41

6.4K 312 16
                                    

Sudah 2 minggu Adrian dan Afryna menjadi pasangan suami isteri. Mereka tinggal di sebuah rumah agam yang dihadiahkan oleh ibubapa mereka sebagai hadiah perkhawinan. Kini cuti adrian sudah habis. Dia sudah kembali memulakan kerja.

"Bosannya!" Rungut Afryna. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Biasanya dia dan Adrian akan menonton televisyen. Kadang-kadang mereka akan bermain game bersama. Sekarang hanyalah dirinya berseorangan di rumah itu.

Telefon yang berada di meja berbunyi. Terpapar nama Adrian di skrin telefon.

"Hello."

"Hello sayang. Hmm rindu" ujar Adrian.

"Mengada! Awak buat kerja tak ni?" Soal Afryna.

"Bosan la buat kerja ni. Nak balik!" Rengek Adrian. Kerjanya terlalu banyak sehingga tidak tahu mahu buat yang mana satu.

"Buat la kerja tu. Apa la awak ni." Afryna menggeleng dengan perangai Adrian.

"Alaa datang la sini. Bosan." Suruh Adrian. Afryna berfikir sejenak. Hmm okay jugak. Lagipun dia bosan di rumah.

"Okay. Saya bersiap kejap." Ujar Afryna.

"Nak bersiap buat ape. Pakai je lah apa yg awak pakai sekarang" ujar Adrian sengaja menyakat.

"Ish awak ni. Taknak la datang. Bye" rajuk Afryna dia terus menutup panggilan. Kemudian dia ketawa. Sengaja dia mahu mengusik Adrian. Dia terus naik ke atas dan bersiap. Telefonnya dari tadi tidak berhenti berbunyi kerana Adrian menelefonnya.

Afryna turun ke bawah selepas bersiap. Dia sudah menyuruh pak mat menjemputnya. Kelihatan vellfire hitam sudah berada di halaman rumah. Dia terus ke arah kereta dan masuk sambil menyapa mesra pak mat.

Afryna melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan milik keluarga suaminya. Setibanya dia di lobi bangunan, dia terserempak dengan Adrian.

"Awak nak pergi mana?" Soal Afryna.

"Nak balik la. Tadi cakap taknak datang. Saya call bukannya nak angkat" Adrian mencebik.

"Padan muka. Dah jom naik. Kerja awak tak siap lagi ada hati nak balik" ujar Afryna.

"Alaa biarkan lah kerja yang berlambak tu. Saya lapar jom pergi makan. " Ajak Adrian.

"Mana boleh macam tu. Kerja tetap kerja. Kalau papa marah padan muka." Kata Afryna.

"Takdenya. Saya dah minta izin tadi. Dia okay je. Awak yang melebih. Nanti saya suruh la PA saya yang siapkan. Hehe" ujar Adrian.

"Mentang-mentang office bapak dia punya." gumam Afryna perlahan.

"Awak cakap ape?" Tanya Adrian.

"Haa? Takde lah. Jom pergi makan." Ajak Afryna menukar topik.

"Jom." Mereka terus menuju ke arah kereta Adrian.

Setibanya mereka di sebuah restoran, mereka ternampak seseorang yang sangat dikenali.

"Haqimee?" Soal Adrian tidak percaya. Haqimee kini bersama seorang perempuan.

"Marsya ke tu?" Soal Afryna pula.

"Ye kot. Jom" ajak Adrian. Dia sudah tersenyum nakal. Idea muncul untuk mengenakan kawannya.

"Bah!" Adrian menyergah dari belakang Haqimee.

"Woiii. Hanat!" Jerit Haqimee. Kini semua mata memandang ke arah mereka.

"Apa pandang-pandang?!" Jerkah Adrian. Terus mereka semua mengalihkan pandangan dan membuat kerja masing masing. Tahu takut.

"Bodoh la kau. Kau islam kan? Salam mana?!" Soal Haqimee geram. Adrian sudah bantai ketawa.

"Hahahha sorry bro. Alaa gurau-gurau manja sikit" ujar Adrian bersama sisa ketawa.

"Kau dari mana?" Tanya Haqimee.

"Office. Kau taknak jemput aku duduk ke?" Tanya Adrian.

"Ha silakan silakan." Ujar Haqimee.

"Terima kasih. Harini beta belanja." Ujar Adrian. Dia duduk di hadapan Haqimee manakala Afryna duduk di sebelahnya iaitu berhadapan dengan Marsya yang dari tadi menunduk.

"Kau apa cite?" Soal Adrian kepada Haqimee.

"Macam ni lah" jawab Haqimee. Dia tersenyum sedikit.

"Saya nak balik." Ujar Marsya tetiba. Dia bangun dari duduk. Tetapi Haqimee menghalang. Dia menyuruh Marsya supaya duduk kembali.

"Kau ada pape dengan dia?" Soal Adrian.

"Kenalkan. Bakal tunang aku." Kata Haqimee. Marsya sudah membulatkan matanya. Sejak bila mereka hendak bertunang? Mereka keluar pun sebab Haqimee yang paksa. Dah la dia cuba untuk lupakan Adrian. Sejak dia tahu yang
Adrian dah kahwin. Dia cuba menerima hakikat walaupun amat memeritkan.

"Wahh. Congrats." Ujar Afryna.

"Bila nak langsung?" Soal Adrian.

"Next week tunang. Next month kitorang khawin." Kata Haqimee.

"Haah nanti datang la." Kata Marsya. Kini Haqimee pula yang terbuntang. Dia saja je nak tengok reaksi Marsya. Marsya pula tersenyum. Kalau Adrian boleh bahagia kenapa dia tidak. Dia pun boleh. Dia akan buktikan yang dia lebih bahagia.

"Sayang nanti you bagi invite card dekat diorang eh." Ujar Marsya.

"Haa..okkay" ujar Haqimee. Bergetar lutut apabila Marsya memanggilnya sayang.

Mereka berbual bual sambil makan.

"Aku minta diri dulu eh bro. Ada hal" ujar Haqimee setelah mereka puas berbual.

"Ye lah. Aku pun dah nak kena masuk office. Nanti bising telinga aku nak kena dengar bebelan." Ujar adrian sambil ketawa.

Mereka keluar daripada restoran itu dan menuju ke kereta masing-masing.

******

Marsya & Haqimee situation.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal marsya.

"Beli barang tunang la. Minggu depan kita nak tunang. Bulan depan kita kahwin." Ujar Haqimee.

"Jangan main-main boleh tak?!" Geram Marsya.

"Aku tak main-main. Aku series. Lagipun kau dah setuju tadi." Kata Haqimee.

"Aku main-main je lah tadi. Aku saje je nak buktikan dekat Adrian yang aku pun boleh bahagia." Kata Marsya.

"Then buktikanlah. Kita dah jemput dah diorang. 'sayang nanti you bagi invite card dekat diorang eh'." Haqimee mengajuk kata-kata Marsya.

"Ish. Geram aku. Aku main-main je." Ujar Marsya.

"Tapi aku series. Esok aku bawak rombongan meminang."

"Kau biar betul?" Soal marsya. Dia hanya menganggap Haqimee bergurau sebentar tadi kerana Haqimee memang suka mengusik dan tak pernah serius.

"Betul. Berapa kali nak cakap. Aku akan bantu kau buktikan yang kau boleh bahagia. Dengan aku. Aku janji akan bahagiakan kau." Kata Haqimee. Dia memandang wajah Marsya di sebelah.

"Pandang depan lah" ujar Marsya.

"Alaa kacau mood betul!" Ujar Haqimee. Dia fokus ke arah pemanduannya. Marsya bukan apa. Dia malu apabila ditenung begitu. Dia tk pernah ditenung sebegitu oleh lelaki. Mungkin Haqimee begitu tulus menyayanginya. Mungkin ini bahagia yang dicari selama ini.

'Sometimes giveup is the best choice to Find another happiness'

*****

TBC..


Badboy VS Nerd Jadian Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu