MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA

97 30 2
                                    

"Aku rasa, aku nak selamatkan Cikgu Wan. Rasanya, tak ramai akan setuju," kata Iskandar.

"Tak, aku ikut kau. Kita selamatkan Cikgu Wan," kata Siti Zulaikha selangkah ke depan.

"Mira pun," akur Amira, ceria.

"Kami pun," kata Silvaprea.

Zulhilmi mengangguk kecil. "Betul."

"Jangan berdua kami berdua juga," kata Fatin Shahirah sambil berjalan selangkah ke depan bersama Puteri Atikah.

Iskandar terpegun melihat mereka. "Kawan-kawan..."

"Hmm... aku bukan nak hancur mood korang, tapi... apa rancangannya? Lagipun, tugas kita cuma bunuh Cikgu Wan dari tahun lepas lagi," kata Zafina Shahirah membantah.

"Apa?" Iskandar terkejut.

"Betul. Apa motif kau nak selamatkan harimau tu?" kata Zulfadlie turut membantah.

"Akhir cerita, dia akan musnahkan bumi juga," kata Syamil.

Alif Najmi yang berdiri di sebalik bayang bergerak mendekati mereka. "Haih... aku tak faham apa yang otak kau tengah fikir sekarang."

"Kau ingat... dengan selamatkan Cikgu Wan, bumi akan selamat juga ke? Kau tak nampak ke sasaran kita siapa? Tak tahu ke apa Kapten Price pernah kata, 'Kalau kau tak nampak sasaran kau, kaulah jadi sasaran'. Faham, tak?" tambah Alif Najmi.

Iskandar merenung tajam ke mata Alif Najmi. Alif Najmi yang melihat anak mata Iskandar berubah biru malam, turut berubah anak matanya merah kejinggaan.

"Dah lama tak nampak anak mata kau macam tu," kata Alif Najmi tersengih.

Iskandar menunduk kecil, mahu mengelak dari luar kawalan. Namun, Alif Najmi sengaja mencabarnya dengan menolaknya.

"Apa kau nak buat? Huh?" Alif Najmi menolak badan Iskandar lebih kasar.

"Huh?"

"Huh?"

"Hah?"

Badan Iskandar ditolak berkali-kali sampailah dia membuat kejutan. Tangan Alif Najmi yang menolak tubuh Iskandar, terus dipegang. Iskandar yang bertubuh kecil terus menyerang rakannya itu, membuat flying triangle choke lalu menjatuhkan badan.

"Apakah?" Zulfadlie terpegun.

"Dari mana Iskandar belajar?" Fatin Shahirah turut terkejut.

"Tapi..." Adil memerhati.

Alif Najmi mampu bangun berdiri dalam keadaan lehernya dicekik dengan kaki Iskandar.

"...Iskandar belum cukup kuat lagi untuk lawan Musang," kata Adil melihat mereka bergaduh.

Alif Najmi menggenggam tangan kiri, bersedia menumbuk Iskandar. "Omaewa mo shindeiru."

Sayangnya, Ilman Faiz dan Immanuel sempat menghalang mereka dari bertumbuk.

"Sudahlah tu!" kata Ilman Faiz menahan Alif Najmi dari belakang.

"Kuat gila dia ni!" kata Immanuel menghalang Alif Najmi dari hadapan.

Namun, tidak pula bagi Iskandar. Hanya Zulhilmi seorang sudah cukup menghalang Iskandar.

Prrt! Prrt!! Wisel ditiupkan, mencuri pandangan mereka.

Cikgu Wan yang memerhati dari tadi, berdiri di khalayak.

"Cikgu ada cadangan. Apa kata kita adakan peramg saudara. Masing-masing ambil senjata mengikut warna. Yang merah, untuk membunuh cikgu. Yang biru, untuk tidak membunuh cikgu," kata Cikgu Wan membuka cadangan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now