BAB 22-ISKANDAR

163 30 7
                                    

Semua orang terkejut dengan pekikan dari Iskandar.

"Kandar, tunggu dulu," celah Zulfadlie.

Iskandar hanya berdiri terkaku, tidak berbuat apa.

"Kau memang dasar lembap. Kenapa kau lepaskan anjing yang tersepit? Sepuluh jong masuk anjing masih bercawat ekor tau, tak? Kau memang lembaplah, Kandar," marah Zulfadlie.

Zulfadlie mencampak batang elektrik ke arah Iskandar. "Kau memang ketua kelas yang teruk! Sekarang, kau ambil batang tu! Lepas tu, serang dia!"

Iskandar mengambil batang elektrik itu lalu letakkan di pinggangnya. Pisau kekal di tangannya.

"Cikgu Danial, Is tak guna batang elektrik tu. Mungkin dia nak bunuh Cikgu Aryan," kata Hasbi, mula cemas.

Iskandar melangkah perlahan seperti sebelum ni. Kali ini, Aryan tidak akan tertipu lalu menyerang Iskandar dengan kasarnya. Iskandar terus diserang dan diserang lagi tanpa belas kasihan.

"Macam mana! Sedap, tak?" kata Aryan tersengih.

Farah Yasmine memandang Danial Nabil, cemas teramat. "Cikgu Danial buatlah sesuatu. Is dalam bahaya tu! Tembaklah dia!"

Danial Nabil melihat Farah Yasmine mula rasa hendak menangis. "Tak... Tak boleh."

"Jangan risaulah!" celah Zulfadlie, dingin.

"Apa? Nyawa Iskandar dalam bahaya tu!"

"Kan sebelum bercuti je sini, Iskandar pernah belajar dari Cikgu Tony. Depan-depan kita pula tu. Aku dengar apa yang Cikgu Tony pesan dekat dia. Pertama, pastikan ada dua senjata. Kedua, pastikan lawan seorang pakar atau profesional. Ketiga, pastikan berada di kawasan lawan. Jadi, semasa kamu nak buat serangan ni, pastikan cepat dan kuat bunyinya."

Iskandar masih diserang terus-terusan lalu dicampak. Dia rebah. Aryan gelak sakan melihat lawannya yang lemah itu.

"Bangunlah! Belum masa rehat lagi!" kata Aryan, sinis.

Iskandar berdiri dalam keadaan masih bermaya. Senyuman yang belum pernah dilihat tercalit di bibirnya. Aura seekor serigala kuat menyelubungi tubuh Iskandar. Aryan berasa kurang senang.

"Apa yang terjadi ni?" Aryan mula keliru.

Mata Aryan tertumpu pada pisau yang masih di tangan Iskandar. Dia terus bersiap sedia untuk menyerang balas.

Tiba-tiba, Iskandar mencampak pisau ala rambo ke lantai. Aryan melihat pisau yang terjatuh itu.

CLAP!! Satu tepukan kuat memukau Aryan.

Serta-merta, Iskandar melibas batang elektrik ke badan Aryan. Habis Aryan merasai renjatan elektrik lalu melutut.

Sekali lagi, aku kalah dengan budak ni? Desis hati Aryan terkejut.

Dagunya diangkat dengan batang elektrik. Aryan mendongak lalu melihat senyuman Iskandar.

"Jangan senyum kat aku macam tu. Benda tu akan menghantui aku selama-lamanya," kata Aryan merayu.

"Finish him, Kandar," celah Zulfadlie.

Iskandar merenung ke mata Aryan. "Cikgu Aryan, terima kasih."

"TIDAAAKKK!!!" jerit Aryan.

Zaappp!!! Renjatan elektrik terus merebahkan Aryan.

Mereka yang menyaksikan perlawanan itu berasa takjub melihat kemenangan berpihak kepada Iskandar.

Alif Najmi tersenyum sinis. "Iskandar win. Flawless victory. Fatality." Ayat dari Mortal Kombat.

Lantas, semua bersorak atas kemenangan Iskandar. Mereka semua meluru ke tapak pendaratan helikopter lalu mendekati Iskandar. Iskandar kembali tenang.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now