03

10.6K 568 67
                                    

Mereka saling berpandangan dan terus menukarkan kedudukan tadi apabila suara cikgu Razali kedengaran. Muka Afryna sudah kemerahan akibat malu.

"Saya suruh siapkan denda. Dah buat ke belum?" Ujar cikgu dengan tenang.

"Saya dah buat dah cikgu tapi tetiba saya tergelincir atas Adrian. Saya bukan sengaja pun. Cikgu jangan fikir bukan-bukan."

"Kalau macam tu buat denda tu cepat. Adrian, ingat buat denda ni dan jangan buli Afryna. Dia budak baru lagi kat sini. Faham?" Ujar cikgu Razali.

"Faham cikgu" jawab Adrian malas. Cikgu Razali keluar dari perpustakaan.

"Saya mintak maaf" ujar Afryna apabila berasa bersalah tadi.

Adrian tidak membalas malah tidak menghiraukan Afryna. Dia merasakan perasaan yang aneh apabila melihat ke dalam mata Afryna tadi. Tapi dia membuang perasaan itu sejauh mungkin.

Afryna menyambung mengemas perpustakaan apabila Adrian tidak menghiraukannya. Mungkin Adrian marahkan dirinya. Ah lantak lah buat apa nak fikir baik kemas sampai siap lepastu boleh balik. Fikir Afryna

Adrian mengurut belakang badan yang terasa sakit akibat Afryna terjatuh ke atasnya tadi. Dia kemudian menyambung membuat denda yang disuruh oleh cikgu Razali. Haram jadah cikgu tu suruh aku kemas pustaka. Ingat aku orang gaji ke. Menyampah betul Haih. Kata Adrian dalam hati.

Afryna melangkah keluar dari perpustakaan selepas menutup suis kipas. Nampaknya dia orang terakhir yang berada di perpustakaan itu. Semua sudah pulang ke rumah termasuk lah pengawas perpustakaan. Kaki Afryna melangkah untuk pulang. Sedang Afryna menuruni anak tangga kedengaran suara lelaki sedang berborak di hujung tangga.

Afryna hanya menghiraukan lelaki yang berbual sesama mereka itu. Berdebar jugak bila nak jalan melintasi sekumpulan pelajar lelaki itu.

"Woii Nerd!" Panggil salah seorang dari mereka apabila menyedari Afryna berjalan melepasi mereka. Afryna menoleh sekilas sebelum terus melangkah. Afryna menjeling Adrian yang sesuka hati dia je nak panggil orang Nerd. Eh tapi dia memang nerd pun. Ah tak kesah lah. Aku buat semua ni ada sebab.

"Ek eleh minah ni. Ada jugak yang kena dengan aku kang" kata Adrian bengang kerana dijeling oleh Afryna. Sepanjang dia sekolah disitu. Tidak ada seorang pun yang berani menjeling ke arahnya. Bodoh punya perempuan.

"Serius ah bro?! Kena jeling dgn perempuan! Hahaha" kata Haziq sambil  ketawa kemudian diikuti yang lain.

"Diam lah gila. sumpah benci aku dengan minah Nerd tu. Tak padan dengan Nerd nak jeling aku bagai. Haram jadah dia. Dia ingat mata di lawa ke? Bodoh" carut Adrian. Sumpah dia berdendam dengan Afryna.

"Apa kita nak buat kat perempuan tu?" Tanya Haqimee sambil tersenyum sinis.

"Jom ah buli dia habis habisan. Aku dah lama tak buli budak" kata Aidil

"Betul tu. Tak sabar ni" sambung Airil iaitu adik kembar kepada Aidil.

"Nanti lah. Tak reti nak sabar ke!" Ujar Adrian.

"Amboi bro! Sejak bila reti sabar ni?" Kata Haziq kemudian ketawa.

"Babi kau" carut Adrian.

"Chill bro. Jangan marah-marah" kata Hairul sambil ketawa.

"Yang kau gelak jugak tu asal?! Bangang!" Carut Adrian lagi. Haih kuat mencarut budak ni.

"Alah gelak je pun." Kata Hairul mendatar.

"Sukati kau lah" kata Adrian dan terus membuka langkah untuk pulang.

"Tunggu lah weh" kata Haqimee sambil mengejar langkah Adrian.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now