22

6.7K 380 24
                                    

Tingkah laku seorang lelaki yang mencurigakan diperhati olehnya. Dia mengerutkan dahi apabila seorang perempuan keluar dari kereta itu. Tidak lama kemudian mulut perempuan itu ditutup dengan kain. Perempuan itu serta merta pengsan. Mungkin kesan daripada kain itu yang mengandungi racun.

Dia mengikuti perlahan langkah lelaki yang membawa Afryna masuk ke dalam bangunan hotel tersebut. Langkah dijaga supaya tidak diperasan oleh lelaki itu.

Lelaki tersebut berhenti di hadapan bilik. Seorang lagi lelaki keluar dari bilik tersebut. Afryna diangkat olehnya. Afryna dibawa ke dalam bilik dan pintu dikunci. Lelaki yang membawa Afryna tadi berada diluar bilik sambil memerhati sekeliling.

Dia menarik perhatian lelaki tersebut.
Lelaki tersebut menoleh ke tepi dan secara tak sengaja matanya terpandang ke arah dirinya yg berada di sebalik dinding.

Leleki tersebut mengejarnya tiba di suatu sudut yang sunyi dia berhenti dan menoleh ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu juga berhenti. Dia menayang senyuman sinis kepada lelaki itu.

"Good job" ujarnya dan terus belasah lelaki tersebut. Lelaki itu melawan tumbukannya.

Kakinya tergelincir akibat lantai simen yang licin. Lelaki tersebut terus menerpa ke arahnya dan tumbukkan dihayun terkena pipinya. Dia menyeringai sakit apabila bibirnya pecah.

'tak guna'

Dia bangkit dan menumbuk lagi lelaki itu. Perut lelaki itu menjadi sasaran. Tendangan padu diberi berkali-kali. Darah tersembur keluar dari mulut lelaki tersebut.

Lelaki itu jatuh terkulai lemah. Sekali lagi sepakan diberi kepada lelaki tersebut Terus lelaki itu pengsan.

Dia kembali ke bilik yang menempatkan Afryna tadi. Pintu bilik yang dikunci itu ditendang. Dengan sekali tendangan pintu terbuka luas.

Kelihatan Haiqal berada di sebelah Afryna yang pengsan di atas katil. Haiqal yang mengusap pipi Afryna itu terkejut.

'Adrian? Macam mana dia boleh masuk. Bodoh punya orang. Aku upah kau untuk jaga pintu.' carut Haiqal dalam hati.

"Ape kau buat kat Afryna sial?" Marah Adrian kepada Haiqal.

"Ape masalah kau. Suka hati aku la. Bukan bukan kau punya." Balas Haiqal.

"Kau jangan biadap. Kau nak ambik kesempatan kat dia? Mentang-mentang la Afryna percayakan kau. Kau memang setan." Adrian terus melulu ke arah Haiqal. Tumbukan padu diberi. Haiqal memegang pipinya yang berdenyut sakit. Dia memandang sinis.

"Kau nak gaduh? Okay. Sape menang Afryna milik dia." Haiqal terus menerpa ke arah Adrian. Adrian yang tidak bersedia terus ditumbuk perutnya oleh Haiqal. Kemudian mukanya juga ditumbuk. Adrian jatuh. Dia cuba bangkit. Haiqal menuju ke arah adrian untuk memberi tumbukannya tetapi sempat Adrian mengelak. Adrian bangkit. Dia ke arah Haiqal dan tendangan diberi. Kemudian muka haiqal pula menjadi mangsa sepakannya. Perut Haiqal ditumbuk.

Tangan adrian ditahan oleh sepasang tangan. Adrian berhenti daripada menumbuk Haiqal. Nafas dicari.

"Kau gila ke?!" Marah seseorang yang menahannya.

"Kalau dia mati macam mana?" Soal lagi seorang. Haiqal kelihatan sangat lemah berada di atas lantai bilik tersebut.

"Tapi dia nak rogol Afryna la Afrin!" Marah Adrian kepada abang kembar Afryna. Tadi dia sempat memberi tahu Afran dan Afrin untuk datang ke sini selepas dia belasah lelaki yang bersubahat dengan Haiqal tadi.

"Tapi dah cukup kau belasah dia. Dia dah nyawa-nyawa ikan." Kata Afran.

Adrian meraup mukanya. Rambut dikuak ke belakang.

"Kalau aku tak ikut lelaki tadi macam mana? Adik kau dah takde baju sekarang ni" Adrian mengeluh. Peluh ditahan.

"Sekarang ni semua salah kau. Aku dah rasa tak sedap hati bila kau bagi Afryna keluar dengan Haiqal tadi" ujar Afrin.

"Aku tak tahu pulak benda ni nak jadi" kata Afran. Sungguh dia menyesal.

"Jangan sebab terlalu percaya! Kita hilang segalanya. Kita hilang ape yang kita sayang!" Kata Adrian. Dia terus keluar daripada bilik tersebut.

Kembar itu terdiam. Betul kata Adrian. Dia terlalu percayakan Haiqal yang bertopengkan malaikat.

****

Afran dan Afrin membawa Afryna ke biliknya. Nasib mummy dengan daddy mereka tiada dirumah. Kalau tak ape mereka nak jawab. Ni nanti kalau Afryna dah bangun. Ape dia nak cerita? Takkan nak cakap dia bermimpi je. Kalau tak bagitau hal yang sebenar, dia akan berkawan lagi dengan Haiqal. Haih mereka perlukan bantuan seseorang.

"Aku mintak maaf. Aku tahu aku salah. Kalau la ak--"

"Dah la. Benda dah lepas. Tak payah mintak maaf kat aku. Kita sama-sama salah. Kita kena mintak maaf kat baby" ujar Afrin. Dia juga menyesal dengan tindakan Haiqal. Kata kata Adrian berlegar dalam fikiran.

"Tapi aku yang beria percayakan Haiqal. Haih" Afran mengeluh.

"Dah la. Aku pun sama je. Cuma naluri aku rasa tak sedap hati dengan haiqal. Tu yang aku kurang percaya kat dia. Bila kau izinkan dia keluar dengan Afryna pun aku rasa tak sedap hati. Sekarang kita kena berterima kasih dengan Adrian dan mintak maaf. Buat malu je haritu kita maki dia macam-macam." Kata Afrin.

"Tu lah weh. Aku menyesal haih" dia memandang Afryna sayu.

"Jom la keluar. Nanti dia dah sedar pepandai la kita nak jawab ape bila dia tanya. Just get ready haha" Afrin ketawa halus begitu juga Afran. Mereka keluar dan nenutup pintu bilik.

****

TBC..

I'm so sorry for late update😭

Enjoy your reading

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now