29

6.6K 361 31
                                    

Aku memberitahu mereka tentang Adrian yang akan mengikuti kami. Mereka hanya mengangguk setuju. Supaya Adrian tidak keseorangan, Farhana mengajak abangnya Haziq untuk menyertai.

Mereka sudah mengetahui tentang aku dan Adrian. Aku memberitahu tentang ibubapa aku dan Adrian yang merupakan kawan baik. Aku juga menceritakan perkara yang mereka tidak tahu tentang aku dan Adrian. Aku hanya memberitahu mereka yang kami berkawan kerana keluarga kami. Sejujurnya memang itu yang betul. Aku dengan Adrian bukan bercinta. Kamu hanya berkawan rapat. Aku pun tak tahu apa perasaan aku kat dia. Sukar ditafsir.

****

Hari yang ditunggu telah tiba. Mereka berbincang untuk berjumpa di airport sahaja.

Penerbangan mereka ke Bali mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur.
Sekarang menunjukkan jam 12.45.p.m. penerbangan mereka pada pukul 2 petang.  Sementara menunggu mereka menghabiskan masa untuk melepak sambil makan.

Mereka bergegas bangun setelah pengumuman penerbangan untuk ke bali diumumkan. Mereka bergerak ke balai pelepasan.

Setibanya di airport di Bali. Mereka di jemput oleh kereta yang disewa oleh mereka.

Kunci sebuah vellfire hitam diserahkan kepada Adrian. Adrian memandu menuju ke tempat penginapan.

Mereka memilih untuk menginap di homestay.

Sesampainya di sebuah rumah teres sederhana besar, orang yang menjaga homestay sedang menunggu ketibaan kami. Kunci rumah bertukar tangan. Masing-masing mengangkat beg dan masuk ke dalam rumah.

"Aku nak bilik utama!" Afryna mendahului Adrian yang sedang menuju bilik utama.

"Apa ni Afryna. Aku yang cop dulu." Adrian tidak berpuas Hati. Dia menahan tangan Afryna.

"Takde-takde. Aku punya." Afryna cuba melepaskan pegangan tangan Adrian.

"Lepas lah"

"Takkan. Aku yang dapat bilik tu dulu" kata Adrian.

"Tak kesah. Aku nak bilik ni!" Kata Afryna yang sedang bergelut dengan Adrian di depan pintu bilik utama. Yang lain hanya mengelengkan kepala melihat pergaduhan mereka. Benda kecil pun boleh jadi besar.

"Ish korang ni kan. Benda camtu pun nak gaduh" ujar Farhana.

"Dia ni haa. Pilih la bilik lain" kata Afryna.

"Kau yang ambik bilik aku" balas Adrian tak mahu kalah.

"Okay apa kata macam ni. Bilik kat sini ada tiga. Kita ada enam orang. Satu bilik kongsi 2 orang. Haa korang kongsi bilik. Habis cerita." Ujar haziq selamba tanpa rasa bersalah.

"Eee bodoh la. Memang tak la. Aku lagi rela tidur kat sofa ruang tamu daripada tidur sebilik dengan minah ni" ujar Adrian.

"Macam la aku nak sangat. Kau pergi la tidur kat ruang tamu sana. Bilik ni aku punya." Afryna berura-ura untuk masuk ke bilik.

"Mana aci. Ni bilik aku" kata Adrian menghalang Afryna masuk.

"Tak kesah. Aku nak tidur bilik ni" kata Afryna. Adrian yang geram terus menolak Afryna. Afryan yang tidak dapat mengimbangkan badan terus terjatuh.

"Aduhh" Afryna mengaduh kesakitan.

"Apa ni main tolak-tolak. Sakit tahu tak" kata Afryna.

"Err sorry." Adrian menggaru kepalanya. Dia tidak sengaja menolak Afryna sehingga dia terjatuh.

"Kau okay?" Farhana bertanya. Dia menghulur tangan untuk membantu Afryna bangun.

"Kau ni gurau kasar sangat la" kata Haziq.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now