BAB ISTIMEWA: RAYA

165 30 24
                                    

Setelah seminggu bercuti sempena Hari Raya Aildilfitri, pembelajaran dijalankan seperti biasa.

"Selamat pagi, kelas. Macam mana raya? Seronok tak?" kata Cikgu Wan berdiri di depan kelas.

"Seronok," balas mereka yang duduk di baris hadapan.

"Hmm... Baiklah, kita sambung pelajaran kita hari ni."

Cikgu Wan mengambil kapur lalu mengajar anak muridnya.

"Cikgu," panggil Ilman Faiz.

Cikgu Wan menoleh muka ke arah Ilman Faiz. "Ya, Ilman. Ada apa?"

"Bila nak adakan jamuan raya?"

"Khamis ni. Kamu semua boleh pakai baju raya yang kamu beli. Baju bebas ya semua tapi kenalah menutup aurat.

"Baik," balas satu kelas.

⭐⭐⭐

Khamis itu, pelajar 5F berpakaian bebas dengan baju melayu dan baju kurung. Yang bukan Islam berpakaian kasual.

"Wah, Cheng! Cantik cheongsam kau tu!" puji Farah Yasmine melihat Cheng berbaju cheongsam.

"Haha... Terima kasih," balas Cheng tersengih.

Siti Sarah yang bersama Farah Yasmine, terlihat Alif Najmi muncul bersama Iskandar dan Zulhilmi.

"Wow! Ramai juga orang baju melayu kat sini," kata Alif Najmi berbaju melayu warna merah.

Meja sudah disusun menjadi lebih besar. Kuih raya semuanya diletakkan di situ.

"Kau rasa, cukup tak kuih raya aku ni untuk semua orang?" soal Zulhilmi yang hanya membawa sebekal kecil kuih siput.

"Cukuplah. Jangan risau," kata Iskandar berbaju melayu warna biru.

"Okey." Zulhilmi meletakkan kuih raya ke atas meja bersama kuih raya yang lain.

"Is, cantik tak?" kata Farah Yasmine muncul di depan Iskandar.

Iskandar melihat baju kurung hijau yang dipakai Farah Yasmine. "Cantik. Beli dekat mana?"

"KL Central."

"Oh."

"Semua berkumpul. Saya ada plan," ujar Ilman Faiz.

Mereka semua berkumpul.

"Plan apa?" soal Siti Zulaikha.

"Plan untuk bunuh Cikgu Wan," jawab Ilman Faiz.

"Oh, apa plan dia?" kata Zafina Shahira, tertarik

Zulfadlie mencampak beberapa mercun yang cipta oleh Fauzi.

"Dalam mercun tu ada peluru anti-cikgu. Sepanjang malam, saya ciptakan mercun ni. Semua ni idea Zul," kata Fauzi lalu memperbetulkan cermin mata.

"Macam tu ya," kata Alif Najmi tersenyum lalu mengambil mercun bola. "Jadi, apa langkahnya?"

"Macam ni,..." kata Ilman Faiz memberitahu strategi-strateginya.

⭐⭐⭐

Tidak lama kemudian, tiga guru kelas 5F tiba di kelas itu. Mereka memasuki kelas dengan pakaian baharu.

"Wah, cantiknya Cikgu Danial!" puji Amira.

Apakah? Antara tiga ni, Cikgu Danial yang dipuji dulu, desis hati Cikgu Wan terkejut.

"Err... Kelas, macam mana dengan cikgu?" kata Cikgu Wan yang berbaju kurta.

Kelas DSBUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum