BAB 3-KIFARAH

376 57 46
                                    

Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan tukang pengajar, Danial Nabil berjalan dengan lancar di laman belakang. Cikgu Wan hanya memerhati, berdiri di sebelah Danial Nabil.

"Boleh tak kau main hujung sana? Kau mengganggu aku mengajar," kata Danial Nabil, dingin.

"Alaa... Siapa nak teman kitew main?" ujar Cikgu Wan manja.

"Pergilah sana!" tegas Danial Nabil.

Dengan sedihnya, Cikgu Wan bermain di dalam kotak pasir seorang diri. "Janganlah marah." Muram.

Danial Nabil mengeluh kecil dengan perangai Cikgu Wan. Dia kembali memandang anak muridnya, melihat mereka berlatih dengan pisau.

"Baik, murid-murid. Berhenti sekejap," kata Danial Nabil menepuk tangan sekali.

Pelajar 5F berhenti berlatih lalu memandang Danial Nabil.

"Ketangkasan kamu makin meningkat tapi tak cukup tangkas nak serang Cikgu Wan. Ilman, Manuel, mari sini," pesan Danial Nabil.

"Ya," balas Ilman Faiz dan Immanuel mendekati Danial Nabil.

"Kamu berdua serang cikgu dengan pisau."

"Eh?"

Dua lelaki itu agak ragu-ragu.

"Jangan risau. Cikgu takkan cederakan kamu," ujar Danial Nabil, serius.

Ilman Faiz menyerang Danial Nabil dengan pisau getah. Danial Nabil mengelak sahaja. Dia menejeling ke arah Immanuel.

"Mari," kata Danial Nabil sedia.

Immanuel menyerang Danial Nabil pula. Ilman Faiz menyerang dari belakang. Danial Nabil mengelak serangan lalu menjatuhkan dua pelajar lelaki itu.

"Aduh!" keluh Immanuel perlahan.

Danial Nabil menghulurkan lalu menyambut tangan Immanuel. Ilman Faiz bangun dengan sendiri.

"Cikgu suruh kamu buat macam tu sebab nak bagitau, selagi kamu tak dapat sentuh cikgu, selagi tu kamu tak boleh bunuh Cikgu Wan," pesan Danial Nabil.

Pandangan Danial Nabil dibuang ke arah Cikgu Wan. "Dan... dalam ketika kita bergelut, Cikgu Wan sempat lagi siapkan Istana Budaya dalam pakaian Baju Melayu. Siap bancuh kopi lagi."

Cikgu Wan yang berbaju melayu menghirup kopi panas setelah siapkan Istana Budaya dengan pasir sahaja. "Wah, aromanya~"

Danial Nabil memandang anak muridnya. "Baiklah sampai sini sahaja untuk hari ni."

Kelas bersurai. Para pelajar berarak ke kelas.

"Rasanya, kelas Cikgu Danial lagi bagus dari kelas Cikgu Wan," kata Amira berpendapat.

"Ha'ah, bagus juga kalau dibandingkan dari segi fizikal," akur Hasbi.

~Throwback~

"Baiklah, semua. Kamu semua perlu melompat atas garisan ke garisan lain dengan pantas macam cikgu ya," ujar Cikgu Wan sebagai guru PJK sebelum ini.

Dalam kelajuan cahaya, Cikgu Wan bergerak pantas melompat ke atas garisan.

"Mustahillah, cikgu!!!" ujar Ilman Faiz, terkejut.

~End Throwback~

"Lagipun, Cikgu Danial tampan juga macam Syafiq Kyle," puji Fatin Shahira tersenyum kecil.

Cikgu Wan yang mendengar gosip itu terus menjeling ke arah Danial Nabil. "Kau... Kau dah curi populariti aku!"

"Apa-apalah. Aku datang sini nak mengajar," balas Danial Nabil dingin.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now