MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR

105 22 8
                                    

"...musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri!"

Cikgu Wan kembali bersemangat. Ghost 2.0 menyerang harimau itu dengan lajunya. Pantas bagai pelesit.

~Throwback~

"Cikgu, saya boleh lawan dengan dua pisau sekarang," kata Lil' Ghost menunjukkan kemahiran bermain pisau.

Dalam sekelip mata, Ghost menyerang anak muridnya. Terkejut pemuda itu dibuatnya. Dua pisau yang dipegangnya, hampir memakan diri sendiri.

"Tapi, kau belum cukup hebat untuk kalahkan cikgu lagi," kata Ghost, sinis.

~End Throwback~

Hanya kerana kesilapan itu Cikgu Wan sedar dia tidak melihat senyuman anak muridnya. Ghost 2.0 menyerang Cikgu Wan dengan kelajuan dahsyat.

Pakk! Pakk!

Satu keajaiban berlaku. Kelas DSB melihat gurunya menepis serangan Ghost 2.0.

"Cikgu mula mengelak!" kata Fatin Shahirah, terpegun.

Profesor Rizki mengeluh kecil. "Bosannya."

"2.0," panggil Profesor Rizki.

Ghost 2.0 berhenti menyerang Cikgu Wan lalu memandang tuannya. Lelaki buta mata kiri itu memetik jari sebanyak dua kali, memberi isyarat. Ghost 2.0 memahami isyarat itu lalu memandang 28 pelajar di situ. Dia melancarkan serangan ke arah mereka. Segelintir daripada mereka terjerit.

Mujurlah, Cikgu Wan berjaya melindungi anak muridnya. Muntah darah dibuatnya dek serangan kuat dari Ghost 2.0.

"Cikgu Wan!" kata mereka yang terkejut.

Pada masa yang sama, Danial Nabil dan Niratcha muncul. Mereka melihat perlawanan sengit itu.

Danial Nabil segera mengacu pistol ke arah Profesor Rizki. "Kau jangan nak libatkan nyawa budak-budak dekat sini. Aku boleh anggap tu sebagai tebusan!"

Profesor Rizki menoleh mukanya ke arah pegawai pertahanan itu. Senyuman sinis terukir. Dengan pantas, dia menghilang. Danial Nabil terkejut lantas ditumbuk dari tepi hingga terpelanting. Dia rebah dengan hujung bibirnya luka.

"Danny!" Niratcha mendekati lelaki sasa itu.

"Kau jangan nak masuk campur. Ni urusan aku dengan dia," kata Profesor Rizki, dingin.

Niratcha menahan geram dengan sifat ego profesor gila itu.

"Korang semua tak sedar lagi ke kelemahan terbesar makhluk hodoh ni? Sanggup mati sebab tolong orang," kata Profesor Rizki.

Iskandar mula perasan sesuatu.

"Kelemahan terbesar Cikgu Wan..."

Dari mula lagi.

"...mungkin..."

Dia masih ingat saat Cikgu Wan selamatkan dirinya dari letupan pada awal perjumpaan. Dia pun masih ingat detik Cikgu Wan selamatkan Alif Najmi yang terjun dari gaung, dan juga Wahida dan Farah Yasmine yang diculik di Terengganu. Saat Cikgu Wan bersama dengan mereka untuk mengalahkan Aryan demi ubat kepada mereka yang sakit teruk di Langkawi. Waktu Cikgu Wan bersama para pelajar di dalam lokap ketika diculik Pragod. Kini, dia sanggup menggadai nyawa demi mereka.

"...kami semua."

"Bukan!" celah Cikgu Wan mengherdik.

Iskandar terkejut.

"Tugas cikgu memang untuk melindungi para pelajar. Sudah jadi tanggungjawab semula jadi untuk semua cikgu! Cikgu bagaikan ibubapa kedua para pelajar di sekolah. Kamu semua kena tahu benda tu!" kata Cikgu Wan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now