nama diorang. Nanti bila solat, Syah nak doakan untuk diorang." Syah cuba membetulkan suasana yang suram.

"Baik cucu Nek Wan ni. Boleh... kawan Nek Wan semuanya ada tiga orang. Yang pertama namanya Nur Farah Binti Syahidan. Yang kedua Amirah Binti Rosli. Yang ketiga pula namanya Atikah Binti Syazlan. Mereka ini banyak menolong Nek Wan sewaktu susah dan senang." Selesai sahaja nama-nama itu disebut oleh Nek Wan, Suraya bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah didengari olehnya.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Onde as histórias ganham vida. Descobre agora