BAB 14-VISI

172 38 12
                                    

Para pelajar 5F meredah hutan bersama Cikgu Wan.

"Cikgu nak bawa kitorang ke mana?" soal Hasbi kehairanan.

"Adalah. Nanti, cikgu bagitau," jawab Cikgu Wan sengaja merahsiakan.

Alif Najmi mendekati Iskandar. "Hei, Iskandar. Dengar cerita kau menang lawan pisau."

"Ha'ah, ya," balas Iskandar kekok.

"Wah, terbaiklah kau."

Cikgu Wan tiba-tiba berhenti melangkah. Dia memandang anak muridnya. "Baiklah semua. Kita dah sampai."

Mereka melihat kolam renang yang direka khas okeh Cikgu Wan. Mereka kagum. Kolam yang dikelilingi batu dan airnya disekat dengan tembok.

"Selamat datang ke kolam renang khas untuk kelas 5F!" ucap Cikgu Wan.

"Wah~" balas mereka, takjub.

Serta-merta, para pelajar terus terjun ke dalam kolam. Mereka bermandi-manda. Pelampung disediakan. Farah Yasmine menggunakan kerana tidak pandai berenang.

"Untunglah diorang sebab tahu berenang," keluh Farah Yasmine.

Farah Yasmine melihat Hanif menangkap gambar. "Kau... tangkap gambar perempuan ke?"

"Ya," jawab Hanif, miang.

"Dasar miang!"

Sementara itu, Iskandar meletakkan baju di atas batu besar. Zafina Shahira baru sedar sesuatu.

"Iskandar?" kata Zafina Shahira memanggil.

Iskandar memandang gadis itu. "Ya."

"Kau laki rupanya. Aku sangkakan kau perempuan."

"Eh!" Iskandar terkejut. "Baru nak tahu ke?"

Zafina Shahira menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Manalah aku tahu. Suara kau tak garau macam laki. Cara pakaian kaupun macam perempuan sikit."

Iskandar terdiam dengan deskripsi yang disuarakan oleh Zafina Shahira.

Prrtt!! Wisel ditiup Cikgu Wan.

"Faiz, jangan lari dekat tepi kolam!" jerit Cikgu Wan memerhati Faiz dari tempat duduk yang tinggi, macam pengawal kolam.

Prrtt!!

"Zafina! Prea! Jangan selam lama-lama!" tegas Cikgu Wan melihat Zafina Shahira dan Silvaprea menyelam.

Zafina Shahira dan Silvaprea timbul di permukaan semula.

"Haih, yela cikgu," keluh Zafina Shahira.

Prrtt!!

"Hanif, dilarang tangkap gambar di kawasan kolam!" tegas Cikgu Wan kepada Hanif pula lalu merampas kamera.

"Eh!" Hanif terkejut.

Prrtttt!!!

"Najwa, masuklah ke dalam kolam! Jangan asyik baca buku je!" tegas Cikgu Wan melihat Najwa Mufida membaca buku seram di tepi kolam.

Najwa Mufida berwajah dingin sahaja. "Baca buku pun salah ke?"

Pelajar 5F melihat Cikgu Wan meniup wisel sampaikan mereka rimas.

Kelemahan Cikgu Wan #22
Sangat tegas dalam peraturan kolam

Tiba-tiba, Amira memercik air ke arah Cikgu Wan.

"Hoi, apa ni!? Main percik pula!" kata Cikgu Wan geram.

Alif Najmi terus menggoncangkan kerusi pengawal yang Cikgu Wan duduk itu. "Cikgu Wan mandilah sekali."

Kelas DSBWhere stories live. Discover now