40

7K 318 28
                                    

Afryna bermain-main dengan jarinya. Debaran kian terasa. Beberapa minit lagi statusnya akan bertukar dari bujang kepada isteri. Isteri pula kepada Adrian, si Badboy yang membuatkan hatinya selalu tak keruan. Teringatkan dia dan Adrian, dia tersenyum. Tak sangka kisah diorang boleh sampai tahap ini. Walaupun sukar untuk menerima perkhawinan ini pada usia yang masih lagi muda.

"Baby, dah ready ke belum? Bakal husband kau dah nak sampai." Ujar Afrin di pintu biliknya. Di belakangnya ada Afran yang menjengukkan kepala melihat ke dalam bilik.

"Wahh. Aku bukan nak puji tapi kau memang nampak cantik." Ujar Afran.

"Well. Aku sentiasa cantik." Afryna berkata sambil bergurau. Hanyalah untuk menghilangkan debaran dirinya.

"Kau patut berterima kasih kat aku. Sbb aku hensem la kau cantik." Kata Afran bangga.

"Eleh poyo!" Afryna berkata sambil membuat muka menyampah.

"Pengantin lelaki dah sampai. Jom" Puan Amira berkata kepada anaknya.

Afryna mengangguk. Dia mengikuti Puan Amira ke ruang tamu. Terdapat tempat untuk acara akad nikah. Afryna mengambil tempat untuknya.

Dilihatnya Adrian yang berbaju melayu warna putih bersama sambing dan songkok yang terletak elok di atas kepalanya. Adrian kelihatan sangat kacak ditambah pula kulitnya yang putih tetapi tidak terlalu putih membuatkan dia nampak sangat manarik perhatian. Sesiapa yang melihatnya pasti terpukau. 😍

Adrian memandang sekilas kearah Afryna. Afryna kelihatan sangat cantik dengan gaun putihnya. Dengan Dandanan rambutnya yang juga sangat cantik. Dia kelihatan sangat menawan dengan senyuman manis di bibirnya yang akan mencairkan hati mana-mana yang melihatnya.

Akad nikah diteruskan. Dengan sekali nafas, kini Puteri Afryna sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Adrian. Adrian mendekati Afryna untuk menyarungkan cincin. Tangan Afryna ditarik lembut. Tangannya bersentuh dengan tangan sejuk Afryna. Sempat dia tersenyum kecil. Mungkin Afryna terlalu nervous.

Cincin yang bertakhta berlian itu selamat disarungkan di jari Afryna. Kini giliran Afryna pula untuk menyarungkan cincin kepada Afryna. Tangannya yang sejuk itu ditarik oleh Adrian lalu dicium. Saat bahagia itu dihayati oleh mereka berdua yang bergelar sudah suami isteri. Adrian mencium dahi Afryna tanda cintanya kepada Afryna.

"Amboi taknak lepas ke? Sabar eh. Kejap lagi ada majlis lagi" ujar Afran mengusik. Semua yang mendengarnya ketawa. Adrian tersenyum nakal manakala Afryna pula tersenyum malu. Merah mukanya dengan usikan mereka.

"Dah jangan usik diorang. Kamu ni angah" ujar Puan Amira. Afran hanya tersengih.

"Photo time!" Arfan menjerit perlahan. Di tangannya terdapat sebuah kamera DSLR. Jurukamera juga bersedia dengan kameranya ditangan.

Pengantin baru itu bergerak ke pelamin yang dihias cantik. Mereka berfoto sakan untuk dijadikan memori.

*****

Dua pasangan mempelai itu sibuk melayan tetamu yang sampai. Afryna duduk diatas kerusi kerana penat. Adrian pula berborak dengan kawannya.

Kawan-kawannya sudah balik pada tengah hari tadi dan akan datang pada petang ini pula.

"Afryna!" Jerit kawan-kawan Afryna.

"Ishh korang ni. Habis orang tengok" Afryna menggeleng manakala mereka hanya tersengih.

"Eh mana Syara?" Tanya Afryna.

"Dia kejap lagi sampai." Kata Farhana. Afryna hanya mengangguk.

"Haa tu Syara dah datang." Ujar Fatin.

"Dari jauh dah nampak makcik gemuk tu" ujar Farhana sambil ketawa.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now