MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS

121 25 11
                                    

Dua minggu lagi sebelum Ujian Bulanan September. Para pelajar DSB berlari bebas menuju ke sekolah, main parkour dari bumbung ke bumbung.

"Wohoo!" jerit Amira, seronok.

"Best betullah!" kata Hasbi.

"Cara cepat ke sekolah!" kata Immanuel melompat melepasi paip.

"Hei, mana boleh lari parkour di luar kelas!" tegas Siti Zulaikha turut berlari.

"Ah, lantaklah! Peluh tak keluar lagi," bantah Hanif.

Iskandar turut berlari parkour dengan rakan sekelasnya yang lain. Masing-masing menunjukkan kepakaran berlari. Adil yang berlari laju dan Puteri Atikah yang berbadan fleksibel sudah pasti hebat dalam melepasi halangan.

"Wah, hebatlah!" puji Zafina Shahira, kagum.

Hanif dan Adil mendahului larian. Mereka melompat di hujung bumbung rata itu. Sebaik melompat, baru sedari terdapat seorang lelaki tua sedang mengayuh basikal.

"Alamak!" kata Adil terkejut.

Lelaki tua itu melihat dua pelajar itu terjun dari bumbung ke arahnya.

Bum!!

Lelaki malang itu terjatuh basikal. Mereka yang berlari parkour tadi terus hilang langkah larian. Seorang lelaki yang membawa bunga, menyaksikan peristiwa itu.

"Teruk dah ni. Kena telefon ambulans." Segera lelaki penghantar bunga itu menghubungi ambulans.

* * *

Pelajar DSB berkumpul di depan Hopsital Besar Kuala Lumpur, menghadap Danial Nabil.

"Gunakan kuasa untuk suka-suka? Untuk buktikan kamu tu kuat sangatlah. Sedarlah benda tu buatkan kamu gila kuasa tau," pesan Danial Nabil bernada sinis.

Mereka yang mendengar hanya mampu menundukkan kepala.

"Grr..." Cikgu Wan muncul dengan wajah bengis.

Para pelajar melihat gurunya marah.

"Cikgu Wan..." kata Iskandar, perlahan.

"Kami tak sengaja nak benda ni," kata Ilman Faiz kurang senang.

"Lagipun, kami nak tajamkan lagi bakat ni," kata Zafina Shahira pula.

"Betul. Tambahan lagi, kami akan bunuh cikgu juga, kan?" kata Zulfadlie, dingin.

Pakk! Satu tamparan menghinggap ke pipi Zulfadlie.

Begitu juga dengan pelajar yang lain. Semuanya ditampar sekali tanpa pengecualian. Cikgu Wan berdiri di hadapan mereka.

"Adakah itu dikira mencederakan pelajar?" soal Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

"Untuk didikan, itu tak dikira sebagai cederakan pelajar," jawab Danial Nabil, dingin.

Danial Nabil bergerak masuk ke dalam hospital, meninggalkan mereka di luar. Situasi kembali senyap seketika.

"Dua minggu lagi akan ada ujian bulanan. Jadi, cikgu nak kamu jangan belajar dalam tempoh ni," kata Cikgu Wan kembali tenang.

"Apa?" Satu kelas terkejut.

"Tak, jangan salah faham. Ni bukan denda kamu. Ada benda yang lebih dari tu."

Sementara itu, Danial Nabil menemui lelaki tua tadi, Tok Salleh yang terlantar di hospital.

"Dua minggu tu bukan sekejap tau. Saya ada anak yatim yang kena jaga tau!" marah Tok Salleh.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now