19

8.2K 401 35
                                    

Suasana tegang diantara dua pihak. Masing masing memandang dengan muka tidak puas hati.

"Kau dah cari pasal dengan aku bila kau dah sentuh anak buah aku." Kata salah seorang dari pihak lawan. Adrian tersenyum sinis.

"Siapa suruh dia buat hal?" Soal Adrian. Senyuman sinis masih tidak lekang.

Sekarang The Fire Boys seperti hendak bergaduh dengan group The Dragon. Adrian ke belakang sekolah apabila mendapat pesanan dari nombor yang tidak dikenali. Nampaknya perang bakal terletus.

"Kau kenal dia?" Soal salah seorang dari The Dragon. Dia menunjukkan jarinya ke arah seorang  budak lelaki yang telaj dia tumbuk haritu. Terdapat lagi lelaki yang sama rupa berada di sebelahnya. Mungkin kembarnya.

"Ouh jadi ni budak kau?" Soal Adrian biasa. Tiada rasa gugup biarpun sudah melakukan kesalahan. Beberapa hari yang lepas dia sudah memberi amaran kepada budak itu untuk menjauhi Afryna. Dia tahu budak itu bukan sahaja mahu berkawan dengan Afryna. Mungkin ada agenda lain. Rakan sekelas afryna yang bernama Haiqal itu tidak mahu mendengar katanya dan bertindak melawan kata kata adrian menyebabkan kemarahan Adrian terhadapnya terbuak buak.

"Dia yang kurang ajar dengan aku. Jadi aku ajar la dia sikit. Tak boleh ke? Kau pun tak reti nak ajar dia?" Soal Adrian sinis.

"Masalahnya apa dia buat kau kau sampai kau tumbuk muka dia teruk macam ni?" Soal kembar itu dengan marah.

"Kau tak tanya dia? Wah wah sayang betul kat anak buah kau sorang ni. Sampai kesalahan dia pun kau tak tanya." Ujar Adrian.

"Apa yang dia buat kau kau?!" Soalnya

"Kau tanya la dia. Asal tanya aku" ujar Adrian selamba.

"Apa kau buat?" Soalnya kepada Haiqal.

"Dia suruh Haiqal jauhkan diri dari Afryna. Haiqal taknak. Lepastu dia tumbuk Haiqal. Haiqal tak buat apa pun kat dia Abang Afran" kata Haiqal kepadanya. Jadi nama salah sorang kembar tu Afran. Yang lagi sorang tak dapat dikenal pasti.

"Aku tahu niat dia bukan hanya nak berkawan dengan Afryna. Kau kenal siapa Afryna?" Soal Adrian. Dia mendekati Afran dan Haiqal. Langkah Adrian terhenti apabila terbit senyuman sinis dari Afran.

"Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau kenal siapa Afryna? And siapa aku?" Soal Afran sinis.

"Afryna is my girlfriend and i don't even know who you are. Kau yang nak sibuk ambil tahu pasal anak buah kau pehal? Dia yang cari pasal dengan aku. Kalau dia takndekat dengan Afryna, muka dia takkan pecah " Soal Adrian.

"Girlfriend Huh?" Sungguh sinis kedengaran.

"Nampaknya Kau tak kenal siapa abang ipar kau" kata Afran. Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya. Dahi Adrian berkerut.

"What? Abang ipar? Soal Adrian bingung.

"Nampaknya aku kena bazirkan air liur untuk kenalkan siapa aku. I'm Putera Afran bin Tan Sri Anuar. Yang tu kembar aku, Putera Afrin." Ujar Afran. Jelas kelihatan muka Adrian terkejut.

'Oh shit! Afryna ada abang kembar? Tak mungkin la. Kenapa aku tak tahu' soal Adrian dalam hati.

"Sekarang kau dah kenal kami? So jauhkan diri kau dari adik aku. Jangan heret dia jadi macam kau. Aku tak perlukan kau sebagai adik ipar aku. Haiqal jauh lebih layak" kata Afrin. Adrian menahan marah mendengar kata kata Afrin. Bila bila masa sahaja tangannya itu boleh hayunkan penumbuk ke muka mereka berdua tetapi ditahan kemarahanya apabila mengingatkan itu adalah abang Afryna.

"Kau sape nak larang aku?" Soal adrian geram. Haziq sudah menahan Adrian daripada melakukan perkara yang akan memburukkan keadaan.

"Jadi kau siapa nak suruh Haiqal jauhkan diri dari Afryna?" Soal Afran.

"Lahanat" carut Adrian perlahan. Dia sudah terkena. Alahai bodohnya.

"Masalahnya dia dah ganggu hak aku" kata Adrian.

"Dan kau pun dah ganggu adik aku. Kau jangan ingat aku tak kenal kau." Kata Afrin.

"Sekali lagi kau kacau budak budak aku mahupun adik aku. Kau siap!" Ujar Afran.

"Aku tak pernah ganggu adik kau. Haiqal yang yang ganggu adik kau. Apa motif dia nak berkawan dengan adik kau? Well ingat aku tak kenal Haiqal? Kau patutnya kenal siapa anak buah kau" kata Adrian sinis. Muka Haiqal serta merta berubah.

"Aku taknak gaduh dengan kau. Jadi aku rasa kau patut tahu semua tentang anak buah kau." Kata Adrian. Dia terus berlalu dari situ bersama geng nya.

****

"Arghhh sial la! Asal aku tak tahu dia ada abang kembar?! Haritu kan aku dah bagitau suruh siasat dia?!" Jerit adrian kepada mereka.

"Rilek bro." Haziq cuba menenangkan Adrian yang bila bila masa sahaja boleh meletus.

"Kitorang ingatkan kau dah taknak benda tu. Kan haritu kau jugak yang cakap jangan masuk campur hal Afryna lagi dah." Kata Haqimee.

Adrian meraut wajah. Ye dia yang tidak mahu mereka masuk campur hal dia dengan Afryna.

"Aduh kusut la macam ni!" Kata Adrian.

"Tapikan. Sejak bila kau couple dengan Afryna? Asal aku tak tahu weh? Soal Hairul ingin tahu.

"Haah la wehh sejak bila?" Soal Aidil. Airil dan Haqimee juga memandang  Adrian meminta jawapan. Hanya haziq yang kelihatan tenang.

"Patut la taknak kitorang kacau Afryna" kata Haqimee mengusik

"Diam la hanat" kata Adrian. Dia tengah serabut sekarang ni boleh pulak kau nak buat lawak.

"Amboi marah. Aku tanya je. Tak payah la marah." kata Haqimee.

"Tak payah tanya. Aku tengah serabut ni. Afryna bukan girlfriend aku pun." Kata Adrian.

"Habistu tadi?" Tanya Aidil.

"Aku saje je lah nak tipu diorang. Bodoh la. Tak sangka pulak kembar tu abang Afryna. Cilake betul. Buat malu je. Sial punya Haiqal. Patut la kau masuk group diorang." Kata Adrian.

"Maknanya Haiqal budak baru la dalam group tu?" Tanya haziq.

"Yup. Dia masuk pun sebab abang Afryna. Tu sebab nak ambik hati abang ipar mungkin." Adrian mencebik. Menyampah.

"Chill la. Kita slow slow buat Afryna jatuh kat kau. Macam kau buat kat perempuan sebelum ni." Kata Hairul.

"Masalahnya Afryna ni lain. Dia takkan mudah jatuh kat aku senang macam tu je." Kata Adrian.

"Macam mana kau boleh suka dia? Kau dah jatuh cinta? Wahh mana Adrian yang playboy dulu?" Soal Haqimee pura pura terkejut.

"Baik kau diam sebelum aku tumbuk kau" Adrian menjeling Haqimee.

"Woo woo. Taknak taknak. Aku tanya je. Halah halah. Tu pun nak marah" kata Haqimee seakan akan merajuk. Eh menyampah pulak kita.

"Baik kau tak payah tanya dia sekarang. Member tengah broken kena reject dengan abang ipar hahahaha" kata Haziq kemudian ketawa jahat. Adrian menjeling sebelum bangun dari duduk.

"Eh kau nak pergi mana?" Soal Haqimee.

"Balik. Daripada layan korang. boleh gila aku jadinya."

"Chill la. Takyah balik lagi" kata Haziq.

"Aku penat. Dah la chau" Adrian terus berlalu keluar daripada tempat mereka lepak menuju ke arah keretanya. Sekarang dia perlu rehatkan fikiran dan badan dia yang penat. Hal tadi betul betul buat dia serabut.

****

TBC..

Vote and comment💗

Badboy VS Nerd Jadian Donde viven las historias. Descúbrelo ahora