08

9.2K 486 18
                                    

"Afryna ke?" Tanya Adrian.

"Ye lah. Siapa lagi kalau bukan dia. Dia sorang je anak perempuan yang uncle ade." Jawab uncle Anuar. Adrian memandang pelik. Okay sekarang aku pening. Afryna?

"Mana Afryna?" Soal aunty Amira pula.

"Er Afryna ade. Dia kat khemah. Biar Adrian yang tunjukkan." Kata adrian. Dia mula melangkah ke khemah Afryna diikuti oleh mereka.

"Afryna." Adrian memanggil kepada Afryna yang berada di dalam khemah. Afryna sedang bermain iphone 7 nya.
Ni pertama kali dia lihat budak nerd main phone. Dan sebelahnya lagi ade iphone X.

What the f---

Mana budak nerd ni curi phone? Eh lupa yang Afryna ni anak uncle Anuar. Entah-entah kat rumah ada lagi 10 buah iphone.

Afryna pantas memasukkan kedua iphone nya ke dalam beg.

"Your parents here!" Ujar Adrian lagi.

"Afryna" panggil daddy nya.

"Kamu okay ke tak ni? Macam mana boleh terseliuh. Ni mesti cuai ni" mummy bersuara. Dia risau sebenarnya bila dapat tahu Afryna cedera. Bukan dia tak tahu yang Afryna ni manja. 

"Okey la. Mana ade cuai." Kata Afryna.

"Ni mesti nangis ni. Tu mata merah." Ujar Puan Sri Amira

"Mana ade" Nafi Afryna.

"Jangan nak tipu. Adrian dia nangis kuat tak tadi?" Tanya mummy nya kepada Adrian. Afryna terdiam seketika apabila nama Adrian disebut. Eh wait. Adrian ada kat sini? And kenapa mummy boleh kenal dia? Apa ni?

"Mummy kenal dia" Afryna menyoal.

"Bukan mummy je. Daddy pun kenal Adrian. Dia kan anak kawan daddy. Kan daddy pernah bagitau dulu." Kata  daddy nya.

Afryna terdiam. Oh tidak!! Identiti dia dah kantoi. Aduh! Macam mana boleh lupa ni.

"Daddy jom balik" ajak Afryna.

"Jom la. Tadi daddy dah jumpa cikgu Rosli." ujar daddy nya

"Sebelum tu ucap terima kasih dekat Adrian dulu. Cikgu Rosli kata dia yang tolong Afryna tadi kan? Jadi ucap la terima kasih kat dia" ujar mummy.

"Ye la." Afryna memandang Adrian yang berada di belakang daddy dan mummy nya.

"Adrian, terima kasih sebab tolong saya" kata Afryna.

"Sama-sama. Lagipun kita satu kumpulan kan." Ujar Adrian. Haktuih! Bukan main baik lagi bila depan parents dia.

Afryna hanya tersenyum paksa. Di harap sangat Adrian tak syak Pape. Tapi tu lah. Adrian kenal sangat dengan family dia.

"Kami pergi dulu ye Adrian. Sorry lah sebab Afryna, kamu tak boleh nak teruskan aktiviti tadi" kata daddy Afryna

"Takpe. Adrian tak kesah pun" kata Adrian sambil tersenyum.

"Nanti jangan lupa kirim salam dekat papa dengan mama" kata daddy lagi.

"Okay uncle. Nanti Adrian bagitau.

"Ye lah. Hati-hati duduk kat sini. Jangan jadi macam Afryna pulak." Kata daddy berseloroh.

"Baiklah uncle" balas Adrian. Afryna berdiri dengan bantuan daddy nya.

"I need your explain" bisik Adrian apabila Afryna melintasi dia. Afryna menelan air liur. Adumak! Kenapa Adrian tak join balik aktiviti tadi. Kalau lah kaki dia tak terseliuh. Kalau la Haziq tak tolak dia. Kalau la... Okay stop merapu. Lantak lah dia nak fikir apa pun. Sekarang ni aku nak balik rehat. Aku rasa aku akan demam bila balik nanti. Sebab aku selalu demam dia cedera. Tangan luka sikit pun boleh demam. Inikan pula bila kaki dia terseliuh teruk sampai nak jalan pun dengan bantuan orang lain.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now