BAB 37 : Khianat?!

506 56 6
                                    

 Debu-debu pasir berterbangan halus diruang udara tatkala jasad Farah di seret kasar oleh serigala tungangan Zawal sehinggalah Tamrih memberhentikan pergerakan mereka.

Melihat sahaja sebegitu, kuncu yang lain turut mengikut. Masing-masing turun dari serigala mereka dan menuju ke tempat Tuan Besar mereka merehatkan diri. Serigala itu pula dibiarkan sebentar di belakang mereka.

Tamrih melutut tanda hormat setelah hampir dengan Aruwah yang hanya duduk di atas kerusi rehat dengan gaya yang sombong dan angkuh.

"Ya Lourd Al-Aruwah, Urls - Khazanah fi Gibs la Fort trun as ya gagal a bit Gibs (Tuan Besar Al-Aruwah, kami – pemburu yang perkasa dari 4 keturunan sudah kembali dari pemburuan.)" Lapor Tamrih dengan tenang. Aruwah hanya melihatnya dengan pandangan sombong.

Tamrih bersambung kata, "Wadah alans bie Rio bil wies bie hadam tuntas fo Lourd (kami telah pun membawa kembali 1 daripada mereka untuk Tuan Besar)." Kuncu Tamrih membawa jasad Farah menghadap kepada Tuan Besar mereka.

  Aruwah mula bangun dari tempat selesanya dan menuju ke arah jasad Farah yang kaku itu. Tamrih menjeling sesekali ke arah muka Aruwah dan mendapati ketuanya itu tersenyum puas.

Tamrih berasa lega. Kalau bukan kerana tangkapan ini, mungkin sekali dia boleh kehilangan kepala. Sebarang tugasan yang diberikan oleh Tuan Besar mereka wajib kembali dengan kejayaan.

  Tiada istilah gagal di dalam kamus hidup Tuan Besar Al-Aruwah. Kerana itu jugalah, Tamrih bersikap kasar kepada semua tenteranya supaya sentiasa fokus dengan tugasan yang telah diberikan.

"Hmmm... Well khazad Dios (Hmm... mana lagi 2)?" Soal Aruwah spontan. Tamrih terkejut sebentar. Otaknya harus memikirkann alasan dengan pantas. Sebelum ini, buruan tangkapan hanyalah melibatkan seorang dua sahaja. Tidak pula dia menyangka kali ini mempunyai ramai mangsa. Walaubagaimanapun, Tamrih harus juga memikirkan alasan yang logik terhadap terjunan maut seorang mangsa lagi.

"Erk... Lourd... Khina bil dayas niha kahanaha gargi agraf suk til dias bikhamsyik nil prapragan. (Erk... Tuan Besar... ketika kami memburu mereka, mereka telah bertindak agresif terhadap kami dan menyebabkan pertempuran kecil telah berlaku)."

"Nai? kulubi loma khamdas wa wa sik kunar? (Apa? Dengan makhluk lemah ini pun kamu perlu bertempur?)"

"Asweh naa karak tah ya Lourd (Mereka mempunyai sejata tuan)," Zawal menyampuk setelah sekian lama berdiam diri. Tamrih memandangnya dengan perasaan yang tidak puas hati. Apakah dia ingin mengkhianati aku? kata Tamrih di dalam hati.

"Karaks? Karak tah ni ka rah. NiBum khana ri nawal rakna sak wari weis? (Senjata? Senjata yang macam mana? Hebat sangatkah sampai kamu dapat membawa pulang seorang saja dari mereka?)" Aruwah mulai berang. Dia kembali ke tempat duduknya.

"Nai ya Lourd, lakh nak tahu Lil bia ni marc tak thark khai - nak naik ri jadis Isnain mangla kalimah.  Wa Isnain nak da rai ni kuasa tanak gagaung Zuhal wa gagaung Razal.Titian laknat bil rabah fi laknat Isnain mer malaks rabah maut til dies. Aha Jan isnain mer hukum bil Tamrih akis agraf ras aha.  (Begini Tuan Besar, ketika kami menjumpai mereka – kami hanya menjumpai 2 sahaja mangsa buruan. Dan, kedua-dua mereka telah dapat kami kepung di pertemuan antara gaung Zuzal dan gaung Razal. Titian di situ telah pun dirobohkan oleh mereka tetapi tindakkan itu telah menjerat mereka sendiri. Satu daripadanya menerima hentaman daripada Tamrih akibat agresif dan inilah mangsa itu)," jelas Zawal panjang lebar sambil menunjukkan Farah yang terbujur kaku.

"Wawahid akhar , hajam alsyd Tamrih bi'aslihat hadat watasabab fi jurh saghir thuma yueani min qutil nafsih bialqafz fi al'awadia (Dan satu lagi, telah menyerang Tuan Tamrih dengan senjata tajam dan menyebabkan luka kecil lalu dia mengalah dengan membunuh dirinya dengan melompat ke dalam gaung.)"

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now