17

9K 470 46
                                    

"Afryna!" Afryna menghiraukan panggilan adrian sejak dari tadi. Semasa dia menuju ke kelas tadi, dia terserempak dengan Adrian. Terus dia berjalan laju untuk lari daripada Adrian. Haih, baru je sampai sekolah dah jumpa bala. Hmm nasib la.

"Afryna tunggu la aku" ujar Adrian yang sudah berada di sebelah Afryna.

"Kau nak ape?" Tanya Afryna malas.

"Jom ikut aku. Aku ada tempat best nak tunjuk kat kau" kata adrian teruja.

"Aku taknak jumpa kau. Jangan ganggu aku lagi." Afryna terus berjalan menuju ke kelasnya.

"Afryna!" Adrian memanggil Afryna yang sudah berjalan meninggalkannya. Dah kenapa dengan dia? Soal Adrian dalam hati.

*****

Afryna tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Nasib mejanya berada di belakang selepas bergaduh dengan Fatin, Syara dan Farhana. Jadi cikgu tidak nampak akan dirinya yang termenung sejak dari tadi.

Bercakap tentang kawan kawannya, hatinya mula terasa hiba. Dia memandang sedih ke arah kawannya itu. Haih!

Waktu rehat bermula. Afryna tidak ke kantin. Dia hanya berada di dalam kelas. Tiada selera untuk makan.

*****

"Wehh korang tak rindu kawan kita ke?" Soal Syara kepada Fatin dan Farhana yg berada di depannya. Mereka kini berada di kantin sedang makan nasi goreng makcik kantin yang boleh dikatakan sedap.

"Sape?" Soal Fatin sambil mengunyah nasi.

"Afryna la." Kata Syara.

"Haah la. Aku rindu dia. Hmm." Ujar Fatin.

"Buat ape nak rindu penipu macam dia?" Soal Farhana tetiba.

"Haih. Kenapa dengan kau?" Soal Syara.

"Kita tak sepatutnya buat dia macam tu." Kata Fatin lagi. Dia pun tak faham kenapa mereka tak suka Afryna.

"Tapi dia dah tipu kita. Kau tak ingat ke?" Soal Farhana.

"Tapi kenapa kalau dia tipu kita sekalipun? Dia tak pernah buat benda buruk kat kita kan? Lagipun kesalahan dia bukan teruk pun" kata Fatin. Farhana diam.

"Haah la weii. Dia tak salah pun. Kita yang taknak berkawan dengan dia. Aku rasa jahat pulak" kata Syara.

"Tadi aku nampak dia termenung je dalam kelas. Macam ada problem. Minggu lepas pun dia langsung tak masuk kelas. Budak kelas kita kata dia ponteng." Kata Fatin.

"Ponteng? Aku ingatkan dia tak datang sekolah. Kenapa dia ponteng eh? Dia jadi macam tu sebab kita ke?!" Soal Syara sambil menutup mulut. Buat buat terkejut. Well, Syara always over.

"Kenapa pulak sebab kita? Dah memang dia jahat" kata Farhana sambil menjulingkan mata.

"Tak baik la kau ni. Aku rasa bersalah sebab buat dia macamtu. Apa kata kita mintak maaf kat dia?" Cadang Fatin.

"On" kata Syara.

"Taknak!" Bantah Farhana.

"Kau kenapa weii? Hantu apa yang dah rasuk kau ni. Takkan la sebab dia tipu kita tentang diri dia kau tak nak maafkan dia. Takkan la sebab tu je kot?" Soal Fatin.

"Tapi dia tetap dah tipu kita. Kenapa dia nak kena tipu? Dia ingat kita ni nak ambik kesempatan dekat dia? Dia ingat kita mata duitan? Dia ingat kita takde duit? Dia ingat--"

"Berapa banyak 'dia ingat' kau nak sebut?" Soal Syara. Naik muak dia dengar perkataan yang sama.

"Ah lantak la" kata Farhana.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now