31

6.6K 386 30
                                    

Taman Bunga terbentang luas di depan mata. Masing-masing tidak lepas pandang melihat keindahan di depan mata. Walaupun perjalanan ke sini agak jauh, tetapi sangat berbaloi apabila dapat melihat keindahan ini.

"Guys. Lets photo group" ajak Haziq.

"Jom" Aku menjawab teruja begitu juga dengan yang lain.

"Ok girls duduk tengah. Aku dengan Adrian duduk tepi." Ujar Haziq.

"Aku nak duk tengah" ujar aku. Baru sahaja hendak melangkah, Adrian menarik tangan aku.

"Kau pendek, duduk tepi" kata Adrian.

"Ape ni cakap orang pendek" aku mendongak memandang Adrian dengan muka tak puas hati.

"Betul apa" Adrian menjelirkan lidah.

'klik'

Aku memandang ke hadapan. Haziq kini sedang tersengih.

"Lawa gila gambar candid tadi" kata Haziq.

"Suka hati je ambik gambar orang." Afryna menjeling.

"Cantik apa. Nanti aku upload kat ig. Hahahaha." Ujar Haziq.

"Jangan buat gila" ujar Adrian.

"Ok dah. Cepat la set camera. Kata nak photo group" kata Farhana.

"Ok jap." Ujar Haziq. Camera sudah di letakkan di tempat yang sesuai untuk mencari angle yang cantik.

Setelah berpuas hati dengan permandangan gambar tersebut, Haziq berlari laju ke arah kami.

Dia berada disebelah Farhana, dikuti dengan fatin, syara, aku dan akhir sekali adrian.

Ye! Aku kat sebelah Adrian. Dia pegang tangan aku macam taknak lepas. Apa masalah mamat ni. Semalam bukan main tak bercakap dengan aku. Harini kenapa tetiba je. Sewel ke? Hahahaha

"Ok lagi sekali" ujar Haziq. Aku memandang camera sambil tersenyum.

"Afryna" tetiba Adrian memanggil. Aku pandang wajahnya. Dia sedang memandang camera sambil tersenyum.

'klik'

What?!

"Eee kang dah rosak gambar"

"Cantik apa. Candid gitueww" Farhana mengusik.

"Mengarut" aku menjeling. Benci tau tak?!

"Jom selfie" ujar Syara.

"Jom" sahut kami yang perempuan. Haziq dengan Adrian hanya mengeleng.

"Ini lah perempuan." Gumam Haziq perlahan.

Setelah puas berselfie ramai-ramai. Mereka berselfie solo pula.

Aku duduk di atas bangku yang disediakan. Bangku itu khas untuk mereka selfie sambil duduk. Terdapat Permandangan yang cukup indah di belakang membuatkan gambar selfie aku menarik.

Memandangkan haziq berada disitu, Aku mengajaknya selfie.

"Say cheese" kata aku.

"Cheese" Haziq melayan kerenah aku.

"Hahaha comel la kau buat muka camtu. Sama cam ashley" kata aku sambil ketawa.

"Mesti la. Ok la Ashley nak selfie dengan adik ashley. Tu dia dah ajak. Nak acah-acah siblings goal jap. Tarik nafas dan bertenang. BYE!" Kata berjalan ke arah Farhana setelah berkata. Aku hanya ketawa melihat gelagatnya

Aku mengangkat telefon sekali lagi untuk selfie.

1,2,3...

Tetiba ada makhluk lain di dalam telefon aku.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now