21

7.3K 383 82
                                    

3.15 petang

"Baby, Haiqal tengah tunggu kat bawah. Cepat la bersiap. Lama lama pun bukannya cantik hahaha" Laung Angah di depan pintu bilik Afryna bersama ketawa

"Ye. Kejap la. Sibuk je. Macam la dia hensem sangat." Afryna membalas. Tak lama kemudian dia keluar dari bilik dan mengikut angahnya ke bawah. Haiqal tengah tunggu dalam kereta.

"Hati hati. Jangan balik lambat. Haiqal jaga adik aku baik baik" pesan Achik.

"Okay bang" balas Haiqal sambil tersenyum. Kereta haiqal mula membelah jalan menuju ke destinasi mereka.

Mereka tiba di mall. Perasaan janggal mula terasa diantara mereka.

"Kita pergi makan dulu. Lepas tu saya ikut je awak nak pergi mana"

"Nak pergi mana je" ujar Afryna.

"Awak nak pergi mana?" Soal Haiqal.

"Tak tahu. Awak yang ajak saya keluar jadi awak la yang tentukan mana kita nak pergi" kata Afryna. Mereka kini tiba di sebuah restoran.

"Hahaha takde la. Mana tau awak nak pergi shopping ke ape ke" ujar Haiqal.

"Erm takde. Saya ikut awak je.

"Kalau macam tu lepas makan kita pergi tengok wayang. Nak tak?" Soal Haiqal.

"Okay je"

"Ok sekarang order apa awak nak makan. Saya belanja." Kata Haiqal bersama senyuman dibibir. Terserlah lesung pipit di pipinya. Wahh hensemnya.

"Awak" panggil Haiqal apabila melihat Afryna merenung wajahnya. Naik segan pulak dia.

"Ye?" Afryna seperti tersedar. Arhh malunya.

"Saya tanya awak nak makan apa?" Soal Haiqal. Pelayan kini sedang mengambil order. Sejak bila dia datang ambik order? Aduh boleh pulak melamun.

"Erm sama macam awak la" kata Afryna.

"Okay." Kata Haiqal dan memesan makanan.

Haiqal memandang Afryna dengan senyuman selepas pelayan itu pergi.

"Kenapa pandang saya?" Soal Afryna apabila tidak selesa dipandang begitu.

"Kenapa? Tak boleh ke nak pandang awak. Awak tadi pandang saya boleh je. Hehe" ujar Haiqal sambil tersengih. Eh asal comel ni. Hahaha huwaa malunya!!

"Tadi ada apa tah kat muka awak" tipu Afryna untuk menutup malu.

"Ye ke? Habistu kenapa tenung saya macam tu. Eleh cakap la yang saya ni hensem. Kan kan?" Kata Haiqal.

"Eee perasannya" kata Afryna. Dia kemudian ketawa. Hahaha kantoi.

"Tapi apa salahnya. Saya tak marah pun" kata Haiqal. Dia tersenyum manis ke arah Afryna.

"Lepas ni kita nak tengok cerita apa?" Soal Afryna menukar topik.

"Barbie" ujar Haiqal selamba.

"Are you okay?" Soal Afryna hairan. Wth? Barbie? Hahahaha lol

"Hahaha saya gurau je la. Takkan nak tengok barbie kot. Kita tengok avengers nak tak?" Soal Haiqal

"Okay jugak." Kata Afryna suka.

"Makanan dah sampai. Makan la. Lepas makan kita tengok wayang!" Ujar Haiqal ceria. Afryna tergelak melihat telatah Haiqal. Haiqal pula terpukau dengan ketawa Afryna.

"Erm makan la" kata Afryna apabila Haiqal asyik memandang ke arahnya.

"Saya rasa kenyang lepas tengok bidadari depan saya ni." ujar Haiqal romantis. Mereka seakan pasangan kekasih.

"Ada ada je awak ni" Afryna ketawa sekali lagi.

"Awak nak tahu tak?" Soal Haiqal.

"Apa dia?" Tanya Afryna ingin tahu.

"Dulu, saya ingat bidadari tu dongeng. Tapi sebenarnya wujud. Siap ada depan mata lagi. Chia chia" Haiqal cuba membuat pickupline. Hmm not bad.

"Hahaha saya rasa awak patut pakai cermin mata la" kata Afryna.

"Kenapa pulak. Betul apa yang saya cakap tadi. Saya tak rabun. Awak memang cantik" kata Haiqal. Afryna tersenyum malu.

"Mane ada la. Ramai lagi yang lebih cantik kat luar sana" ujar Afryna. Merendah diri

"Tapi tu kat luar. Saya cerita yang kat dalam hati saya" kata Haiqal sambil tersengih.

"Dah dah. Makan nanti sejuk makanan awak" ujar Afryna. Sebenarnya dia dah cair dengan pickup line Haiqal huhu.

"Hahaha muka awak merah. Comel la awak ni" puji Haiqal.

"Jangan la puji. Malu tau" kata Afryna.

"Buat apa nak malu. Dengan saye je pun" kat Haiqal.

"Hahaha takde la. Awak tu cepat la makan. Saya nak tengok avengers." Kata Afryna teruja.

"Okay awak. Awak pun habiskan makanan awak dulu. Saya tengok tak bergerak pun dari tadi" ujar Haiqal

"Saya dah makan banyak la" kata Afryna.

"Ye la. Cepat la habiskan. Cakap orang. Dia pun sama je tak habis lagi" ujar Haiqal. Afryna cuma tersengih.

****

Afryna fokus terhadap movie avengers sambil tangannya memasukkan popcorn ke dalam mulut.

Haiqal memerhati wajah Afryna tanpa disedari. Perlahan lahan tangannya menyentuh tangan Afryna. Afryna yang kusyuk melayan movie tersebut tidak perasan akan tangan Haiqal yang menyentuh kulit tangannya.

"Eh" Afryna menarik tangan yang dipegang haiqal. 'apeni main pegang pegang tangan orang'

"Sorry" ucap Haiqal sambil menunduk.

"Jom" ajak Afryna.

"Mana?" Soal Haiqal hairan.

"Balik la. Citer dah habis kan?" Ujar Afryna.

"Haah la. Jom hehe" Haiqal tersengih.

****

"Awak, saya nak singgah tempat kawan saya kejap tau. Awak tunggu dalam kereta eh" ujar Haiqal

"Lama ke?" Soal Afryna.

"Tak pun. Kejap je. Tunggu tau" ujar Haiqal. Afryna hanya mengangguk sebelum Haiqal keluar dan menuju masuk kedalam hotel di hadapan kereta.

****

"Macam mana?" Soal Haiqal kepada seorang lelaki.

"Semua beres. Sekarang aku kena turun bawah untuk ambik budak tu je. Kau just tunggu dalam bilik. Semua aku dah settlekan." Ujar lelaki tersebut

"Bagus. Dah cepat. Ingat jangan sampai ade yang perasan."

"Baik, boss" ujar lelaki itu dan terus pergi.

******

"Mana Haiqal ni. Lambatnya. Kata kejap je" rungut Afryna seorang diri.

Tuk tuk!

Pinta kereta diketuk dari luar. Afryna memandang seorang lelaki berada diluar. Dia menurunkan cermin kereta. Mungkin ingin bertanya arah jalan.

"Ade ape eh?" Tanya Afryna.

"Ni kereta awak ke?" Soalnya. Afryna mengerutkan dahi

"Bukan. Ni kereta kawan saya" kata Afryna.

"Saya rasa kereta kawan awak ni rosak. Tengok dekat tayar tu berasap." Katanya.

"Ye ke?" Afryna membuka kunci pintu kereta dan keluar.

Belum sempat matanya melihat apa yang terjadi...mulutnya ditutup dengan kain. Bau racun menusuk ke dalam mulutnya. Mata terus terpejam rapat akibat bau yg kurang menyenangkan.

*****

TBC..

Sorry sebab lambat update. Janji nk update semalam tapi lupa. Syok sangat beraya hahahhaa. Harini ade masa sikit sebelum nk pergi beraya. So here... happy reading. Sorry pendek je chap kalini. 925 words je heheh.

Selamat Hari Raya kedua😂✨

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now