BAB 6-UJIAN

222 45 28
                                    

Cikgu Wan bergerak dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dengan pantas. Pelajar 5F kehairanan dengan sikap semangat guru mereka.

"Kenapa Cikgu Wan bersemangat hari ni?" tanya Iskandar kebingungan.

"Sebab tak lama lagi akan ada Ujian Bulan Mei. Jadi, cikgu akan mengajar kamu semua, satu demi satu," terang Cikgu Wan bersemangat.

"Cikgu Wan tak penat ke?"

"Tak, cikgu ada masa nak rehat."

Pandangan Farah Yasmine dibuang keluar tingkap lalu melihat Cikgu Wan berehat dengan kerusi malas. "Apakah?"

Zulfadlie yang duduk jauh dari mereka, hanya melihat gurunya muncul seperti klon sedangkan cuma bergerak laju. "Apa-apalah. Yang peliknya, kenapa bersemangat?"

Mata Zulfadlie tertumpu pada bandage dari anime Naruto yang diikat pada kepala Cikgu Wan. "DARI MANA CIKGU DAPAT BANDAGE TU!??"

Sedang asyik Cikgu Wan memberi tunjuk ajar dengan laju, kepalanya melengkung ibarat mengelak sesuatu. Puncanya dari Alif Najmi yang menghunus pisau ke pipi Cikgu Wan.

"Alif, dilarang membunuh ketika cikgu mengajar!" tegas Cikgu Wan.

⭐⭐⭐

Cikgu Wan berjalan keluar dari kelas, kepenatan mengajar. Dia melangkah ke bilik guru. Dia membuka pintu lalu bertemu dengan pengetua sekolah, Farid Sattar (Ini kisah tahun 2007, bukan 2019).

"Tu... Tuan pengetua!" Cikgu Wan terkejut.

Serta-merta, Cikgu Wan melayan Farid Sattar dengan bagus sekali. Iskandar yang lalu di depan bilik guru itu mengintai perbualan mereka dari sebalik pintu bilik guru yang terbuka sedikit. Dia melihat Cikgu Wan memberi layanan baik.

Kelemahan Cikgu Wan #6
Layanan mesra kepada orang atasan

"Saya datang sini cuma nak mengingat kepada kamu je," kata Farid Sattar, tenang.

"Ingatkan apa?" soal Cikgu Wan.

"Tak lama lagi ada Ujian Bulan Mei. Kelas kamu ada 30 pelajar. Dalam 30 pelajar tu, saya nak semua lulus ujian ni nanti. Jadi, secara terus-terang saya kata, kalau ada salah satu daripada pelajar yang gagal, kamu akan dibuang dari kerja ni," terang Farid Sattar dengan wajah dingin.

"Apa? Kamu nak sasaran lari? Dan biarkan dia hancurkan bumi? Macam tu?" kata Danial Nabil geram.

Farid Sattar tersenyum sinis. "Kita akan tengok nanti siapa yang pengecut."

"Hah? Maksud kau?" kata Niratcha kehairanan.

"Kalau Cikgu Wan biarkan anak murid gagal, maka dia boleh lari dan dianggap pengecut. Faham, kan?" terang Farid Sattar.

Niratcha mengangguk kecil, tanda faham.

"Apa kata kita buat pertaruhan? Saya akan pastikan anak murid saya akan skor C untuk subjek asas. Macam mana?" kata Cikgu Wan membuat rundingan.

Apa? Desis hati Iskandar terkejut.

Farid Sattar bangun dari duduk. "Buanglah sifat berlagak kau tu. Setakat kepantasan Mach 20, belum tentu boleh selesaikan semua perkara dengan cepat. Nah."

Gelang uji minda dilontar ke arah Cikgu Wan lalu disambut kemas. Cikgu Wan serta-merta cuba meleraikan gelang itu dengan kepantasan, tetapi tak berhasil.

Kelemahan Cikgu Wan #7
Gelang Uji Minda

"Macam tu juga dengan ujian. Kau jawab soalan dengan cepat tahap genius sekali pun, belum tentu jawapan tu betul," kata Farid Sattar lagi.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now