45

9.2K 330 31
                                    

Adrian memerhati lama wajah Afryna itu. Dia mengeluh perlahan. Dia dah salah faham. Dia terlalu sayangkan Afryna sampai jadi macam ni. Adrian meraup mukanya. Ya allah aku rasa bersalah sangat. Aku tak suka tengok dia nangis. Aku sedih tengok dia sedih.

Tak lama kemudian kelihatan Afryna yang membuka matanya. Kepala dipicit kerana pening.

"Awak dah sedar? Kejap eh." Usai berkata Adrian turun ke dapur untuk mengambil segelas air kepada Afryna. Selesai itu, dia kembali semula ke dalam bilik.

Afryna hanya memandang sepi ke arah Adrian.

"Nah air. Mesti awak haus" Adrian menyuakan air itu kepada Afryna tetapi hanya gelengan yang dibalas oleh Afryna.

"Kenapa? Minum la sikit" pujuk Adrian.

"Taknak. Saya tak haus" ujar Afryna. Dia begitu penat. Dia hanya mahukan rehat sahaja.

"Awak." Panggil Adrian. Afryna memandang sekilas ke arahnya.

"Ape?" Soal Afryna seakan dingin.

"Saya nak minta maaf. Saya tahu saya dah salah faham. Saya tak sep--" kata kata Adrian dipotong.

"Saya nak rehat. Saya letih." Ujar Afryna. Dia memusing badan dari Adrian. Lalu selimut ditarik sampai ke atas kepala.

Adrian terdiam. Dia mengeluh perlahan. Lagipun ini salahnya. Mungkin Afryna memerlukan masa. Lagipun salah dirinya. Dia berharap agar Afryna baik-baik sahaja. Dengan perlahan dia menapak keluar. Pintu ditutup dengan perlahan supaya tidak menganggu isterinya yang sedang berehat.

*****

Keesokkan harinya, Adrian tidak ke tempat kerja. Dia ingin menemani isterinya. Dia risau melihat keadaan Afryna. Dari semalam Afryna tidak bercakap dengannya. Bila tanya sepatah, sepatah yang dijawabnya.

Dari jauh Adrian memandang Afryna yang termenung di beranda. Dia mendekati Afryna.

"Awak, jom makan." Ajak Adrian.

"Awak makan la. Saya tak lapar." Ujarnya. Dia memandang jauh ke hadapan.

"Tapi dari pagi awak tak makan. Sekarang dah masuk tengah hari. Jom la makan." Ajak Adrian lagi. Afryna menggeleng.

"Jom la. Tak pun kita makan luar. Awak nak makan apa? Saya belanja. Awak cakap je." Ujar Adrian.

"Saya tak lapar la. Kalau awak nak makan, awak makan la!" Suara Afryna sedikit dingin. Dia kemudian bangun dari duduk dan keluar dari bilik.

Adrian mengeluh berat. Apa yang fia nak buat? Dia buntu. Adakah semua ni kerana dirinya?

Dia mencapai telefonnya dan menelefon nombor Afrin.

"Hello. Ada apa call?" Soal Afrin di talian.

"Afryna taknak makan la. Apa aku nak buat?" Tanya Adrian dengan risau.

"Dia tak makan?" Soal Afrin.

"Tak. Sejak pagi tadi. Semalam pun makan sikit je." Ujar Adrian.

"Aduh. Aku pun tak tahu nak buat apa. Kau cuba la pujuk dia." Kata Afrin. Afryna memang susah kalau nak pujuk makan.

"Salah aku ke weh dia jadi macam tu? Dia tak bercakap banyak sekarang. Sepatah aku tanya. Sepatah dia jawab." Adrian mengeluh kecil.

"Chill la. Benda dah jadi. Dia memang sensitif pasal Aiman. Papepun kau pujuk la dia elok elok." Nasihat Afrin.

"Ye la weh. Aku cuba pujuk dia lagi. Ok la bye" Adrian menamatkan panggilan. Dia turun ke bawah mencari Afryna. Mana ni?

Setibanya di ruang tamu, dia mendengar bunyi esakan. Dia memandang Afryna yang sedang menangis sambil memeluk lutut di atas sofa.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now