BAB 19-KEKACAUAN

151 34 13
                                    

Danial Nabil kerisauan terhadap keselamatan pelajarnya. "Baiklah..."

Serta-merta, pelajar di situ terys mendaki gunung dengan kerahkan tenaga. Danial Nabil terpegun.

"Cikgu Danial, diorang kat sana bergantung harap kat kita je. Takkan nak bagi harapan palsu," kata Alif Najmi, selamba.

"Ya, betul tu. Kami sanggup kerana kawan kami yang lain," kata Ilman Faiz bersemangat.

"Kami tak nak kawan kami mati katak macam tu je," kata Immanuel.

"Kamu kena ingat yang kamu ada 15 orang," kata Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

"Eh, 15 orang?" Danial Nabil kehairanan melihat 14 pelajar di situ.

"Di sini, jangan lupa saya," kata Ruby tersengih di dalam telefon Danial Nabil.

"Sekarang, kamu dah ada 15 orang dalam skuad kamu. Apa kamu nak buat sekarang?" kata Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

Danial Nabil menarik nafas lalu menghembus perlahan. Dia memandang para pelajarnya. "Baiklah, prebet. Kamu ada 3 minit untuk hafal laluan. Pastikan kamu dapat antidot sebelum masa sejam."

"Baik!" balas para pelajar itu mendaki gunung.

⭐⭐⭐

Siti Sarah dan Fauzi merawat mereka yang sakit tenat.

"Ermm... Fauzi, sakit ni boleh bawa maut, tak?" soal Siti Sarah kerisauan.

"Tak, sakit ni cuma bagi suhu makin panas je," jawab Fauzi, tenang.

"Oh, okey."

⭐⭐⭐

Mereka yang lain teruskan mendaki.

"Nanti, Cikgu Neraka tak ikut ke?" soal Ilman Faiz.

"Mestilah. Cikgu Danial dukung dia sekarang," jawab Immanuel.

"Haih, cepatlah naik!! Lambatlah!" marah Niratcha didukung Danial Nabil.

"Diamlah kau. Tak padan perut buncit, nak mengarah orang pula," kata Danial Nabil tanpa perasaan.

"APA KAU CAKAP!!??"

Sementara Danial Nabil mendengar bebelan dari Niratcha, para pelajar yang lain bergerak pantas ke puncak. Puteri Atikah bergerak laju dengan gerakan gimnastik.

"Wah, lajunya Puteri," puji Hasbi kagum.

"Dengan kemahiran gimnastik dan atlet, memanglah dia laju," kata Farah Yasmine meneruskan mendaki.

"Min, hati-hati dengan batu tajam tu," pesan Alif Najmi.

Farah Yasmine melihat batu tajam di depannya, hampir terkejut. "Eh! Err... Terima kasih."

Iskandar yang berada di belakang, cuba mengejar mereka. "Tunggulah aku!"

Setelah beberapa minit mendaki Gunung Mat Chincang, mereka selamat tiba di puncak. Mereka bergerak ke hotel yang satu-satunya terdapat di situ. Ruby terus menganalisis laluan masuk ke tingkat atas bangunan itu.

"Baik, kita masuk ikut pintu belakang," pesan Ruby.

Serta-merta, mereka bergerak ke bahagian belakang bangunan. Danial Nabil membuka pintu belakang lalu melihat situasi sekeliling. Segalanya tenang di situ.

"Okey, masuk!" arah Danial Nabil, perlahan.

Mereka mengikut arahan, memasuki hotel itu dalam keadaan senyap. Sebelum mereka menaiki tangga ke tingkat atas, Danial Nabil melihat pengawal keselamatan berkawal di lobi.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now