07

10K 522 47
                                    

Selepas makan pagi semua berkumpul untuk diberikan maklumat oleh abang Farid iaitu orang yang menguruskan tapak perkhemahan ini. Katanya sebentar lagi akan ada aktiviti meredah hutan. Atau lebih tepat jungle trekking. (Abaikan kalau salah eja huhu😂)

"Okay seperti yang telah dimaklumkan, sebentar lagi kita akan meredah hutan mengikut kumpulan. Kita akan buat 5 kumpulan sahaja kerana kita kekurangan orang untuk menjaga setiap kumpulan. Kita akan gabungkan kumpulan memandangkan kumpulan kamu semua ada 10 kumpulan. Jadi kumpulan 1 akan bergabung dengan kumpulan 2. Kumpulan 3 dan 4. 5 dan 6. 7 dan 8. And last sekali kumpulan 9 dan 10. Jadi kita akan mulakan dengan dua kumpulan pertama dahulu. Korang dah bersedia?" Abang Farid menyoal.

"Dah" jawab mereka.

"Okay jom mulakan. Dua kumpulan pertama akan masuk dahulu. Kemudian kumpulan seterusnya. Sila duduk dalam kumpulan masing-masing." Arah abang Farid. Mereka mula bergerak mengikut arahan.

"Okay dua kumpulan pertama sila ikut abang yang pakai baju merah tu ya. Setiap kumpulan akan ade dua orang yang jaga." katanya. Dan mereka bergerak masuk ke dalam hutan mengikut abang Zul yang dimaksudkan tadi.

"Kumpulan seterusnya tunggu lagi 10 hingga 15 minit baru masuk hutan dengan abang Haimi yang pakai baju kelabu kat sana tu." Ujar abang Farid.

Afryna memandang Farhana yang kelihatan teruja.

"Happy nampak. Best sangat ke redah hutan tu?" Soal Afryna.

"Best la sebab tu aku tak sabar. Masa sekolah rendah dulu aku pernah juga join aktiviti perkhemahan. Best tau. Tak pernah masuk aktiviti macam ni ke?" Farhana menyoal Afryna.

"Tak. Tapi macam best je. Masa sekolah rendah dulu pun my mom tak bagi join sebab takut saya sakit. Dulu saya cepat sangat jatuh sakit. Antibodi lemah." Balas Afryna.

"Ouhh. Lepas ni rasa la sendiri best ke tak." Kata Farhana sambil ketawa. Begitu juga Afryna.

Tuk!

Afryna memandang ke belakang. Aduh sape pulak ketuk kepala aku ni. Ingat ni pintu ke apa?

Wajah selamba Adrian menyapa mata. Dia tahu tu mesti kerja Adrian. Haish benci lah. Memang lah perlahan je dia ketuk tapi dia tetap tak suka orang main kepala dia.

Tuk!

Sekali lagi kepalanya di ketuk.

"Apa masalah awak hah?" Marah Afryna kepada Adrian yang berada di belakang nya.

"Apasal kau ni?" Soal Adrian.

"Buat salah buat-buat tak tahu pulak" kata Afryna.

"Aku buat apa gila?" Soal Adrian pula. Haish ni mesti nak sakitkan hati aku. Dah buat salah taknak mengaku.

"Yang awak ketuk kepala saya tu kenapa?" Afryna menyoal geram.

"Bila masa aku ketuk kepala kau bodoh" balas Adrian. Sakit hati bila tetiba kena tuduh. Dah la kena tuduh dengan budak nerd ni.

"Err...Afryna. sorry la. Saya yang ketuk kepala awak tadi. Saya nak gurau je. Tak tahu pulak awak tuduh orang belakang awak." Kata Haiqal di sebelahnya.

What?!!

Afryna memandang Adrian dan Haiqal. Aduh aku ingatkan Adrian yang kacau aku. Haih Haiqal pun satu. Nak bergurau tak bertempat. Aku memandang muka tegang Adrian.

"Lain kali jangan nak bodoh tuduh orang tetiba kalau buah hati sendiri yang nak 'bergurau manja'. Semak la sial." Kata Adrian dan terus bangun dari tempatnya.

Afryna memandang Adrian yang berlalu dari situ. Muka Adrian nampak marah gila. Haih macam mana kalau dia buli aku lagi teruk lepas ni. Minta dijauhkan.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now