37

6.2K 334 31
                                    

Loceng ditekan. Aku menunggu dengan penuh sabar. Aku sekarang berada di hadapan rumah Adrian. Mummy yang menyuruh aku datang mengambil barang untuk majlis nanti. Aku pun tak tahu barang apa. Aku hanya menurut kata mummy.

Pintu pagar terbuka secsra automatik. Wajah Tengku Fariza iaitu mama Adrian kelihatan di muka pintu.

"Haa Afryna. Masuk la. Datang sorang je ke?" Soalnya ramah.

"Haah. Mummy sibuk. Tu tak dapat datang." Aku menyalam tangan bakal ibu mertuaku. Hanya tinggal seminggu sahaja majlis itu akan berlangsung.

"Duduk la dulu. Mama pergi ambik barang kat atas." Katanya. Aku mengangguk lalu duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu. Asal sunyi je rumah ni?

Makjah keluar dari dapur dengan 2 gelas air. Air diletakkan dihadapan Aku

"Jemput minum" ujar mak jah

"Terima kasih" Aku tersenyum kepada mak Jah.

"Sama-sama." Mak jah terus ke dapur menyambung kerjanya.

Tak lama kemudian Tengku Fariza datang kepadanya dengan sebuah kotak. Aku menolongnya meletakkan kota tersebut di atas lantai. Kotak tersebut tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

"Ada apa dalam kotak ni ma?" Soal aku.

"Ouhh dalam ni ada perhiasan untuk pelamin. Mama yang buat. Memang hobi mama." Ujar Tengku Fariza.

"Ouhh. Erm Adrian mana? Tak nampak pun dia." Soal ku.

"Adrian kerja. Papa pun sama. Tu sunyi je rumah ni. Kenapa rindu ke?" Usiknya.

"Tanya je" ujar aku tersipu malu.

"Seminggu je lagi. Nanti tatap la muka kesayangan kamu tu hari-hari" ujarnya. Aku hanya tersenyum malu.

"Adrian balik pukul berapa?" Soal aku

"Dalam pukul 4 nanti balik la kalau dia tak sibuk. Tapi Adrian dah lama tak balik sini." Kata mama. Aku berkerut wajah.

"Kenapa?" Soalnya.

"Dia tinggal kat kondo dia. Dah seminggu dah." Kata mama. Dalam seminggu jugak aku tak berjumpa dengan Adrian. Sejak dia datang rumah pujuk aku dulu.

"Ouhh" aku hanya mengangguk.

Seketika kedengaran enjin kereta memasuki garaj rumah.

"Tu papa dah balik. Mesti Adrian pun dah balik kondo dia. Afryna nak jumpa dia ke?"

"Boleh ke?" Soalku.

"Apa pulak tak boleh. Nanti mama bagi alamat." Ujarnya.

"Eh Afryna. Bila sampai?" Soal Tengku Faris.

"Dah lama. Dah nak balik ni. Afryna datang ambik ni" kata aku sambil menunjuk ke arah kotak.

"Ouhh. Mama memang suka buat perhiasan semua tu. Memang hobi dia dari dulu lagi." Kata Tengku Faris. Tengku Fariza mendekatinya. Terus tangan Tengku Faris di salam.

"Nanti boleh la ajar Afryna buat jugak" ujar aku teruja.

"Boleh sayang. Nanti kamu dah khawin dengan Adrian. Senang la mama nak ajar kamu." katanya.

"Cakap pasal Adrian. Dah lama dia tak balik sini. Apa la yang best sangat duduk sana sampai taknak balik sini." Ujar Tengku Faris.

"Mungkin dia tertekan dengan kerja. Awak la yang suruh dia kerja kuat sangat." Bebel Tengku Fariza.

"Saya pulak yang kena. Anak awak tu yang degil taknak ambik cuti. Saya dah suruh dah. Lagi seminggu dia nak khawin." Ujar Tengku Faris pula.

"Suka hati awak la. Haa ni Afryna. Nak pergi jumpa Adrian kan? Nanti mama send location." Katanya.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now