special edition.

6.2K 280 45
                                    

Flash back.

Seorang lelaki memerhati sang gadis yang sedang bergelak ketawa bersama seorang lelaki. Sakit hatinya hanya dia yang tahu. Tak sangka segala penantiannya selama ini hanyalah sia-sia. Dia menatap sepuas hati wajah insan yang disayangi dari jauh. Mungkin ini untuk kali terakhir. Melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh gadis itu bersama lelaki itu membuatkan hatinya sakit. Tambahan lagi mereka memakai baju yang sama. Membuatkan mereka kelihatan sangat manis seperti pasangan kekasih yang lain.  Dia mengeluh sebelum berlalu pergi dari situ.

*****

Seorang gadis dan seorang lelaki yang memakai baju sama itu ketawa riang.

"Aduii! Abang ni tak pernah tak buat adik gelak." Ujar Fatin kepada abangnya.

"Hahahaha kelakar kan. Macam mana la kucing tu boleh berkawan dengan kambing." Ujar si lelaki yang bernama Faris. Dia sedang menceritakan tentang haiwan peliharaan neneknya semasa dia di kampung.

"Kambing opah kan jinak. Tak macam yang lain. Mungkin tu kot diorang selalu berkepit." Ujar Syara. Masih lagi terdapat sisa ketawanya.

"Dah dah. Jangan gelak." Ujar Faris. Tak sampai 5 saat, mereka gelak kembali bila mengingati cerita tersebut. Bayangkan macam mana seekor kambing dengan kucing boleh berkawan. Diorang selalu jalan-jalan bersama. Si kucing pula tidak takut akan si kambing yang lebih besar darinya. Mungkin inilah yang dinamakan persahabatan. Tidak memandang rupa dan bentuk badan.

"Dah la adik jangan gelak. Nanti abang gelak sekali." Ujar Faris.

"Abang tu yang gelak. Adik tak boleh stop. Dah la kambing tu pergi langgar kucing. Dia jatuh...bukk! Hahahaha." Fatin masih lagi ketawa apabila teringat tentang kejadian tersebut.

"Sound effects sekali ye. Hahahaha" Faris masih ketawa. Dia memegang perutnya akibat ketawa terbahak-bahak.

"Ye la hahaha. Aduh kelakar! Dah la adik rasa adik kena pergi jauh-jauh dari abang." Ujar Fatin. Dia berpisah dengan abangnya. Walaupun sudah tiada abangnya, dia masih lagi tersengih. Dia menutup mukanya kerana takut jika orang kata dia gila kerana tersengih sorang-sorang. Selepas dia merasakan cerita itu tidak lagi kelakar, dia berjumpa kembali dengan abangnya. Mereka berjalan-jalan dalam pusat membeli belah itu. Sesekali mereka singgah di kedai yang mereka berkenan. Hari itu mereka keluar bersama-sama kerana ingin melepaskan tekanan. Mereka tidak perasan pun akan baju mereka yang sama. Mereka mengenakan hoodie yang sama berwarna putih bersama jeans hitam.

*****

Flashback

Selepas pulang dari Majlis perkahwinan Adrian dan Afryna, Haziq terus balik ke rumah. Mamanya kata harini mereka nak gathering dengan kawan baik papa. Jadi dia dan Farhana kena balik awal tadi.

"Wehh adik. Kau rasa mama bising tak sbb kita balik lambat. Tanya Haziq. Mereka berjanji untuk pulang pada pukul 3 petang. Tapi sekrang sudah lambat setengah jam

"Entah. Alaa nanti cakap la jalan jem. Tu pun tak tahu." Ujar Farhana.

"Nampak sangat selalu tipu mama. Pandai betul buat alasan.

"Nak hidup kena la pandai." Kata Syara. Dia masuk ke dalam rumah.

"Korang ni lambat betul balik. Janji pukul berapa?" Soal Puan khadijah.

"Jalan jem la ma." Kata Fatin.

"Kitorang dah balik awal dah tadi." Kata Haziq pula.

"Dah la jom gerak. Nanti diorang nak balik kedah pulak." Ujar Encik Ahmad. Mereka terus bergerak ke rumah kawan baik Encik ahmad memandangkan Haziq dan Farhana sudah siap berpakaian.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now