06

9.6K 500 11
                                    

Tiba di tempat perkhemahan. Afryna mengejutkan Fatin di sebelahnya.

"Dah sampai ke?" Tanya Fatin sambil membuka mata.

"Dah. Jom la turun." Afryna bangun dari tempat duduknya. Secara tidak sengaja Adrian juga bangun serentak dengannya.

Buk!

Afryna jatuh semula di tempat duduknya akibat tolakan dari Adrian. Kurang ajar la mamat ni. Main tolak je orang. Desis afryna dalam hati. Sabar la wahai hati.

"Okey semua. Sila beratur mengikut kelas masing masing. Cikgu nak pilih ahli kumpulan kamu. Cikgu akan bahagikan kamu semua kepada sepuluh kumpulan. Cikgu sendiri yang akan pilih. Takde bantahan. Faham semua?" Ujar Cikgu Rosli selaku guru penasihat.

"Faham cikgu" jawab mereka serentak.

"Okay. Baiklah saya akan panggil nama kumpulan 1 dahulu. Nama yg dipanggil sila keluar. Bla bla bla.." cikgu memanggil nama nama ahli kumpulan 1.

Selepas dibahagikan kumpulan. Afryna berada di kumpulan 3 bersama Farhana. Fatin dan Syara pula berada di kumpulan 5.

Adrian Dan Haziq pula berada di kumpulan 4. Geng mereka yang lain berada di kumpulan 8.

"Sekarang buat bulatan dalam kumpulan masing-masing." Arah cikgu Rosli. Mereka mula membuat bulatan.

"Kita akan adakan sesi ais breaking memandang kan kamu semua dari tingkatan dan juga kelas yang berbeza." Kata cikgu lagi.

"Hai Afryna! Tak sangka kita satu kumpulan kan?" Ujar Haiqal mesra yang berada di sebelahnya. Afryna berada di belakang masa beratur tadi sbb tu bila dalam bulatan Haiqal boleh berada di sebelahnya. Sebelahnya lagi Farhana.

"Hai. Haha" Afryna hanya membalas senyuman Haiqal.

"Haha ade jugak yang nak tegur nerd ni." Kata Adrian sambil ketawa mengejek. Adrian kini berada di belakang Afryna. Afryna menoleh memandang. Dia menjeling sekilas dan memandang ke depan semula. Malas nak layan.

"Biar lah. Urusan dia suka hati dia lah nak kawan dengan sape pun. Kau kesah ape?" Kata Haiqal apabila Adrian berkata begitu kepada Afryna.

"Kau sape? Aku kata kat dia yang kau panas ni apasal?" Ujar Adrian sinis.

"Suka hati aku la. Yang nak sibuk pehal?" Ujar Haiqal pula.

"Rilek bro! Dia cakap dengan Afryna bukan kau. Ni urusan dia dengan Afryna dan takde kena mengena dengan kau." Kata Haziq.

"Masalahnya perkataan kau tu ade Kena mengena dengan aku." Haiqal membalas. Haih dah jadi perang mulut dah. Padahal benda kecik je.

"And still buka urusan aku." Kata Adrian.

"Kau pehal?" Soal Haiqal Bengang.

"Asal? Nak gaduh ke hah?" Soal Adrian.

"Yang kat belakang tu kenapa?" Soal cikgu apabila mendengar seperti kekecohan. Dah suara masing-masing kuat nak mati macam mana cikgu tak dengar.

"Takde Pape cikgu" jawab Haziq.

"Adrian kamu jangan nak buat kecoh kat sini ye. Sini kita nak camping bukan gaduh" kata cikgu memberi arahan. Kata kata cikgu tadi sekadar angin yang lalu di telinga Adrian.

"Aku sebagai manusia yang baik hati nak nasihatkan kau supaya lebih hati-hati dengan manusia sebelah kau." Bisik Adrian kepada Afryna. Afryna mengerutkan dahi. Orang sebelah dia? Farhana ke Haiqal? Takkan la Farhana. Nak kata Haiqal, Haiqal baik je dengan dia. Lantak la. Mungkin Adrian saja nak kacau dia. Lagipun. Adrian bukan baik hati pun. Kan? Hahahahaha. Gelak Afryna dalam hati.

"Poor you Haiqal. Macam dah takde perempuan lain kat sekolah ni. And kau nerd, Kau patut beruntung sebab ade yang nak kawan dengan kau hahaha" kata Haziq lalu ketawa.

"Haziq Hamdan. Yang kau gelakkan tu kawan aku la. Tak payah la nak cari gaduh kat sini." Kata Farhana geram.

"Dah la. Tak payah kisahkan diorang." Bisik Afryna.

"Tak payah kesah awak kata? Awak ingat saya tak tak tahu ke?" Ujar Farhana. Afryna menelan air liur.

"T-tahu ape?" Soal Afryna gugup.

"Yang awak tak rehat kat kantin sebab takut kena kacau dengan Adrian. Awak tahu tak, tak elok tak makan masa rehat. Macam mana nak belajar kalau tak makan?" Soal Farhana.

"Err saya okay la" kata Afryna.

"Haih ye la. One more thing. Kalau Haziq ade kacau awak bagitau saya. Tahu lah saya macam mana nak buat." Kata Farhana.

"Nak buat apa?" Tanya Afryna.

"Bagitau papa" kata Farhana.

"Hah? Papa sape?" Soal Afryna tidak faham.

"Sebenarnya kitorang adik beradik." Bisik Farhana di telinga Afryna

"Adik beradik? Kenapa saya tak tahu." Soal Afryna terkejut. Patut lah muka ada iras.

"Shh! Aku taknak bagitau kat orang lain tapi memandangkan kau dah jadi kawan aku so aku bagitau kau. Jangan bagitau kat orang lain tau" Kata Farhana.

"Orang lain tak tahu ke?" Tanya Afryna.

"Geng Adrian dengan geng kita je yang tahu. Orang lain tak tahu. Aku taknak benda ni kecoh. Lagipun Haziq femes kat sini. Tak pasal pasal kang aku pulak yang kena serang. Haziq tu playboy. Dia yang tak nak bagitau orang lain sebab taknak girlfriend Lama dia serang aku." Kata Farhana.

"Ouhh" Afryna hanya mengangguk.

Selepas sesi ice breaking diadakan. Cikgu mengarahkan semua kumpulan bangun dan memegang tangan ahli kumpulan menjadi bulatan. Afryna teragak-agak nak pegang tangan Haiqal di sebelahnya. Haiqal memegang tangan Afryna apabila Afryna tidak memegang tangan nya.

Adrian melihat tangan Haiqal yang memegang tangan Afryna. Gedik je minah ni. Eh kau kesah buat apa. Suka hati dia lah tangan dia. Kau pehal Adrian. Haih. Desis Adrian dalam hati.

"Saya nak kamu semua undur ke belakang membentuk bulatan yang lebih besar. Sebesar mungkin." Kata cikgu. Afryna mengundur ke belakang tanpa menoleh dan menyebabkan dia terlanggar Adrian.

"Mata takde ke hah nak langgar orang bagai." Marah Adrian. Dia dah kenapa nak marah-marah. Bisik hati Afryna.

"Sorry." Kata Afryna sambil menunduk. Farhana memandang tajam ke arah Adrian. Tu pun nak marah-marah Afryna bukan sengaja pun.

"Apa pandang-pandang?" Soal Adrian dan menjeling Farhana.

"Tak guna mata kau pun." Kata Farhana.

"Haziq kau tengok dia ni" kata Adrian.

"Tak payah la kacau. Kalau nak kacau budak tu tunggu la kat sekolah kat sini aku taknak buat kerja gila." Kata Haziq.

"Suka hati kau lah" kata Adrian mengalah.

*****

TBC..

Please vote and comment🎈

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now