MUSIM 2: BAB 2-YASMINE

178 27 33
                                    

September 2007

"Hah? Apa idea kau, Yasmine?" soal Iskandar dari tempat duduknya.

"Idea aku untuk bunuh Cikgu Wan adalah dengan... telur!" kata Farah Yasmine yakin.

"Telur?" Pelajar 5F kehairanan.

"Ya! Kita akan guna telur untuk bunuh cikgu!"

"Apa yang kau merapu ni?" kata Immanuel kebingungan.

"Sebenarnya, Cikgu Wan pernah cakap dekat saya..."

~Throwback~

"Hmm... sedapnya dadih ni. Kamu buat sendiri ya," puji Cikgu Wan menikmati dadih buatan Farah Yasmine.

"Ya, 100 peratus buatan saya sendiri," balas Farah Yasmine jujur.

"Huhu... Sebenarnya, cikgu pernah berangan nak makan dadih gergasi. Kalau boleh cikgu nak makan puas-puas dadih besar tu."

Macam tu ya, desis hati Farah Yasmine.

~End Throwback~

"Jadi, kita akan buat dadih gergasi untuk Cikgu Wan!" kata Farah Yasmine riang.

"Apa kaitan dengan telur pula?" kata Zulhilmi pelik.

"Apalah... ramuan nak buat dadih mesti ada telur," kata Silvaprea tersengih.

Zulhilmi mengangguk faham.

"Tapi kan? Apa rancangan kau sebenarnya? Macam mana dengan pembunuhan Cikgu Wan?" soal Ilman Faiz.

"Ini yang saya nak cakap. Dalam proses buat dadih gergasi tu, kita masukkan bom di dalam dadih tu. Semasa Cikgu Wan makan dadih tu,... KABOOM! Kita letupkan dadih tu," jelas Farah Yasmine.

"Masuk akal juga."

"Cikgu Danial, bahan-bahan dah ada, kan?" kata Farah Yasmine kepada Danial Nabil yang berdiri di sebelah pintu kelas.

"Dah ada semuanya," balas Danial Nabil.

Farah Yasmine memandang rakan sekelasnya. "Baiklah. Jom lakukan!"

Hmm... Walaupun idea tak masuk akal, bersemangat juga Yasmine ni. Seharian dia kaji pasal dadih, desis hati Danial Nabil.

Mereka berarak ke laman belakang kelas. Masing-masing memakai apron.

"Baiklah. Sementara Cikgu Wan pergi tengok wayang The Fast and The Furious: Tokyo Drift dekat Los Angeles, kita buat dadih ni," kata Farah Yasmine memberi semangat.

"Baik," balas Kelas 5F bersemangat.

Maka, Kelas 5F bekerja seharian untuk menghasilkan dadih gergasi. Ambil masa agak lama juga untuk hasilkan dadih tersebut. Dari pagi hingga ke petang mereka bekerja. Tiada sesi pembelajaran untuk hari ini.

Setelah selesai hasilkan dadih gergasi, Farah Yasmine kagum melihat dadih ciptaannya.

"Bagus! Kita tunggu saja esok," kata Farah Yasmine seperti tidak sabar.

* * *

Keesokannya,...

"Waaaaaaaaahhh!!!" Cikgu Wan ternganga luas melihat dadih gergasi di depannya.

Habis meleleh air liur bak air terjun Niagara Fall. Cikgu Wan memandang Farah Yasmine yang berdiri di sebelahnya.

"Betulkah Cikgu boleh makan ni?" kata Cikgu Wan terkejut.

"Ya. Cikgu makanlah puas-puas. Kami cipta sendiri," balas Farah Yasmine tersenyum.

"Haih... Semua ni idea dari Yasmine la." Zafina Shahira memeluk leher Farah Yasmine.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now