MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD

154 28 16
                                    

"Baju baru tu nampak eloklah," puji Hasbi berjalan ke kelas.

"Ya, tahan lasak pula tu," kata Amira pula.

"Sebenarnya, kami dah buat tiga cadangan untuk baju tu. Danny cadangkan baju berlengan panjang. Teacher pula bercadang mahu pakaian dalam saja. Pilihan ketiga pula lebih kepada baju berlengan pendek dan bersarung lengan panjang," terang Niratcha.

"Erk... Sudah tentu kami tak ambil idea Cikgu Neraka," kata Hasbi, janggal.

"Macam mahu ke neraka pula," kecam Amira.

"Apa-apalah. Jumpa di kelas nanti ya," kata Niratcha berjalan ke bilik guru.

"Ya."

Dari jauh, dua gadis itu mendengar keluhan Niratcha.

"Haih... Takkan dia tak bagi apapun dekat aku? Buang masa aku je tunggu dia ni," rungut Niratcha.

Mereka yang mendengar mula berfikir.

"Aku terlepas apa?" kata Amira berfikir.

"Empat hari lalu,..." Hasbi teringat sesuatu.

"Hah! Hari jadi Cikgu Neraka la!" Baru Amira dan Hasbi ingat.

Tidak lama kemudian, kelas DSB mula berbincang lalu menjalankan operasi. Siti Zulaikha dan Zafina Shahira bergerak ke bilik guru. Mereka menemui Niratcha.

"Cikgu Neraka boleh ajar tak Bahasa Perancis?" tanya Zafina Shahira mulakan 'serangan'.

"Eh! Kenapa tiba-tiba ni?" Niratcha kehairanan.

"Saya kan nak sambung belajar ke Universiti Oxford?"

"Oh! Ya tak ya. Duduklah."

"Alaa... Buatlah kat luar. Ada angin."

"Apa?"

Serta-merta, dua gadis itu menarik Niratcha keluar dari bilik guru. Danial Nabil yang memerhati hanya bereaksi dingin. Hanif yang mengintai dari luar, terus menunduk.

"Dah clear!" kata Hanif.

"Neraka dah keluar. Korang kat mana?" kata Immanuel menelefon.

"Tengah cari hadiahlah ni," jawab Iskandar yang berada di luar sekolah.

"Cepat sikit."

"Okey."

Panggilan ditamatkan. Iskandar memandang kawannya yang ikut serta.

"Korang dah dapat idea ke nak bagi hadiah apa untuk Cikgu Neraka?" soal Iskandar.

"Entahlah," keluh Zulhilmi.

"Kamu nak bagi hadiah untuk cikgu ya? Apa kata bagi bunga ni?" cadang seorang lelaki yang menjual bunga.

Mereka memandang lelaki tersebut.

"Eh, dia ni kan..." Siti Sarah sedar sesuatu.

"...laki yang telefon ambulans hari tu," sambung Farah Yasmine menghabiskan ayatnya.

"Ha'ah. Terima kasih pasal tu," ucap Iskandar kepada lelaki itu.

"Eh, tak apa. Perkara kecil je," balas lelaki itu tersenyum.

Sekuntum bunga ros diberikan kepada Wahida, membuatkan Zulhilmi sedikit cemburu. Alif Najmi memandang pelik terhadap lelaki penjual bunga itu.

Pertuturan romantis. Senyum manis. Tangan lembut. Orang yang paling mengelirukan semua benda dan membuatkan dia jadi musuh sebab ada udang sebalik batu, desis hati Alif Najmi menganalisis psikologi lelaki itu.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now