42

5.8K 280 19
                                    

Afryna tidak dapat melelapkan matanya. Tetiba fikirannya melayang memikirkan seseorang.

Dia cuba untuk menutup mata tapi masih lagi tidak dapat tidur.

'aku rindukan dia'

Dia mengambil telefon yang berada diatas meja di tepi katil. Dia membuka galeri di dalam telefonnya. Satu album dibuka olehnya.

Tetiba setitis air mata jatuh mengalir.

Dia sangat merindui lelaki di dalam telefon itu. Dia mengusap gambar lelaki tersebut. Sungguh rindu ini berat.

"Awak.." panggil Adrian. Afryna terus menyimpan telefonnya di bawah bantal.

"Eh awak tak tidur lagi ke?" Soal Afryna. Dia cuba untuk mengawal suaranya supaya tidak diketahui Adrian bahawa dia sedang menangis.

"Tak saya tersedar." Jawab Adrian.

"Ouhh jom la tido" Ajak Afryna. Dia tersenyum kepada Adrian. Walaupun gelap, masih dapat dilihat senyuman itu oleh Adrian. Adrian membalasnya. Kemudian dia memeluk Afryna. Afryna cuba memejamkan matanya. Dia cuba untuk tidur walaupun Masih memikirkan tentang lelaki itu. Seorang lelaki yang selalu ada dengannya. Yang selalu membuatkan harinya indah. Akhirnya dia tertidur di dalam pelukan Adrian. Sungguh tidurnya sangat lena dan selesa.

*****

Pagi itu, Adrian pergi ke tempat kerja seperti biasa. Tetapi hari ini dia bangun lebih awal. Selepas subuh dia terus ke tempat kerja tanpa mengejutkan Afryna  Afryna yang masih tidur itu dibiarkan kerana isterinya itu cuti.

Fikirannya masih mengingati kejadian semalam. Haih.

Dia mengusutkan rambutnya. Sungguh dia sangat tertekan untuk memikirkan hal itu. Tambahan pula masih banyak kerja yang perlu dia siapkan. Nanti saja lah fikir pasal tu.

Adrian mula membuat kerja-kerjanya.

*****

Afryna membuka matanya. Dia melihat jam di telefonnya.

10:12.a.m

Afryna membulatkan matanya. Dia segera bangun untuk mengejutkan Adrian seperti biasa tetapi Adrian tiada di sebelahnya.

Aduh mesti Adrian dah pergi kerja.

Biasanya Afryna yang akan mengejutkannya.

Kenapa dia tak kejutkan aku? Fikir Afryna.  Mungkin dia pun terbangun lambat jadi tak sempat nak kejut.

Afryna bangun mengambil tuala dan terus membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri. Afryna menelefon Adrian. Beberapa kali dicuba olehnya tetapi satu pun tidak diangkat.

'Hmm mungkin Adrian busy'

Afryna meletakkan telefonnya di atas katil sebelum bangun dan keluar untuk ke dapur. Perutnya lapar minta diisi.

Dia membuat omelette bersama roti bakar.

Selesai makan, Afryna naik ke atas untuk mengambil telefonnya. Selepas itu, dia turun ke ruang tamu. Televisyen dibuka untuk menghilangkan suasana sunyi. (Alaa macam yg kau selalu buat. Baik ngaku😂)

Afryna membuka telefonnya. Terdapat 2 miss call dari Adrian. Kemudian dia melihat mesej yang dihantar oleh Adrian.

Adrian:
Kenapa call? Ada something ke? Maaf la, saya busy ni.

Me:
Takde lah. Saje nak tanya kenapa tk kejut saya. Takpe lah. Sambung kerja awak. Bye.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now