BAB 20-ALIF

186 32 24
                                    

"Show me what you got!" kata Grip, bersedia.

"I got a ninja style," kata Alif Najmi pengaruh dari game.

"Hoi, Musang. Pengaruh game nampak!" celah Zulfadlie tersengih.

"Kare wa dare? (Siapa dia tu?)" soal Alif Najmi kepada Zulfadlie, kehairanan.

Semua terpegun mendengar Alif Najmi berbahasa Jepun. "Kau cakap Jepun!!?"

"Watashi wa Hoshikodesu, (Saya ni Hoshiko.)" terang Alif Najmi memperkenalkan diri.

"Personaliti apakah?" kata Iskandar terkejut.

"Hoi! Tak reti cakap Melayu ke?" marah Zulfadlie.

"Eh! Gomen. Gomen. Aku terpengaruh dari anime sebenarnya. Dari game pun aku cepat terpengaruh," kata Alif Najmi tersengih.

"Hmm... Nampaknya, personaliti baru dah muncul," kata Cikgu Wan.

"Hoi! Dah habis dah cakap, huh?" celah Grip, dingin.

Alif Najmi memandang lawannya, turut dingin. "You still busta than me."

"Apa?"

Grip terus menyerang Alif Najmi. Mahu sahaja dia menggenggam kepala budak mentah itu. Alif Najmi mengelak serangan dengan pantas tanpa menyerang balas. Semua orang kagum dengan gerakan pantas.

Hmm... Dia lebih kepada grapple. Sasaran dia cuma kepala. Kalau dia dapat kepala aku, game over, desis hati Alif Najmi membuat pengiraan.

Grip cuba mencapai kepala Alif Najmi. Lelaki psiko itu terus menepis tangan Grip lalu menolaknya ke depan. Grip berhenti berlawan.

"Kenapa tak balas serangan, huh?" kata Grip kehairanan.

"Nani? Wan-sensei pernah bagitau sebelum ni, 'lebih baik mengelak daripada menyerang'," kata Alif Najmi selamba.

"Wah, dia betul-betul hadam ayat akulah," kata Cikgu Wan terharu.

"Jadi, buat apa nak serang, kan?"

"Huh? Kalau kau laki, marilah serang cara laki, huh," kata Grip mencela.

"Baka! Aku ni perempuanlah!!!" marah Alif Najmi.

Habis semua terkejut beruk macam kena ribut taufan.

"Perempuan, huh? Tak macam perempuan pun, huh," kata Grip, sinis.

Alif Najmi menahan kemarahannya, cuba bertenang dan memendam. Satu aura dapat dirasakan semua orang.

"Apa, huh? Kau sedarlah, kau tu laki, huh. Ke kau tu sajat, huh," tambah Grip bertambah sinis.

Pelajar 5F melihat Alif Najmi menggenggam tangan, menahan marah.

"Nampaknya, Alif Najmi dah mula berubah angin. Hanya dengan sindiran, dia akan cepat marah. Macam sebelum ni juga selepas dapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun, dia jadi cepat marah untuk beberapa hari. Dan sekarang, perasaan tu muncul lagi," kata Cikgu Wan.

Grip mendekati Alif Najmi. "Budak, huh."

Tiba-tiba, satu tumbukan menghinggap ke dada Grip, kuat. Grip berundur dalam dua tiga langkah.

"Hoho... Ni yang saya nak, huh," kata Grip tersenyum sinis. "Marilah, huh."

Alif Najmi terus membuat jutsu ala-ala Naruto. "Takebushi no-jutsu!"

"Waaaaaarrrggghhhhh!!!!" Bergegar bumi mendengar jeritan mereka.

"Apa kau merepek ni? Pergilah lawan dia!" kata Zulfadlie, geram.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now